Penyanyi Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra perlu menjalani pemeriksaan berjadual di hospital sehingga dia berusia 18 tahun.
Lan, 33, berkata pemeriksaan itu perlu bagi memastikan jahitan pada bibir anaknya itu berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah Xandra dah sepenuhnya sihat cuma belum pergi pemeriksaan selanjutnya sebab nak check bahagian atas lelangit bimbang jahitan terbuka atau merekah.
“Buat masa ini setiap bulan dia akan menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah dia berusia 18 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Ads
Xandra dilahirkan pada 24 Februari lalu dan selamat menjalani pembedahan masalah sumbing di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.
Sementara itu, Lan berkata dia agak bimbang jika terdapat rekahan pada jahitan tersebut kerana ia berkemungkinan menyebabkan anaknya itu perlu dibedah buat kali kedua
Ads
“Kalau ada rekahan dan kesan jahitan naik, dia perlu menjalani pembedahan lain. Saya takut sebab dia sudah membesar, sekarang dah agak lasak dan bimbang jahitan itu tertarik.
Ads
“Kulit dia pun dah semakin menegang, tapi doktor beritahu kalau rekahan jahitan itu menganggu hidung memang kena operate lagi.
Seperti yang kita tahu kebaikan susu ibu didalamnya terkandung zat hidup yang sangat baik untuk bayi dan hanya ada didalam susu ibu. Jadi cara suamkan susu juga perlulah tepat untuk menjaga dan mengekalkan zat-zat susu ibu ini supaya dapat diberikan pada bayi.
Susu yang dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan susu menjadi ‘overheat’ atau terlebih pemanasan. Ia boleh mengurangkan kadar lemak dalam susu ibu, disamping boleh mengurang atau memusnahkan zat-zat yang ada dalam susu ibu.
Sayanglah kan? Sebab tu penting ya proses suamkan susu ini sebab kita nak kekalkan kebaikan susu ibu ini supaya bayi dapat sepenuhnya.
BAGAIMANA CARANYA?
Suhu yang digalakkan untuk suamkan susu ibu adalah 37-40°c. Dipercayai untuk meniru paras suhu tubuh manusia.
Sebelum suamkan, susu perlulah dicairkan terlebih dahulu. Proses ini digalakkan dibuat secara perlahan bukan secara drastik.
1. Malam sebelum susu digunakan, susu beku dari peti beku dikeluarkan mengikut sistem FIFO (First In First Out)
2. Lalukan dibawah air atau rendamkan susu didalam semangkuk air, kemudian masukkan ke bahagian sejuk dingin peti ais semula.
3. Jika menggunakan plastik penyimpanan susu (plastic storage), digalakkan untuk pindahkan susu ke dalam botol susu apabila susu sudah cair.
4. Suamkan susu menggunakan nisbah 1:2
1 bahagian air panas didih dicampurkan dengan 2 bahagian air paip. Nisbah ini sangat bersesuaian dan anda akan dapat air dengan suhu sekitar 37°c, suhu yang disarankan untuk suamkan susu ibu.
Atau boleh gunakan penghangat susu(warmer) yang banyak dijual di pasaran kini. Tetapkan pada suhu 40°c dan ke bawah.
MENGHANGATKAN SUSU MENGGUNAKAN MICROWAVE
Susu ibu TIDAK BOLEH dihangatkan di dalam microwave. Ini kerana,
Penggunaan microwave semasa menghangatkan susu membuatkan susu tidak disuamkan dengan sekata. Terdapat bahagian yang panas secara berlebihan (hot spots) dan sebaliknya. Hot spot berisiko mengakibatkan lecur pada mulut bayi.
Agak sukar mengawal suhu menggunakan microwave dan boleh mengakibatkan Overheat berlaku.
APA ANDA PERLU TAHU?
Susu yang telah disuamkan hanya boleh digunakan SEJAM saja selepas disuamkan. Jika bayi tidak minum atau menghabiskannya, susu perlu dibuang. Jadi suamkan dan kuantiti yang diperlukan sahaja ya.
Susu beku yang sudah dicairkan di dalam peti sejuk bahagian dingin (chiller) TIDAK BOLEH DIBEKUKAN semula, perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan. Kerana itu digalakkan simpan susu mengikut amaun bayi minum bagi satu sesi atau 2 ke 3 kali sesi bayi minum mengikut keperluan bayi. Jadi cairkan,terus bahagi dan habiskan susu yang telah dicairkan.
Susu yang telah disuamkan, TIDAK BOLEH DISUAMKAN SEMULA. Anda juga boleh mencuba berikan bayi susu perahan yang tidak disuamkan.
Demam berulang semasa hamil seharusnya tidak dipandang mudah kerana ia mungkin boleh menjejaskan janin. Awas ibu-ibu hamil terutama yang kerap mengalami demam semasa hamil perlu bertindak segera agar janin dalam kandungan tidak terjejas.
Apakah puncanya dan apa yang boleh dilakukan ibu untuk mengelakkan diri daripada selalu mengalami demam?
RAWATAN SEGERA
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban jika suhu badan meningkat 38°C ketika hamil di trimester pertama, pemeriksaan segera amat diperlukan. Suhu badan yang tinggi dikatakan mengganggu protein dalam pembentukan organ dan tumbesaran janin. Suhu badan yang tinggi daripada demam dan sauna pernah dikaitkan dengan masalah spina bifida dalam janin.
Di trimester kedua dan ketiga, masalah demam selalunya tidak akan memberi kesan bahaya kepada janin tetapi tidak bermakna ibu tidak perlu berjumpa doktor. Segera dapatkan rawatan jika demam berlarutan atau berulang-ulang.
PUNCA KEBANYAKAN KES DEMAM SEMASA HAMIL
Secara amnya kebanyakan kes demam ketika hamil adalah disebabkan oleh:
-Batuk selesema.
-Jangkitan tekak, tonsil dan telinga.
-Cirit-birit atau keracunan makanan.
-Semua kes-kes di atas kadang-kala pulih dengan sendiri ataupun sembuh menerusi ubat yang dibekalkan oleh doktor puan.
PUNCA DEMAM BERULANG SEMASA HAMIL
Kes-kes demam yang berulang-ulang pula mungkin disebabkan oleh:
1. Jangkitan tekak, telinga atau di dalam pundi air kencing.
2. Masalah radang misalnya radang sendi atau tulang.
3. Masalah hormon tiroid (hyperthyroidism)
4. Masalah autoimmune disease seperti rheumatoid athritis dan lupus.
5. Masalah darah beku ketika hamil (deep vein thrombosis).
PERLU TAHU PUNCA DEMAM
Kes-kes seperti yang dinyatakan ini memerlukan rawatan doktor dengan segera. Kes-kes sebeginilah yang sering menyebabkan pesakit mengalami demam yang berulang-ulang. Oleh itu ibu hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan meminta beliau melakukan penyiasatan terperinci untuk mencari punca sebenar demam. Pemeriksaan mungkin mengambil masa tetapi langkah ini perlu dilakukan untuk kesihatan ibu dan keselamatan si bayi dalam kandungan.
Baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Ekoran daripada itu, pelakon Puteri Sarah bagaikan terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengalami keguguran dan mengandung di luar rahim ketika awal perkahwinannya dahulu.
Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembedahan ketika itu bagi menyelamatkan nyawanya daripada terkorban.
“Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.
“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.
“Apabila kena Ectopic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh meninggal ya,” tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
“Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman.
“Kalau tak cepat-cepat, dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!” tulisnya lagi.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.