Ibu ayah mana yang tidak berbangga saat melihat pencapaian anak kecilnya yang sedang membesar. Anak sulung pelakon, Fizo Omar, Wan Maryam menjadi perhatian ramai bila mana mempamerkan aksi berenang dengan begitu mahir.
Perkongsian video Maryam yang cukup mahir berenang tentu sahaja menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, pada usianya yang kini baru menjangkau enam tahun, Maryam dilihat cukup yakin dan pandai berenang.
Video lama yang dikongsikan oleh Fizo menerusi akaun Tik Toknya itu memperlihatkan gaya Maryam berenang sambil memusingkan badannya di kolam dalam.
Dengan mengenakan jaket keselamatan, Maryam atau mesra disapa Cikyam oleh ayahnya berenang dengan pelbagai gaya tanpa dibantu oleh orang dewasa meskipun baru berusia enam tahun.
Ads
“Alahai Cik Yam,” tulis Fizo ringkas pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji keberanian serta kepandaian Cikyam berenang sendiri malah lengkap dengan pelbagai gaya tanda keberanian dan keyakinan yang dimilikinya.
Namun bukan itu sahaja bahkan gelagat Cikyam di penghujung renangannya turut menjadi perhatian bila mana Maryam sempat mencium tangan Uminya, Fazeera yang menemani Maryam di tepi kolam.
Ads
Bukan untuk menemaninya berenang tetapi semata-mata kerana mahu mencium tangan. Gelagat anak kecil itu sudah semestinya dipuji ramai.
Anak suka berebut mainan sampai bergaduh memang boleh buat mama dan papa jadi marah-marah. Walaupun ada banyak lagi mainan yang lain untuk dipilih, mainan yang satu itu juga yang direbutkan.
Situasi sebegini memang biasa dihadapi oleh mama dan papa. Mama dan papa naik pening nak melayan kerenah anak-anak. Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran mama dan papa.
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh mama dan papa buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.
Angkat tangan berapa ramai daripada anda yang berkata:
“Jangan pukul adik !”
“Berhenti berebut !”
“Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik ”
“Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? ”
Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu?
Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.
Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?
Otak anak kecil obses untuk mengawal.
Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?
Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh! Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.
Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.
Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.
Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI PANEL DOKTORBUDAK.COM THB EDU ASSC DBL INSTITUTE THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Emosi ibu semasa sedang hamil memang cepat sensitif dan tak stabil kerana perubahan hormon. Sebab itu jika ada yang tak kena, ibu cepat berubah mood dan lebih mudah menangis.
Bukan itu saja, ibu hamil berisiko untuk mengalami masalah kesihatan yang lain seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi yang disebabkan pelbagai faktor dalaman mahupun luaran, fizikal atau psikososial dan lain-lain.
Jika tak kuat dan tiada sokongan orang sekeliling pastinya ia akan lebih memudaratkan lagi.
Namun menerusi perkongsian Fatin Nurul Ain yang pernah mengalami melalui saat getir dan perpisahan ketika hamil anak kedua, ia benar-benar menguji dirinya. Alhamdulillah semua itu diambil secara positif dan kini Allah beri yang terbaik untuknya dan anak.
Allah sebaik-baik perancang
Pengalaman melahirkan setiap anak itu memang berbeza. Hari ni mengingatkan kembali ummi time lahir kan Farrel.
Seawal 4 bulan usia adik dalam kandungan, doktor dah nampak baby boy. Berbunga-bunga hati ni, pengalaman baru buat ummi dapat anak lelaki.
Sepatutnya due adik betul-betul 1/1/2020, ikutkan pengalaman kakak, lahir awal dari tarikh due. Masa tu memang banyak urusan, banyak benda ummi perlu fikir. Ummi doa sangat-sangat adik sabar dulu dalam perut. Bagi ummi settlekan dulu semua.
Alhamdullillah Allah Maha Baik, adik lahir melihat dunia time ummi dah betul-betul bersedia.
Mungkin perancangan dan angan-angan ummi tak tercapai, tapi Allah dah aturkan sebaiknya. Persiapan ummi untuk lahirkan adik yang paling utama time tu adalah EMOSI.. Berbeza dengan kakak setiap hari asyik berangan kelengkapan dan persiapan sebab pertama kali kan.
Jangan duduk berseorangan jika sedih atau stres
Emosi memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan amanah Allah ni. Kalau nak cerita-cerita sedih, ummi pun dah lupakan. Buang jauh-jauh.
Tapi kalau ibu-ibu yang pregnant rasa sedih atau ada masalah yang membuatkan stres, tolong jangan duduk berseorangan. Deep breathing, banyakkan istighfar, cuba selesaikan masalah tu cepat-cepat, minta sokongan dan nasihat dari orang dipercayai. Jangan putus doa, Insyaallah, Allah permudahkan segalanya.
Tengoklah adik sekarang, seawal lahir dah suka senyum. Terbuktilahkan ummi happy je sepanjang mengandungkan adik.
Lupakan masa lalu, jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk dikenang. Fokus utama nak anak-anak lebih gembira dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Semoga Allah sentiasa beri kekuatan buat ummi untuk mendidik dan membesarkan anak-anak ummi dengan baik. Happy 1ST Birthday anak ummi NIK FARREL FAHIM
Sabar, reda kunci kekuatan buat seorang wanita
Selain itu, dalam perkongsian yang lain juga, Fatin turut memberi kata-kata semangat walaupun kehidupan ada ketikanya diuji.
Ingatlah, kita hidup ini atas takdir yang Allah SWT tetapkan atas diri kita. Tiada makhluk yang boleh mengubah takdir hidup kita.
Setiap ketetapan takdir sama ada dalam bentuk nikmat atau musibah atas diri kita, kita kena yakin Allah SWT tetapkan sesuatu yang terbaik buat diri kita untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.
Kita perlu sentiasa sandarkan kehidupan, tujuan dan matlamat hidup pada Allah SWT. Sebab hanya DIA Yang Maha Berkuasa, hanya DIA yang Maha Pemberi Rezeki, dan sebagainya.
Jika kita nak sandarkan hidup kita pada manusia, pasti manusia tersebut tak mampu memenuhi keperluan hidup kita kerana dia sendiri memerlukan rahmat dari Allah SWT.
Sabar, redha dan berharap pada Allah SWT adalah kunci untuk kita terus tabah dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini. Sentiasa jadikan al-Quran, Solat, Zikir, bersama dengan orang soleh sebagai resepi untuk kita terus mendapat kekuatan.
Kredit: Instagram Fatin Nurul Ain
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negeri di bawah Fasa 1 telah diberi beberapa kemudahan termasuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin dalam negeri Fasa 1 PPN, berkuat kuasa 20 ogos lalu.
Namun kelonggaran yang diberikan bukanlah satu tiket untuk tidak menjaga SOP. Terpanggil untuk berkongsi berkenaan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan, Dr.Izzar menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar menangguhkan untuk membawa anak ke tempat awam jika tiada keperluan penting walaupun dibenarkan kerana kanak-kanak masih belum mendapat vaksinasi Covid-19.
NAK DINE-IN KE TAK?
Mesti ramai gembira dah boleh keluar dine-in n merentas daerah kalau dah lengkap divaksinasi. Walaupun kelonggaran ini diberi, kita hendaklah beringat dan bijak membuat keputusan. Ini kerana Delta Variant sedang berlegar2 di luar sana
🟢Pastikan pakai double mask atau N95 kalau keluar n patuh SOP
🟢Makan di kedai yang open concept/ pengudaraan dia baik. Elakkan dine-in di mall/ kedai di mana pengudaraan dia tak berapa baik sebab dalam ruang tertutup. Try pergi awal masa takde orang ke.Virus C-19 ni kan airborne. Dine-in kat rumah famili/kawan yang dah lengkap divaksin lebih baik.
🟢 Nak merentas daerah pun beringat. Hanya benarkan orang yang dah lengkap divaksin untuk melawat anda dan lawat orang dah lengkap divaksin. Kalau ada anak-anak kecil yang belum divaksin, tangguhkanlah dulu niat sebab mereka tak dilindungi lagi.
🟢 Jangan teruja sangat dengan kadar vaksinasi di Malaysia. Alhamdulillah memang tinggi tapi kalau kita tengok betul-betul, ia tinggi di GKV. Rata-rata negeri lain kadar vaksinasi tak sampai 50% lagi yang lengkap divaksinasi
🟢 Kita boleh menarik nafas lega kalau kes BID, kematian, dan kes CAT 3,4,5 semakin berkurangan. Perhati betul-betul.
🟢 Kita kena terima yang kita akan hidup disamping C-19 ni. Walaupun kelonggaran diberi, tak bermaksud ancaman C-19 tu dah tiada. Sentiasa beringat.
❌ Golongan yang memalsukan e-sijil vaksinasi perlu didakwa atas tuduhan percubaan membunuh.
Buatlah keputusan yang bijak. Tanggungjawab keselamatan/ kesihatan keluarga di tangan anda, bukannya orang lain. #drizzarshares
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.