Bila sebut tentang kelahiran pastinya ramai yang terbayang betapa sakitnya kontraksi ketika nak melahirkan anak ditambah pula dengan muka yang kemerahan akibat meneran.
Namun lain pula reaksi daripada pelakon dan juga pengacara popular dari negara Hong Kong ini ketika melahirkan anaknya yang kedua. Tanpa jeritan, tanpa tangisan malah mampu lagi ketawa saat meneran si kecil.
Menerusi perkongsian Rabeea Yeung 楊洛婷 di laman facebooknya, dia selamat melahirkan seorang anak lelaki dengan hanya 9 minit dan 7 kali meneran. Rata-rata wargamaya terkesima melihat betapa mudahnya dia melahirkan anak tanpa jeritan dan mampu ketawa dengan wajah yang berseri-seri.
Bercakap tentang soal kelahirannya, dia berkongsi kenapa saat bersalin dia masih mampu tersenyum.
“Terima kasih atas segala doa! Semua orang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh begitu santai semasa bersalin dan jawapannya adalah OB Dr Macor Wan saya yang luar biasa (尹鎮偉 醫生) dan jururawat di Sanatorium! Mereka menjadikan kelahiran bayi saya sebagai pengalaman yang menyeronokkan, cepat dan tidak menyakitkan. Best birthing party ever! LOVE! 💙”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bertarung nyawa pada tempoh yang lama, terbaharu, pelakon yang cukup berbakat, Nad Zainal diberitakan sudah berada dalam keadaan yang baik malah kini sedang dalam proses pemulihan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail melalui satu perkongsian video yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram.
Nad sebelum ini dilaporkan kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen dalam badan yang semakin merosot.
Menerusi perkongsian itu juga, Ungku turut meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik.
“Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Kongsinya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
“Dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Terdahulu, Nad Zainal yang mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami turut mempunyai dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, yang berusia hampir 2 tahun.
Penjagaan ibu selepas bersalin, terutamanya untuk beberapa minggu pertama adalah penting. Ia harus menitikberatkan aspek fizikal dan juga mental.
Pun begitu terdapat beberapa rutin harian yang ada kalanya ibu terlupa untuk melakukannya selepas bayi dilahirkan.
Kalau ingin tahu apakah perkara tersebut, pastikan anda membaca perkongsian artikel ini.
Rutin harian sering diabaikan
Berikut adalah 6 perkara penting yang perlu diberikan keutamaan oleh wanita selepas beranak:
1. Pemakanan harian
Terlupa untuk makan adalah perkara biasa apabila anda sibuk melayani kerenah si kecil, tetapi ia adalah perkara yang tidak seharusnya terjadi. Kekurangan nutrisi boleh melemahkan tenaga anda yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu.
Pengambilan cecair harian juga perlu diperbanyakkan jika anda menyusu badan. Proses penyusuan menghasilkan tindak balas hormon yang boleh meningkatkan rasa dahaga, jadi pastikan anda menyediakan botol air di sebelah semasa menyusukan si kecil.
2. Pengambilan vitamin pranatal, rutin harian yang dilupakan
Jika anda melakukan penyusuan eksklusif, badan memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral berbanding semasa kehamilan.
3. Dapatkan tidur mencukupi, penting dalam penjagaan ibu selepas bersalin
Jika perlu, dapatkan rundingan bersama pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan.
4. Usah berlebihan
Rutin harian baharu dengan kehadiran si kecil pastinya memenatkan. Namun dalam apa juga keadaan, anda masih tetap perlu menjaga diri sendiri.
Ada kalanya jika anda melakukan terlalu banyak perkara semasa sedang berpantang, pendarahan lochia atau nifas mungkin meningkat kembali. Dengarkan isyarat tubuh, berehatlah apabila memerlukannya. Berlebihan selepas beranak cenderung menyebabkan kecederaan, ketegangan otot serta rasa terharu dan kegelisahan.
5. Mengabaikan kesakitan
Tahap kesakitan setiap wanita selepas bersalin berbeza – sama ada dalam aspek jenis dan tempoh.
Contohnya, kesakitan akan berbeza mengikut prosedur kelahiran – secara normal atau czer, mahupun jika anda mengalami sebarang komplikasi semasa bersalin atau selepasnya. Tempoh kesakitan mungkin berlarutan selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia berbeza bagi setiap individu dan dari 1 kehamilan ke kehamilan lain.
Jenis kesakitan normal selepas kelahiran termasuklah:
Semasa tempoh penjagaan ibu selepas bersalin, kesakitan yang dialami berikut perlu mendapatkan pemeriksaan doktor:
Sekiranya kesakitan yang dialami disertai dengan sebarang gejala luar biasa atau jika kesakitan bertambah teruk, berjumpalah doktor dengan segera.
6. Menyembunyikan kesukaran
Ibu selepas bersalin yang berdepan kesukaran secara mental – anda tidak bersendirian. Baby blues melanda hampir 80% wanita selepas bersalin. Ia boleh menyebabkan anda mengalami perasaan sedih, kebimbangan atau tekanan mendalam antara 10 hingga 14 hari pertama selepas melahirkan anak.
Jika selepas 2 minggu pertama, anda masih terasa tidak seperti diri sendiri, anda disaran melakukan penilaian doktor untuk keadaan kemurungan selepas bersalin – 1 daripada 5 individu mengalaminya.
Gejala kemurungan selepas bersalin termasuklah:
Penjagaan ibu selepas bersalin
Kemurungan ini boleh berlaku kepada sesiapa tetapi risikonya lebih tinggi jika anda:
Ibu & anak sama penting
Menjalani kehidupan dengan bayi baru lahir adalah perkara yang mencabar. Pun begitu, penjagaan ibu selepas bersalin tidak boleh diabaikan. Jika mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang kesihatan diri atau bayi, doktor adalah sumber terbaik anda untuk mendapatkan nasihat.
Tempias populariti ibunya, apa sahaja yang dilakukan oleh Aafiyah, puteri sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza pastinya menjadi tumpuan semua.
Jika beberapa minggu lalu, Dato Siti berkongsi gelagat Aafiyah yang mencipta lirik sendiri, kali ini Aafiyah buat konsert pula bersama guru pianonya.
Memuat naik dua video comel Aafiyah ketika kelas piano, gelagat Aafiyah yang ceria sambil menyanyi mencuri tumpuan semua.
“Hari ni Aafiyah ada kelas belajar piano, tapi tengok tu dah macam buat konsert pulak dia.
“Tq teacher Illi sabar mengajar Aafiyah,” tulis Tok Ti ringkas di kapsyen.
Melalui perkongsian video yang dikongsikan Dato’ Siti, Aafiyah menyanyikan dua buah lagu iaitu Twinkle Twinkle Little Star dan Burung Kakak Tua diiringi muzik dari guru pianonya.
Gelagat comel Aafiyah yang bersahaja malah turut memberikan ‘mini love’ kepada ibunya ketika sedang menyanyi sememangnya buat semua terhibur. Dengan lenggok tubuh dan kebijaksanaan Aafiyah mengikut rentak lagu sudah semestinya mengikuti bakat seni ibunya.
Warisi bakat ibu
Rata-rata pengikut Dato’ Siti turut memuji hal yang sama malah cukup terhibur dengan gelagat comel Aafiyah.
“Happy nya dia belajar. Pandai sangat nyanyi ikut tempo. Good job Aafiyah.”
“Hahaha..Aafiyah kelas vokal ibu, sama macam ibu prektis dulu tuh.”
“Sedap pulak dia nyanyi tu. Kena dengan tune.”
“Mewarisi ibu 😂😂😂 nak buat konsert di IB.”
“Yes..ikut tempo jugak. Untuk usia dia ni she’s a brilliant.”
Terdahulu, gelagat Aafiyah yang mencipta lirik sendiri turut sama mendapat perhatian wargamaya. Comel sungguh Aafiyah buat lirik. Siap ada Ting Ting macam ibu. Comel!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.