Anak kembar pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina sentiasa mencuri perhatian ramai dengan gaya keibubapaan mereka yang sentiasa dijadikan contoh.
Terbaru, anak ketujuh pasangan ini yang baru dilahirkan pada 12 Julai lalu sudah pun dirangsang dengan menggunakan flash card dan ‘tummy time’ pada usianya satu bulan lebih.
Namun apa yang menarik pastinya gelagat anak kembar pasangan ini, Eusoff yang turut sama merangsang penglihatan dan minda adiknya, Sheikh Muhammad menggunakan flash card.
Menurut apa yang dikongsikan oleh Dr Halina, Eusoff antara anaknya yang paling rajin mengajar Muhammad. Paling menarik rupanya kadangkala Eusoff sendiri tidak mengetahui apakah gambar yang ditunjukkan kepada adiknya. Memang comel.
Ads
“Eusoff memang rajin mengajar Muhammad.
“Walaupun dia pun kengkadang tak tahu apa on the card or terbalik gambar. Yang penting yakin,” tulisnya berkongsi.
Ads
Perkongsian cerita dan gambar comel yang dimuat naik oleh Dr Halina menerusi Instagramnya itu sudah semestinya mencuit hari wargamaya.
Malah ramai yang turut meminta Dr Halina merakam aksi comel Eusoff ketika sedang mengajar adiknya.
Benar austisme bukan penyakit. Aktres Catriona Ross berkongsi tentang caranya mengendalikan emosi dan menerima kenyataan & mendidik anak keduanya disahkan autisme.
Catriona atau lebih mesra dengan penggilan Cat berkongsi tentang keadaan Jammal Raes, 7 tahun di Instagram. Ibu kepada 2 cahaya mata lain iaitu Sephia Rania, 9 tahun dan Edruce Riyadh, 5 tahun.
Autism dan non verbal
My son Jammal Raess has Autism and he is currently non verbal.
Depressed & down setahun pertama
I was down and depressed untuk setahun yang pertama tetapi setelah bangkit, i realized i rasa lega sebab i selalu share tentang Jammal Raess secara terbuka dan keterbukaan itu somehow mengubati perit i.
Tidak berahsia dan menyembunyikan untuk inspire ibu bapa lain
Sebab Cat tidak berahsia atau menyembunyikan serta mengambil langkah untuk berkongsi aswell as trying to inspire ibu bapa lain yang masih sangsi tentang keadaan anak mereka
Autisme bukan penyakit
Autism bukan lah satu penyakit. Its a spectrum. Im hoping to see more people know tentang Autism and harapnya parents tidak lagi rasa malu atau segan untuk berbincang tentang keadaan anak yang menghidapnya.
You are not alone
Talk about it so you will heal, talk about it so we could learn more. You are not alone, ok? ?. Happy World Autism Awareness Day everyone!!
Jammal sukakan alam semula jadi dan kurang selesa untuk destinasi jauh yang memerlukan penerbangan kapal terbang. Cat & keluarga akan memilih lokasi yang mempunyai kolam renang & persekitaran alam semula jadi.
Jammal tidak dapat menyesuaikan diri apabila pembantu rumah pulang ke kampung tetapi Cat tidak memberikan reaksi marah tetapi memahami kesukaran yang dilalu anaknya.
Tidak semua kisah cinta lahir daripada kemewahan, ada yang terbina daripada kesusahan dan diuji dengan pelbagai cabaran. Begitulah kisah usahawan Ridzuan Ridzokumura yang masih mengingati setiap kebaikan arwah isterinya, Allahyarhamah Akiko Okumura, walaupun kini wanita itu sudah tiada lagi di sisi.
Pemergian Akiko Okumura sangat meninggalkan kesan. Ikuti luahan Ridz Okumura dalam Podcast Borak Harini bertajuk Perit jadi bapa tunggal? Apa kata Ridz Okumura, di BH Online, Ahad 28 September 2025 jam 10 pagi.
Menerusi perkongsian di sebuah podcast, Ridzuan mendedahkan Akiko sebenarnya berasal daripada keluarga yang berada. Namun, sepanjang perkahwinan mereka, arwah tidak pernah sesekali menunjuk-nunjuk atau membangga diri.
“Saya dulu pernah tanam pokok kelapa sawit, sampai jumpa dengan arwah isteri. Tapi saya pun tak tahu dia orang senang. Dia tak pernah cerita siapa dirinya, lepas kahwin baru saya tahu,” kongsinya.
Pada awal usia perkahwinan, Ridzuan akui kehidupan mereka serba kekurangan. Namun, arwah Akiko tidak pernah mengeluh. Malah, setiap hari beliau diam-diam memasukkan duit ke dalam kereta suaminya agar ada belanja membeli makanan.
“Setiap hari saya ada je duit nak beli makanan. Selepas dua tahun barulah dia cerita pada saya, rupa-rupanya dialah yang selalu masukkan duit tu,” kata Ridzuan dengan sebak.
Kasih sayang Akiko tidak pernah berbelah bahagi. Beliau tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga. Selama 16 tahun bergelar isteri, fokusnya hanya pada suami dan anak.
“Saya nak bagi pembantu dan pemandu pun dia tak nak. Dia terlalu baik, semua dia buat untuk saya. Dia kata dia lebih bahagia bersama keluarga daripada berkawan,” luah Ridzuan lagi.
Kehilangan Akiko begitu dirasai. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor. Pemergian itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ridzuan dan anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura.
Walaupun berat untuk menerima hakikat, Ridzuan tetap memilih untuk mengenang Akiko sebagai seorang isteri penyayang dan ibu yang begitu berharga.
Kisah ini mengingatkan bahawa dalam rumah tangga, kasih sayang dan pengorbanan lebih bernilai daripada harta dunia. Akiko tidak hanya menjadi seorang isteri, tetapi juga sahabat, teman setia, dan penyokong utama suaminya.
Untuk para ibu bapa, jadikanlah kisah ini sebagai teladan – bahawa keikhlasan dan kasih yang dicurahkan kepada keluarga akan menjadi kenangan paling abadi, meskipun seseorang itu sudah tiada lagi bersama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas insiden kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas, Kelantan (18 Februari, Jumaat), anak arwah Nor Hasliza Abdul Yazaib, 25, dah mula mencari dan bertanya.
Anak mula rindu ibu
“Mana abu (ibu)?” Pertanyaan itu ternyata mengundang sebak kakak ipar arwah, Mastura Mahadi yang masih bersedih dengan pemergian allahyarham.
Menurut Mastura, anak saudara lelakinya yang mesra disapa Haziq baru berusia tiga tahun dan masih tidak memahami kejadian yang berlaku.
“Haziq pelat, jadi dia panggil ibu dia dengan panggilan abu. Semalam Haziq cakap abu dah ‘mati’, dia sempat tunjuk ke arah lokasi kejadian seperti tahu ibunya telah meninggal dunia.
“Hari ni dia tanya pula mana abu. Selepas jenazah dikebumikan dia masih lagi tanya. Dia tak menangis sebab tak faham apa sebenarnya berlaku.
Mastura berkata, anak sulung arwah yang berusia lapan tahun dan lebih mesra dipanggil Irdina kelihatan lebih tenang.
“Kakaknya alhamdulillah boleh menerima. Saya sendiri ada anak-anak. Sedih mengenang anak-anak arwah tanpa ibu,” kongsinya.
Arwah sangat penyayang
Tambah Mastura lagi, adik iparnya disifatkan sebagai seorang yang penyayang bukan saja pada anak kandung malah anak-anak saudara yang lain.
“Arwah seorang yang happy go lucky dan cukup baik dengan anak-anak saudara. Kadang-kadang dia bawa jalan-jalan.
“Saya dengan arwah juga sekepala, mudah untuk dibawa berbincang. Kali terakhir kami jumpa awal bulan ini,” ujarnya.
Jenazah Nor Hasliza selamat dikebumikan dalam satu liang lahad bersama bayinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol di Pasir Mas, kira-kira 11 pagi Sabtu.
Risau fikirkan keadaan anak kedua
Sementara itu, suami arwah, Mohd Khairi Hasbullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan saudara mara yang membantu menguruskan jenazah.
“Alhamdulillah, pusara mereka tidak jauh dari rumah kami, hanya 500 meter sahaja, mudah untuk saya menziarahi kubur mereka,” katanya.
Mohd Khairi berkata, walaupun urusan isteri dan bayinya sudah selesai, hatinya masih tidak keruan memikirkan keadaan anak kedua yang parah, Nurul Iman Maisara, 6, yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
“Nurul Iman membonceng bersama ibunya mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan tangan.
Katanya, dia amat berharap anaknya itu kuat berdepan kesakitan dan kembali pulih.
“Saya reda dengan ujian ini, namun menasihatkan orang ramai terutama anak muda untuk menunggang motosikal secara berhemah dan berhati-hati agar kejadian yang menimpa isteri dan anak-anaknya tidak berulang lagi.
“Walaupun sukar untuk menjaga tiga anak berusia tiga hingga lapan tahun tanpa isteri di sisi kelak, saya akan menjaga sendiri mereka,” katanya.
Semalam, media melaporkan tiga maut termasuk seorang remaja lelaki, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, penunggang motosikal yang bertembung dengan Nur Hasliza yang sarat mengandung sembilan bulan.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...