Ada masanya apabila kita sudah kehilangan, baharulah kita merasai kekurangan dalam hidup. Bila pasangan ada depan mata, kebanyakannya akan take for granted. Bila berjauhan, mungkin isteri terpaksa pergi bertugas di luar kawasan dan sebagainya, terasa sukar menjadi seorang suami apatah lagi ayah yang harus menguruskan keperluan anak-anak.

Artikel Menarik: [Biar Hati Suami Tetap Setia & Sayangkan Kita, Isteri Boleh Amalkan Doa Ini]

Ikuti luahan seorang suami, apabila berkongsi perasaannya selepas kehilangan isterinya. Khairul Abdullah mengatakan, setelah kehilangan baharulah dia sedar yang dia tidak cukup memberi kepada isterinya.

Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan?

It’s too late.

Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.

Artikel Menarik: [Tak Salah Suami isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]

Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.

IKLAN

Waktu Isteri Depan Mata Usahlah Berkira. Bila Dah ‘Tiada’, Ralat Tak Sempat Beri Semuanya

Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.

Tiba-tiba dia diambil Tuhan.

Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.

IKLAN
  1. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.
  2. Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me.

Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.

Waktu Isteri Depan Mata Usahlah Berkira. Bila Dah ‘Tiada’, Ralat Tak Sempat Beri Semuanya

  1. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku.

Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.

  1. Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.

 

IKLAN

Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.

Artikel Menarik: [Dapat Suami Rendah, Rezeki Isteri Jadi ‘Murah’. Romantik Pula Tu!]

  1. Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia.

Sungguh.

Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia.

Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada.

Belajarlah dari kesilapan aku.

Sumber: Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Ada masanya, sesebuah hubungan perkahwinan pasti ada ujiannya. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Dalam mengharungi bahtera perkahwinan paling penting adalah sikap toleransi dan menghargai antara satu sama lain. Sayangilah pasangan anda dan tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI