Ada masanya apabila kita sudah kehilangan, baharulah kita merasai kekurangan dalam hidup. Bila pasangan ada depan mata, kebanyakannya akan take for granted. Bila berjauhan, mungkin isteri terpaksa pergi bertugas di luar kawasan dan sebagainya, terasa sukar menjadi seorang suami apatah lagi ayah yang harus menguruskan keperluan anak-anak.
Ikuti luahan seorang suami, apabila berkongsi perasaannya selepas kehilangan isterinya. Khairul Abdullah mengatakan, setelah kehilangan baharulah dia sedar yang dia tidak cukup memberi kepada isterinya.
Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan?
It’s too late.
Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.
Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.
Ads
Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.
Tiba-tiba dia diambil Tuhan.
Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.
Ads
Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.
Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me.
Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.
Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku.
Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.
Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.
Ads
Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.
Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia.
Sungguh.
Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia.
Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada.
Ada masanya, sesebuah hubungan perkahwinan pasti ada ujiannya. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Dalam mengharungi bahtera perkahwinan paling penting adalah sikap toleransi dan menghargai antara satu sama lain. Sayangilah pasangan anda dan tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada isteri yang menyokong. Begitu jugalah dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut melahirkan rasa penghargaan terhadap isteri tercinta. Di laman Facebooknya, beliau berkongsi sekeping foto ketika isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sedang membetulkan pakaiannya bersama kapsyen yang sangat ‘manis’.
Tidak perlu ayat pujangga dan tulisannya juga ringkas tetapi cukup mendalam. Ternyata perkongsian beliau mendapat perhatian rakyat Malaysia.
“Isteri saya orang yg sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dgn dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.
Nani adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama.”
Sehingga kini, perkongsian beliau telah mendapat lebih 100, 000 tanda suka dan hampir 10, 000 komen. Foto ini juga telah dikongsi hampir 4,000 orang di laman Facebook.
Berikut adalah reaksi rakyat Malaysia terhadap perkongsian ini:
Tahniah sekali lagi buat Datuk Seri Ismail di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Sama-sama kita doakan PM kita terus diberi kesihatan terbaik untuk terus meneraju Malaysia dengan jayanya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Nad Zainal, 32, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini ditidurkan semula kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri.
Perkara ini dikongsikan oleh teman rapat Nad juga pelakon, Ungku Ismail Aziz, 36, di Instagram Story sejak beberapa jam lalu. Katanya dia memohon maaf kepada semua pihak.
“Nad Zainal kena intubate (ditidurkan) semula. Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan menggunakan ‘high flow oxygen mask’ di ICU.
“Semalam jam 3 petang saya ziarah, dia sudah sedar dari ‘sedation’ (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan ‘intubation as oxygen’,” tulisnya.
Bagaimanapun, Ungku Ismail memaklumkan tahap oksigen dalam darah Nad merosot selepas pihak hospital menanggalkan mesin alat penafasan yang disambungkan kepada pelakon itu.
“Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasannya lebih terjaga. Ini kerana, oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan,” katanya.
Justeru, Ungku Ismail memohon pada semua peminat dan netizen prihatin yang menyayangi Nad agar terus menitipkan doa meminta kesembuhan untuknya daripada Allah.
Katanya, semoga Nad diberi keajaiban dipulihkan semula para-parunya seperti sedia kala.
Semalam, media melaporkan Nad sudah sedar dan mula memberikan maklum balas seperti bercakap perlahan dan bergerak. Malah, doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasannya.
Terdahulu, pada 22 November, Nad juga pelakon drama Cina Buta dimasukkan ke ICU selepas tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Difahamkan juga, rakan penggiat seni turut menubuhkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu dan hingga kini berjaya mengutip RM70,000.
Tujuan kutipan dana itu dibuat adalah untuk menampung kos rawatan Nad sejak dia dirawat di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota lebih seminggu lalu.
Pengorbanan para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus merawat para pesakit positif Covid-19 yang bekerja siang dan malam pastinya mendedahkan diri mereka dengan risiko untuk dijangkiti virus tersebut.
Namun dalam satu kenyataan KKM menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas.
“Apabila kita lihat barisan hadapan KKM yang dijangkiti, 181 orang dan dua kematian, yang mana kematian yang direkodkan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki serta Indonesia dan tidak berkaitan dengan jangkitan semasa bekerja.
“Daripada jumlah 181 itu, 67 peratus iaitu 122 dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya kemudian mereka datang ke hospital sehingga ada yang menjangkiti rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang doktor hospital swasta bahawa KKM gagal melindungi barisan hadapan perubatan sehingga menyaksikan kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jangkitan melibatkan petugas kesihatan bermula di hospital swasta dan susulan itu, KKM mengadakan dua mesyuarat bersama hospital serta klinik swasta pada 1 dan 12 Mac untuk meningkatkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.
Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan bahawa sejumlah 36 petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit yang tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai hubungan rapat mereka dengan individu yang berisiko tinggi.
Selain itu, sebagai langkah pencegahan, KKM telah menyaring lebih 2,000 petugas kesihatan termasuk di fasiliti swasta secara berkala.
“Jadi, kita tak tunggu sama ada mereka dapat gejala dulu baru kita nak saring sebaliknya kita saring semua secara berjadual dan lebih 2,000 kita dah saring,” katanya.
Jadi untuk hargai penat lelah pengorbanan barisan hadapan kita ini, yang bukan sahaja berkorban tenaga malah masa bersama keluarga kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga sepanjang bertugas. Sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya patuh dengan arahan kerajaan dan amalkan langkah pencegahan. Semoga penularan ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.