Kebanyakan wanita hamil pasti akan melalui keadaan di mana ada anggota badan yang membengkak terutamanya jika kandungan mulai membesar. Ia adalah situasi yang normal jika seseorang wanita hamil mengalami rasa kebas dan bengkak pada bahagian-bahagian tertentu pada tuuh mereka. Ia disebabkan water retention dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan serba sedikit tentang keadaan ini.

PUNCA TANGAN, KAKI DAN LIDAH MENJADI BENGKAK DAN KEBAS SEMASA HAMIL

“Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor”.

Wa alaikum mus salam. Wanita yang hamil, biasa akan mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki, mulut dan lidah.

Artikel Menarik: [Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya, Boleh Ke ‘Survive’ Lepas Minum Tanpa Termuntah]

IKLAN

Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas dan akan hilang sebaik saja anak yang dikandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.

PUNCA KEBAS BERBEZA SEMASA HAMIL

Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian badan yang terlibat. Jika ia melibatkan bahagian tangan, selalunya disebabkan oleh Carpal Tunnel Syndrome, terutamanya bagi wanita yang banyak menggunakan tangan atau jari. Air dalam tisu di tangan, menyebabkan bengkakan dan memberikan tekanan pada saraf meridian (meridian nerve) sehingga rasa kebas.

Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’Selain daripada tangan, Carpal Tunnel Syndrome juga boleh menyebabkan kebas di jari dan juga bahu. Keadaan ini selalunya bermula pada usia kehamilan berlaku pada trimester pertama dan boleh menjadi lebih buruk pada trimester kedua.

BENGKAK & KEBAS PADA LIDAH

Ada juga wanita yang hamil yang mengalami rasa bengkak dan kebas pada lidah atau mulut mereka. Ini berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu. Wanita hamil lebih mudah mengalami alahan pada makanan berbanding dengan wanita lain.

IKLAN

Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’

Kaki bengkak dan kebas pada kaki juga disebabkan hal yang sama, seperti tangan. Rasa kebas ini boleh menjadi lebih buruk, selepas berjalan atau selepas duduk diam atau berbaring untuk waktu yang lama.

Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]

Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku dan perlu diperiksa oleh doctor. Ia boleh disebabkan oleh masalah saraf yang lebih serius seperti ‘sciatica’. Saya tidak menggalakkan puan menggunakan sebarang ubat semasa hamil, lagipun kebanyakan kes ia akan hilang sendiri selepas melahirkan anak nanti.

IKLAN

Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’

Walau bagaimanapun, jika keadaan ini bertambah teruk atau berterusan selepas melahirkan anak, saya mencadangkan puan berunding dengan doctor yang merawat puan.

Wallahu a’lam.

Artikel Menarik: [Hati Lembu Memang Sedap Dimakan, Tapi Awas Ibu Hamil! Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim]

Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah bengkak dan kebas pada anggota badan. Sekiranya didapati keadaan menjadi ‘luar biasa’, jangan bertangguh untuk merujuk masalah anda kepada doktor.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI