Keibubapaan

Rambut Bayi Putih Macam ‘Highlight’ Natural Rupanya Ini Tanda Waardenburg Syndrome

Share

Waardenburg syndrome mungkin menjadi antara perkara yang dikaitkan dengan keadaan sebahagian rambut berwarna putih sejak kecil. Kelahiran seorang bayi sememangnya menjadi antara momen paling membahagiakan buat seorang ibu. Selepas sembilan bulan menanti, akhirnya si kecil yang selama ini hanya dirasai gerakannya dalam kandungan berada di depan mata.

Setiap inci tubuh anak pasti diperhatikan. Dari jari-jemari kecil, bentuk hidung, warna mata sehinggalah rambut yang tumbuh di kepala. Namun, siapa sangka ada bayi yang dilahirkan dengan satu keunikan cukup istimewa apabila sebahagian rambutnya berwarna putih sejak kecil.

Bukan diwarnakan, bukan juga kerana uban. Sebaliknya, ia mungkin mempunyai cerita tersendiri di sebalik keunikan tersebut.

Perkara ini mendapat perhatian selepas seorang wanita di Threads yang dikenali sebagai Rozieyana Jamnan berkongsi pengalamannya ketika urusan kerja di wad sebagai Occupational Therapist (OT).

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Ternampak Rambut Putih, Terus Rasa Nak Tahu

Menurut Rozieyana sepanjang mengendalikan pesakit di wad, dia sememangnya berpeluang melihat pelbagai jenis penyakit. Namun, satu pertemuan dengan seorang kanak-kanak benar-benar menarik perhatiannya.

Ketika itu, matanya tertumpu kepada rambut kanak-kanak berkenaan yang mempunyai satu bahagian berwarna putih.

“Aku tengok rambut dia… ‘Weyyy… rare nyaaa. First time aku jumpa!’ Ada satu bahagian rambut dia yang putih macam tu. Smart gila nampak macam highlight natural.”

Pada pandangan pertama, rambut tersebut mungkin kelihatan seperti ‘highlight’ semula jadi yang membuatkan penampilan kanak-kanak itu cukup unik.

Tetapi disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, Yana kemudiannya bertanyakan perkara itu kepada jururawat yang menjaga kanak-kanak tersebut.

Jawapan yang diterima membuatkan dirinya turut belajar sesuatu yang baharu.

Kanak-kanak berkenaan mempunyai Waardenburg syndrome.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Waardenburg Syndrome Rupanya Bukan Sekadar Rambut Putih

Foto: ChatGPT Image

Menurut perkongsian Yana, sebelum itu dia sendiri tidak mengetahui bahawa bahagian rambut berwarna putih sejak kecil boleh menjadi antara ciri yang dikaitkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku ini.

Waardenburg syndrome merupakan sekumpulan keadaan genetik yang boleh menyebabkan perubahan pigmentasi pada rambut, kulit dan mata, selain dalam sesetengah kes melibatkan masalah pendengaran sejak lahir.

Antara ciri yang boleh berlaku termasuklah bahagian rambut berwarna putih atau rambut menjadi putih lebih awal, warna mata biru yang sangat pucat, kedua-dua mata mempunyai warna berbeza, perubahan pigmentasi kulit serta kehilangan pendengaran sejak lahir.

Bagaimanapun, tidak semua individu dengan Waardenburg syndrome akan mempunyai simptom yang sama. Ada yang mempunyai pendengaran normal, manakala ada yang mengalami kehilangan pendengaran pada satu atau kedua-dua telinga. Tahap serta kombinasi simptom juga boleh berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain, termasuk dalam keluarga yang sama.

Menurut MedlinePlus Genetics, keadaan ini dianggarkan berlaku pada kira-kira 1 daripada setiap 40,000 individu.

Namun begitu, kewujudan rambut putih sahaja tidak bermaksud seseorang kanak-kanak semestinya mempunyai Waardenburg syndrome. Pemeriksaan doktor dan penilaian lanjut diperlukan sekiranya terdapat kebimbangan mengenai perkembangan, pendengaran atau perubahan pigmentasi anak.

Ramai Ibu Rupanya Ada Pengalaman Sama

Apa yang lebih menarik, perkongsian Yana itu turut membuka ruang kepada ibu bapa lain untuk berkongsi pengalaman masing-masing.

Rupanya bukan seorang dua yang mempunyai anak dengan ciri rambut putih sejak kecil. Ada yang berkongsi keadaan anak ketika masih kecil, malah ada juga yang menunjukkan bagaimana rupa rambut tersebut selepas anak semakin membesar.

Melihat perkongsian demi perkongsian itu, jelas setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang mungkin dianggap pelik atau luar biasa oleh sesetengah orang sebenarnya menjadi sebahagian daripada identiti seseorang sejak dilahirkan.

Bagi ibu bapa pula, sudah tentu keunikan tersebut menjadi antara perkara yang cukup dekat di hati kerana mereka melihat sendiri perjalanan anak membesar dari hari ke hari.

Nyata perkongsiannya membawa satu peringatan yang besar. Kadang-kadang kita terlalu cepat melihat sesuatu perbezaan sebagai sesuatu yang pelik. Sedangkan di sebalik rambut yang berlainan warna, mata yang tidak sama warna atau ciri fizikal tertentu, mungkin ada perjalanan hidup yang kita sendiri tidak pernah tahu.

Buat ibu dan ayah yang mempunyai anak dengan keunikan seperti ini, tidak salah untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor terutama jika ia hadir bersama perubahan pada pendengaran, mata atau pigmentasi kulit. Ini penting kerana ciri fizikal tertentu sahaja tidak mencukupi untuk menentukan sama ada seseorang mempunyai Waardenburg syndrome.

Apa pun keadaannya, setiap anak tetap hadir dengan cerita dan keistimewaan mereka sendiri. Yang paling penting, mereka diberi peluang untuk membesar, belajar, bermain, berdikari dan menikmati kehidupan dengan sokongan serta kasih sayang daripada orang di sekelilingnya.

Sumber: Rozieyana Jamnan

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/

Published by
Nor Yusoff