Tindakan melambung bayi boleh meningkatkan risiko terjadinya kecederaan akibat Shaken Baby Syndrome. Ibu bapa dan penjaga sepatutnya peka tentang hal ini!

Video seorang bayi yang dilambung dan dihayun secara berbahaya oleh seorang ‘begpacker’ di ibu negara dipercayai sebagai aksi untuk mendapatkan derma orang ramai mula tular di media sosial.

Tindakan melambung dan menghayun bayi ini boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian otak.

Video Bayi Dilambung Begpackers Tular! Bayi Boleh Cedera Otak & Pendarahan Akibat Shaken Baby Syndrome!

SHAKEN BABY SYNDROME

IKLAN

Shaken Baby Syndrome merupakan kecederaan otak yang serius disebabkan oleh pergerakan menggoncang baby secara agresif/melampau. Ia menyebabkan sel-sel otak baby musnah dan menghalang otak baby daripada menerima bekalan oksigen yang secukupnya.

Shaken Baby Syndrome lebih sering menimpa anak-anak yang usianya bawah satu tahun. Secara fizikal, otot leher baby masih lemah dan tidak mampu menampung berat kepalanya. Bila digoncang/dihayun berlebihan, otak baby yang fragile akan bergerak ke belakang dan depan dalam tempurung kepala. Ini boleh menyebabkan luka, bengkak dan pendarahan pada otak.

Hal ini sangat serius dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius seperti kerosakan otak atau pendarahan otak, mata, penyakit lainnya seperti kelumpuhan, epilepsi, bahkan yang paling berbahaya boleh menyebabkan kematian.

IKLAN

Video Bayi Dilambung Begpackers Tular! Bayi Boleh Cedera Otak & Pendarahan Akibat Shaken Baby Syndrome!

BAYI DILAMBUNG DAN DIHAYUN SECARA BERBAHAYA

Dalam video berdurasi 1 minit 29 saat itu memaparkan bayi yang hanya memakai lampin pakai buang dilambung  ke atas dan dihayun di bawah dari depan ke belakang oleh seorang lelaki. Turut kelihatan, seorang lagi wanita asing yang bermain alat sejenis muzik.

IKLAN

Aksi berkenaan turut dirakam seorang pemilik akaun Facebook, Zayl Chia Abdullah.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Melalui statusnya, Zayl marah dengan tindakan pelancong berkenaan yang dipercayai untuk mendapatkan sumbangan bagi menampung kos pengembaraannya.

Dia juga menggesa pihak berkuasa polis mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan dan berharap bayi itu tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI