
Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkongsi rasa kagum dan bangga terhadap isteri tercinta, Shadila Halid, yang telah berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer meskipun sedang hamil pada usia empat bulan.
Menerusi Instagramnya, Alif berkongsi rasa bangga malah semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh isterinya itu sangat memberi inspirasi buat dirinya.
Walaupun dalam keadaan kehamilan, namun ibu kepada tiga cahaya mata itu tetap mampu menamatkan cabaran larian tersebut ditambah pula dengan kepayahannya melakukan aktiviti lasak dalam keadaan berbadan dua.
“Another milestone today, and I am so proud of you.
“Harini aku, anak2 dengan Mama Ayah jadi support crew untuk Shad. Dari dulu, aku selalu ajak Shad run/training dengan aku tapi tak pernah nak ikut.
“Tiba-tiba, “sayang, I signed up BOOM RUN,” kongsi Alif menerusi Instagramnya.
Kongsi Alif lagi, sebelum ini isteri kesayangannya itu tidak pernah bersetuju jika diajak ke mana-mana acara seumpama itu namun membuat kejutan dan tanpa disangka-sangka ketika dirinya sedang hamil.
Alif bagaimanapun membuat perbincangan untuk mendapatkan nasihat doktor namun bangga melihat pencapaian isterinya begitu bersemangat untuk menamatkan lariannya.
“And when we found out we were pregnant, Shad sebulan tak train tambah pulak dengan morning sickness, aku cakap kat Shad , baik kita tunggu sampai doctor bagi the green light.
“Even malam tadi aku fikir yang aku tak berapa yakin yang Shad fit untuk run 10km.. but the WILLPOWER is stronger than the mind and Shad definitely showed it today with a strong finish.
“She ran her first 10km running event at 4 months pregnant! YUP!!!! I am inspiredwell done, My Love, ” tulis Alif bangga.
Tambah Alif lagi, bukan sahaja isterinya bahkan ramai peserta larian yang memberi inspirasi buat dirinya termasuk peserta yang menggunakan kerusi roda, ibu ayah bersama anak istimewa mereka malah ramai lagi.
Terdahulu, Alif dan isterinya, Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah, 10 tahun, Ariana Mecca, 8 tahun dan Muhammad Ali yang kini berusia enam tahun. Alif kini menanti kelahiran anak keempatnya.