Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska, muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.
Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas kedua ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut.
Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya.
Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan.
Ads
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan.
“Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat,” katanya.
Sebelum ini tular satu video rakaman CCTV berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan seorang wanita di sebuah tadika bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku.
Video itu turut ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan wanita itu.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri. Cuma cepat atau lambat bukan bidang kuasa kita. Semua itu rezeki dari Allah dan hanya dia yang mengetahui segalanya.
Cuma apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berusaha, tak putus berdoa dan seterusnya berserah. Mungkin ada yang mengambil masa setahun atau dua tahun tetapi andai kata lebih dari itu, percayalah jika rezeki kita ada semua itu dipermudahkan.
Perkongsian dari Puan Nur Hafizza Mat Yunus yang menunggu selama 10 tahun untuk memiliki anak boleh dijadikan motivasi buat pasangan yang belum ada rezeki. Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Seperti yang dijanjikan saya akan share dengan rakan-rakan pengalaman TTC (Trying To Conceive) saya. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.
Saya telah berkahwin dengan suami tercinta Mohamad Azuan Haji Muda pada Mei 2008. Tiada planning berkaitan anak. Semuanya berserah pada rezeki dari Allah. Dan alhamdulillah..kami telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, Aaira Mohamad Azuan pada Mei 2019.
Berikut adalah usaha-usaha yang kami telah lakukan sepanjang 10 tahun kami mendirikan rumahtangga.
1. URUT
Ini adalah perkara biasa orang akan suggest bila kita cakap belum ada rezeki anak. Ada yang kami pergi. Ada yang tak sbb sy agak takut bila orang sentuh bahagian peranakan ni. Risau lain pulak yang jadinya. Dan kebanyakan tempat urut yang saya pergi..tukang urut cakap peranakan baik. Tak ada masalah. Alhamdulillah.
2. IUI (Intrauterine insemination)
Memandangkan tukang urut cakap peranakan ok, jadi kami decide untuk buat rawatan moden. Kami start buat rawatan di Infertility Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2011..iaitu pada tahun ketiga perkawinan.
Kami buat IUI sebanyak 4kali. 1st IUI adalah pada Jun 2012. Dan yang last September 2017.
Result: IUI pertama berjaya. Tapi bukan rezeki kami lagi, Kandungan hanya bertahan selama 5 minggu sahaja. 3 lagi IUI gagal. Disebabkan IUI dah melebihi 3 kali, jadi doc suggest untuk buat IVF.
3. DIET
Perkara pertama yang perlu buat sebelum start treatment IVF. Ye la..nak buat IVF..kos bukan murah kan. So utk mengurangkan risiko gagal tu..kena la dapatkan berat yg ideal dulu.
Untuk menguruskan badan kali ni..saya pilih untuk join Jom Kurus by Kevin Zahri. Dalam masa 3 bulan..dapat la kurangkan hampir 15kg.
4. HERBA
Selain dari rawatan moden, kami masih juga berusaha dengan rawatan tradisional. Saya jenis tak berapa minat dengan supplement2 moden. Saya lebih cenderung pada herba. Feel mcm org lama2 gitu.
Antara yang kami pernah cuba adalah buah zuriat. Buah ni kami dapat dari kawan-kawan & saudara mara yang pergi ke tanah suci. Buah ni dia punya keras..ya ampunn..sangat menguji kesabaran untuk dapatkan isinya.
Selain itu, kami pernah cuba air akar herbanika & phyto natal dari Nona Roguy (NR). Disebabkan nak support isteri..incik suami pun minum sekali. Terharu plak kita. Saya consult herba2 ni dengan Blessed Beauty Centre
5. UMRAH
Alhamdullilah..pada Mac 2017, saya diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama suami. Saya mengambil peluang ini solat taubat dan berdoa sepuas2nya supaya Allah mempermudahkan kami mendapat zuriat.
Selain tu, kalau dengar ada kawan2 @ saudara yang ingin ke tanah suci, saya tak akan lepaskan peluang untuk kirim doa. Mungkin doa2 mereka ini yang Allah makbulkan.
USAHA MANA YANG BERJAYA?
Saya tak tahu. Saya hanya berusaha. It’s natural pregnancy. Rezeki. Rezeki yang hadir apabila Allah merasakan kami telah bersedia.
Apa yang boleh saya katakan, tahun 2018 adalah tahun kegembiraan saya.
+ Saya gembira bila dapat kurangkan berat badan + Saya gembira kerana dapat TL PageKhas Mini yang sentiasa supportive menyokong journey kurus saya + Saya gembira bila dapat pergi hiking tiap2 minggu dan balik dengan baju yang lencun dengan peluh + Saya gembira kerana dapat buat photoshoot 10th years anniversary kami + Saya gembira bila dapat pergi backpacking holiday dengan Sofia Opie Azimah Ramli Azizan Binti Ramli WaNie’z Izani Don’t Be Sad Crunchiee Cookies (dah lama teringin sebenarnya tp x de geng) + Saya gembira bila dapat bercuti luar dari Malaysia berdua bersama suami (sebelum ni klau bercuti..mesti by group) + Saya gembira kerana nak pergi rides pusing Malaysia bersama suami (tapi aktiviti ni tak sempat buat)
Dan disaat kegembiraan kami berada di kemuncak..tiba-tiba saya dapat tahu yang saya pregnant. Rezeki yang sangat tak disangka-sangka.
Nasihat saya, ketika kita buat apa-apa pun..JANGAN STRESS. Redha dengan setiap dugaan dan ujian. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai majikan dan ahli keluarga yang sangat-sangat memahami. Terutamanya incik suami. 10 tahun 11 bulan kami hidup berdua ..tak pernah sekali pun kami merasa bosan.
Zuriat adalah rezeki dan urusan Allah. Kami jadikannya sebagai satu kelebihan. Kami habiskan masa kami berdua dengan melakukan aktiviti sama-sama. Support hobi each other. Allah uji kerana tahu kita boleh hadapi dugaan ini. So kita perlu bersyukur. Bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk dugaan ini.
Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha & berdoa. Lain-lain..kita serahkan kepada yang Maha Esa.
p/s: Satu lagi..jangan takut berjumpa mak cik-mak cik bawang. Ketika mereka tanyakan berkaitan zuriat..cepat-cepat minta mereka doakan pada kita. Cakaplah “makcik tolonglah doakan saya, mana tahu Allah makbulkan doa makcik”. Dari mereka nak membawang..terus tak jadi. Mereka akan rasa bangga pulak sebab kita minta mereka doakan kita. Jadi kita dah tak perlu stress untuk berjumpa sesiapa.
Pelakon cantik manis, Emma Maembong menarik perhatian wargamaya bila mana meraikan sambutan hari lahir anak pembantu rumahnya malah melayani kanak-kanak itu dengan cukup baik.
Tidak hanya meraikan hari lahirnya bahkan cara Emma Maembong melayani anak pembantunya itu dengan penuh kasih sayang meraih pujian dalam kalangan peminatnya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Shariq Gabriel ini turut memuat naik video kejutan buat anak pembantunya yang dipanggil Intan itu di sebuah taman permainan ‘indoor’ baru-baru ini.
“Selamat hari jadi Intan sayang.
“Mima (nama panggilan) love you so much,” tulis Emma di kapsyennya.
Menerusi video pendek itu, Emma membawa sepotong kek sebelum ditiup oleh anak pembantunya. Malah Emma dan suami turut sama menyediakan hadiah bagi menggembirakan anak kecil itu.
Selain video, Emma turut berkongsi beberapa keping gambar bersama ketika sambutan kecil itu bersama ahli keluarga yang lain.
Cukup sukakan kanak-kanak, pelakon cantik ini sememangnya sejak dahulu sering meraikan anak-anak buahnya malah kata Emma, bila sahaja ada waktu lapang, dia gemar membawa anak-anak buahnya keluar.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan Emma yang tidak sombong melayani anak pembantu rumah seperti ahli keluarganya tanpa memandang perbezaan.
Terdahulu Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Kini pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meyambut kelahiran anak kedua memang mengujakan namun jangan dilupakan hati anak pertama yang sentiasa kita perlu jaga. Bimbang anak sulung menjauh hati, Tasha Manshahar rupanya mempersiapkan banyak perkara sebelum menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama dulu.
Kata Tasha menerusi Instagramnya, dia dan suaminya, Raqib Majid sentiasa memberitahu anak sulung mereka, Muammar Rafiqi akan kehadiran adik baru malah sentiasa ‘count down’ bersama-sama supaya Muammar juga begitu teruja untuk menunggu kehadiran adiknya.
Namun ini juga tip yang dikongsikan Tasha menerusi Instagramnya.
“Muammar, my first born. Anak pertama, cucu pertama, anak buah pertama. Memang manja dan dimanjakan. Jadi bila I pregnant anak kedua, one of my main concern adalah adakah Muammar boleh terima kehadiran adik dengan baik.
“I could see it was a lil bit hard for him at first (hard as in dia cam who’s this lil human 😦 usually kalau ada baby dorang akan balik kenapa yang sorang ni tak balik-balik) but Alhamdulilah he adapted quite well.
“Since tahu je I pregnant Mateen, @raqibmajid and I selalu cakap dekat Muammar that he’s going to be a big brother soon and started calling him as abang.
“I siap countdown, contoh “Abang, lagi 3 months adik datang”, “Muammar, lagi sebulan je you’re officially upgrade jadi abang!”.
“I selalu bagitahu dalam mommy’s tummy ada baby/adik. Bagi dia selalu pegang perut, suruh dia hug. Pastu berlakon la as if adik kata nanti nak main sama-sama la apa la,” tulisnya berkongsi.
Belikan buku dan kek
Malah kata Tasha lagi, dia juga turut sama membelikan buku buat Muammar supaya dia lebih faham, tidak ketinggalan juga membelikan kek buat Muammar ketika kelahiran anak keduanya, Mateen Rizqi.
“Oh ada 1 buku tu I selalu baca dengan Muammar. Buku tu buku kanak-kanak untuk prepare older child yang akan ada adik tak lama lagi.
“And paling penting, mommy dedi selalu cakap yang kita tetap akan sayang dia. Dia always our baby no 1. Dia anak yang hebat. Dia faham tak faham belakang cite. Cakap je.
“Bila Mateen lahir, I cakap inilah adik yang kita borakkan selama ni. Oh ye! Kitorang ada tempah kek khas untuk Muammar masa majlis aqiqah Mateen. Kira macam tahniah sebab dah jadi abang hehehe,”tulisnya lagi.
Malah menurut Tasha, ketika mempersiapkan anak keduanya, dia juga sering melibatkan anak pertamanya, Muammar bersama-sama untuk membantu. Barulah tidak rasa tersisih.
“Pastu dari awal lagi I selalu libatkan Muammar masa uruskan Mateen. Contoh, minta tolong dia ambilkan/buangkan diaper, minta tolong dia lapkan mulut Mateen, kadang time mandi pun I ajak Muammar sabun badan Mateen, bilas, sikit-sikit pun tak pe supaya dia rasa dia penting dan diperlukan!
“Masa dalam pantang haritu I pun kan dalam fasa adaptasi (fuhhh not easy rupanya jadi mom of two), Muammar pernah tantrum sikit. Tapi alhamdulillah I banyak belajar and masih cuba untuk improve.
“It’s a process untuk both parents dan anak. Alhamdulillah Muammar nampak semakin caring. Pantang adik nangis sikit, terus telefon kakak operator minta bantuan (bukti ada dekat instagram @raqibmajid)
“Semoga Muammar dan Mateen sentiasa berkasih sayang. Mommy sayang dua-dua baby mommy. Eh tiga. Termasuk baby sorang lagi yang berusia sikit tu. Sayang sangat,” katanya lagi.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!