Walaupun dalam keadaan sarat hamil, tetapi Isteri kepada pelakon Remy Ishak tetap menemani suaminya dan bersenam bersama-sama.
Ezza Yusof sering memuatnaik video dia dan suami bersenam bersama-sama untuk kekal sihat dan cergas. Ada sesetengah netizen memuji dia kelihatan comel dan kagum bentuk badannya masih dapat dikekalkan walaupun dalam keadaan hamil.
Aktiviti seperti ini bagus untuk ibu yang hamil kerana dapat membantu menguragkan risiko menghidap pra-eklampsia selain itu, mengeklakan kecergasan juga boleh membantu mengelakkan kencing manis semasa hamil. –Portal Myhealth
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pre-eclampsia boleh menyebabkan banyak komplikasi kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan seperti kerosakan buah pinggang, gangguan fungsi hati, strok dan sawan.
Selain daripada itu, salah satu contoh penyakit yang boleh menyebabkan kedua-dua belah kaki bengkak semasa mengandung ada Sindrom Nephrotic. Penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada ginjal atau buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita.
Masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Bengkak yang melibatkan hanya sebelah kaki juga perlu dipantau dengan teliti. Sekiranya bengkak sebelah kaki ini diiringi dengas rasa sakit pada betis, lenguh dan sukar untuk berjalan seperti biasa, sila berjumpa doktor dengan segera.
Deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki ini sangat berbahaya. Penyakit ini sangat biasa berlaku pada waktu mengandung kerana darah akan menjadi lebih pekat daripada biasa.
Ditambah pula sekiranya wanita itu kurang berjalan dan mengalami dehidrasi, pembentukan darah beku ini lebih senang berlaku. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan menyusur ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Oleh itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.
Jangkitan kuman atau kesan alergi boleh menyebabkan sebelah kaki membengkak. Kebiasaannya, situasi ini disertai oleh demam, sakit, kegatalan dan kulit yang kemerahan pada kaki yang terlibat.
Hal ini berpunca daripadagigitan serangga atau kaki yang luka. Kuman akan menjangkiti luka itu menyebabkan cellulitis atau infeksi pada kulit kaki. Penyakit ini boleh sembuh dengan bantuan antibiotik.
Bengkak pada kaki adalah proses biasa semasa mengandung. Bengkak pada kaki ini akan pulih selepas bersalin. Amalkan minum air yang banyak dan aktiviti harian yang aktif untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa mengandung.
Seandainya anda mengalami bengkak kaki yang sangat teruk selain daripada apa yang telah diterangkan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan lebih lanjut.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Selepas sekian lama berteka-teki, selebriti popular tanah air, Neelofa akhirnya membuka sedikit demi sedikit kisah kehamilannya yang kini sudah pun melalui fasa-fasa terakhir kehamilannya.
Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya dalam masa terdekat, isteri kepada PU Riz itu kerap memuat naik beberapa kiriman rakan-rakan dan produk bayi yang sudah pun diterimanya. Semuanya untuk si comel tersayang kelak.
Tidak betah duduk diam, Neelofa makin aktif menyudahkan kerja-kerjanya sebelum berehat panjang untuk berpantang sedikit masa lagi.
Namun apa yang mencuri perhatian wargamaya pastinya jangkaan tarikh sebenar kelahiran serta jantina bayi yang sememangnya dinantikan oleh semua pengikut usahawan berjaya ini.
Peminat mula meneka jantina bayi lelaki selepas bekas pengacara program Meletop itu menggunakan emoji bayi lelaki di dalam satu hantarannya di Insta Storynya.
“Terima kasih @imanabdullah, sangat baik dan (emoji bayi lelaki) gembira dapat makanan sedap,” tulisnya ringkas.
Namun sudah semestinya emoji bayi lelaki yang digunakan Neefola mengundang perhatian semua malah ramai yang sudah mula meneka jantina bayi lelaki seperti yang dikongsikan oleh Neelofa.
Biar apapun jantina bayi, tidak kisah lelaki atau pun perempuan, semoga bayi yang bakal lahir ini dalam keadaan sihat dan selamat. Itulah yang seharusnya kita doakan.
Mengidam nasi dagang & berjalan 5 ribu langkah
Sebelum bakal berpantang selama 44 hari selepas bersalin nanti, Neelofa dilihat gemar mencuba pelbagai jenis makanan sebelum berpantang lama. Tidak mahu teringat-ingat, usahawan cantik manis ini mengidamkan Nasi Dagang sebelum menempuh waktu pantang yang lama.
Bukan itu sahaja malah ketika ‘menunggu hari’, pengacara kesukaan ramai ini dilihat melakukan pelbagai aktiviti termasuk memperbanyakkan langkahnya setiap hari malah makin aktif ketika di pejabat. Semuanya sebagai persediaan untuk kelancaran melahirkan kelak.
Semoga kelahiran bayi sulung pasangan ini dipermudahkan kelak.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu kunci kebahagiaan kehidupan berumah tangga adalah sentiasa menghargai pasangan dan saling memahami serta mempunyai sikap tolak ansur antara satu sama lain.
Banyak cara yang boleh ditunjukkan sebagai tanda menghargai pasangan dan ianya tidak semesti dalam bentuk material. Seperti apa yang dilakukan oleh pelawak, pelakon dan pengacara Shahrol Shiro yang menyambut ulang tahun kelahiran isterinya semalam.
Dengan satu entri di Instagram miliknya, Shahrol memuat naik gambar mereka berdua serta menulis satu kapsyen panjang yang cukup indah buat isteri tercinta.
“04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.
Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku. Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku,” tulis Shahrol.
Shahrol turut menyatakan rasa terima kasih buat isteri yang disayanginya kerana tidak putus-putus mendoakan kehidupan mereka sekeluarga.
“Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.
“Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini.
“Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi,” doa dan ucapan daripada Shahrol buat isterinya.
Shahrol mendirikan rumah tangga bersama Anna pada 18 Mac 2016 dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran.
Hasil perkahwinan mereka, Shahrol dan Anna dikurniakan sendan seorang cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!