Pelakon, Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit. Malah tak pernah berhenti.
Menerusi Instagramnya, akui Nad lagi, tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah. Bukan sahaja menguruskan anak-anak yang masih kecil bahkan menguruskan rumahtangga sepenuhnya tanpa henti. Memang mencabar.
“Saya bersetuju. Dalam banyak-banyak pekerjaan dalam dunia ini, yang paling susah ialah suri rumah.
“Melayan anak, jadi cikgu, memasak, mengemas yang tak berkesudahan,” luah Nad berkongsi.
Ads
Tambah Nad lagi, dia juga teramat mengagumi ibu muda kerana mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta menguruskan rumahtangga dengan baik tanpa pembantu.
Bukan satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
Ads
“Kagum dengan ibu muda yang tak ada pembantu mampu bekerja dan melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan jayanya. Mana nak kekal wangi, cantik, tapi nak uruskan rumahtangga lagi.
“Belum lagi bila mengandung tiap dua tahun, kembali bekerja, bawa breatpump ke hulu ke hilir, tinggalkan anak di taska. Fuh, anda memang wanita yang hebat,” luah Nad berkongsi.
Trend membimbangkan yang semakin menular dalam kalangan anak-anak muda Muslim hari ini mengundang rasa gusar ramai, termasuk Ustazah Asma’ Harun – pendakwah bebas, penulis buku dan aktivis dakwah yang lantang bersuara dalam isu-isu moral dan keruntuhan akhlak masyarakat.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, beliau meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap trend “S-Line” yang kini tular, melibatkan tindakan membuka aib sendiri secara terbuka dan tanpa rasa bersalah – seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.
Trend ini bukan sahaja meruntuhkan maruah, malah menormalisasikan maksiat dalam kalangan anak muda. Ia satu lagi bukti dahsyatnya fitnah akhir zaman, di mana dosa bukan lagi disembunyikan, tetapi ditayang dan diraikan.
Ikuti perkongsian penuh Ustazah Asma’ Harun ini
Menggigil baca.. Anak-anak muslim kita dengan segaja menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri di hadapan ribuan mata. Bahkan, lebih sedih, ramai yang menyebar dan meniru tanpa rasa bersalah, seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.
Dahsyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan ikut trend..
Sedangkan perbuatan membuka aib, berbangga dengan dosa dan menormalisasikan maksiat adalah HARAM serta DILARANG KERAS dalam Islam, bahkan mengundang murka dan bala Allah. Na‘uzubillahi min dzalik.
Trend S-Line ini nampak seperti gurauan ringan, tapi hakikatnya membawa kerosakan yang besar kepada akhlak dan maruah.
Ia diinspirasikan daripada drama Korea, di mana satu garis merah umpama tali muncul di atas kepala kononnya menunjukkan siapa yang pernah berhubungan intim. Lagi banyak line merah, maka lagi banyaklah pernah berhubungan, ia ditiru secara terbuka, dengan bangga menyunting gambar sendiri atau orang lain dengan filter seolah-olah mendedahkan kisah silam hubungan peribadi.
Allahuakbar… inilah yang sedang berlaku. Maksiat dihias, dosa dikaburkan dari hati, lalu disebarkan tanpa rasa bersalah. Apa yang patut disesali dalam doa dan taubat, kini dijadikan bahan hiburan di skrin.
Tuan Puan, duhai Ibu Ayah, guru-guru pantaulah anak-anak kita, jangan terlalu longgar memberi akses kepada dunia digital tanpa bimbingan. Nasihat dan doa kita adalah benteng utama agar mereka tidak terjebak dalam arus yang merosakkan.
Para guru, jangan jemu menegur. Teguran yang kecil hari ini mungkin menyelamatkan satu jiwa esok hari.
Duhai anak-anak muda Muslim, jangan gadaikan maruah diri hanya kerana ingin dilihat trendy. Apa yang kamu anggap biasa hari ini, boleh menjadi penyesalan yang panjang di akhirat nanti.
Trend S-Line ini perlu dihentikan. Ia bukan lucu. Ia bukan hiburan. Ia adalah penzahiran dosa zina yang dimuliakan oleh syaitan dan ditertawakan oleh dunia. Jangan biarkan diri kita menjadi alat kepada rancangan syaitan.
Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah. Jangan biarkan garis merah yang ditrendykan menjadi sebab maruah tergadai dan aib terbuka di hadapan Allah pada hari tiada tempat berlindung selain rahmat-Nya. Na‘uzubillahi min dzalik.
Allah telah menutup aib kita dengan kasih-Nya. Maka jangan sesekali kita sendiri yang membukanya. Wallahu a‘lam.
Tidakkah kita sedar… Allah yang Maha Penyayang telah menutup aib kita selama ini, tetapi kita sendiri yang membukanya kembali hanya kerana satu trend yang sia-sia?
Rasulullah SAW telah beri peringatan KERAS dalam sabdanya.
Maksudnya: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan AL-MUJAHIRIN. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.” (Muttafaqun a’laih)
Mujahirin: mereka yang mendedahkan dosa dan aib sendiri
Tuan Puan, inilah permainan halus syaitan memperelokkan maksiat, menjadikan yang keji tampak biasa, bahkan bergaya.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada mereka di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di kalangan mereka.” (Surah al-Hijr: 39–40)
Selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember yang lalu, genap hari ketujuh kelahirannya, pengacara Dayah Bakar berkongsi pilihan nama buat anak lelaki keduanya.
Dayah dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu, Armand Muhammad Fayyadh yang mempunyai makna yang cukup indah.
Menerusi Instagramnya, Dayah berkongsi makna pilihan nama tersebut.
“Setelah 7 hari, kami berkongsi nama putera kedua kami, Armand Muhammad Fayyadh 🤍
Armand : Pengikut Tuhan, harapan, tekad , tentera, orang baik dan terhormat Muhammad : Yang terpuji, dirahmati Fayyadh : Banyak berbuat kebajikan, banyak memberi/dermawan
“Semoga sifat-sifat yang membentuk seiring dengan namamu. Semoga menjadi seorang anak yang soleh, budiman, besar jiwanya, merendah diri dan berbakti kepada agama dan negara,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Dayah juga turut berkongsi momen bahagia mereka bersama anak sulung, Achbar Muhammad Fahri yang baru pertama kali bertemu dengan adiknya yang digelar ‘baby adik’. Memang comel.
Terdahulu, Dayah selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember lalu dan kini sedang berpantang.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Pelakon dan personaliti terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, meluahkan rasa terkilan apabila anak perempuannya, Yang Mulia Tunku Sofia Najihah, menjadi mangsa buli siber hanya kerana rupa dan gaya penampilannya.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Sarimah mendedahkan bahawa anak kecilnya itu menerima komen negatif tentang rambut dan pemakaian cermin mata, walaupun usia belum pun mencecah enam tahun!
Ujarnya, penampilan hanyalah sementara dan bukan pengukur individu tersebut cantik atau sebaliknya.
“Sekarang orang dah mula buli dan body shaming anak saya.
” Walaupun belum cecah enam tahun lagi umur dia, dah ada komen tentang rambut & dan penampilannya yang bercermin mata,” katanya yang turut meluahkan rasa kesal.
Katanya lagi, sebagai ibu dia memainkan peranan utama dalam memberi sokongan emosi dan kata-kata positif agar emosi anaknya terjaga dengan baik dan positif.
“Saya kena ingatkan dia, penampilan itu bukan ukuran siapa kita. Kita semua unik. Dia masih budak—biarlah dia jadi budak.”
“Jadi, saya yang kena bagi dia kata-kata untuk abaikan kata-kata orang dan you are you.
“Sebab mereka (kanak-kanak) akan berubah. Itulah zaman kanak-kanak.
“Takkan lah saya nak solek dia dan suruh membesar terlalu cepat. Dia budak, berilah dia jadi Budak,”luahnya.
Netizen Sokong, Ramai Ibu Kongsi Pengalaman Serupa
Ruangan komen dipenuhi dengan sokongan dan pujian terhadap ketegasan Sarimah. Ramai netizen bersetuju bahawa zaman kanak-kanak perlu dihargai, bukan diperlekehkan hanya kerana tidak menepati ‘standard kecantikan’ yang direka oleh masyarakat.
Malah, ramai ibu turut berkongsi kisah anak mereka yang dibuli hanya kerana penampilan, menjadikan kisah Sarimah sebagai suara wakil kepada ramai ibu bapa di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.