Baru-baru ini Fizo Omar ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Fazeera Nazri yang hamil anak kedua. Ketika mengumumkan berita gembira itu, kandungan Fazeera sudah pun berusia 5 bulan dan telah nampak baby bumpnya.
Sebelum itu, Fizo dan isteri baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Wan Khaleeda.
Menurut Fizo, beza Wan Khaleeda dengan adiknya nanti adalah 11 bulan dan mereka menganggap walaupun jaraknya sangat dekat, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.
Menerusi perkongsian terbaru Fizo di instagramnya, dia ada menunjukkan satu video pendek yang memaparkan Fazeera sedang membuat ultrasound baby.
Dalam video itu kelihatan Khaleeda juga dibawa bersama namun apa yang menarik perhatian adalah ekspresi muka Khaleeda yang seolah-olah kelihatan terkejut.
Fizo sempat berseloroh dalam video itu apabila menulis kapsyen “alaa sekejap jer pegang title bongsu ni. Tak sampai setahun pun.”
Ads
Malah di ruangan kapsyen juga Fizo ada menulis yang Khaleeda sudah ada kawan.
“Saya zoom zoom gambar scan belakang tu..”
Ads
Daripada ayat yang ditulis oleh Fizo ini, seolah-olah bagi hint macam akan dapat baby girl lagi.
Tapi apa-apa pun tunggu pengumuman rasmi yang dikongsikan pasangan suami isteri nanti. Sama ada baby girl atau baby boy yang penting membesar dengan sihat dalam perut umi.
Ads
Diharapkan segala urusan Fazeera sepanjang hamil kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga selamat bersalin. Amin
Bab anak hati setiap orang akan mudah tersentuh. Walaupun bukan anak sendiri, melihat kesusahan dan ujian kehidupan yang dilalui ditambah pula dengan kehilangan orang tersayang tak semua kuat melaluinya.
Begitu juga kisah anak ini yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang mana diuji dengan kehilangan ayah beberapa bulan lalu, ibu pula baru lepas bersalin dan masih lagi belum kuat untuk menguruskan keluarga.
Apa yang buatkan hati rasa sebak, semangat anak ini untuk ke sekolah tak pernah pudar biarpun apa yang dipakainya tak sempurna seperti rakan-rakan yang lain.
Bagi alasan sakit kaki
Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat. Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati.
Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta tunjuk mana tempat sakit, akhir malu-malu dia tunjuk kasut yang rosak.
Pelekat kasut langsung tak lekat dan kasut pula dah agak uzur kondisinya. Patut la seret kaki, kalau berjalan seperti biasa, kasut pasti tertanggal.
Anak yatim baru kematian bapa
Setelah siasat, rupanya dia anak yatim. Kematian ayah beberapa bulan lepas dan ibu pula baru je bersalin. Baru-baru ni kena masuk hospital balik, suspek jantung. Allah.
Bertimpa-timpa masalah anak perempuan ini. Cantik orangnya, tapi pelik, kenapa rambut dia pendek macam lelaki.
Rupanya rambut dia potong sendiri. Rambut dah panjang sangat katanya, nak pergi kedai tak ada duit. Lagi pun mak tengah sakit, anak bijak ini ambil keputusan untuk potong sendiri.
Guru yang perasan hal ni terus maklumkan pada aku kelmarin. Hari ini, aku pergi cari murid ini dengan membawa kasut baru.
Hari ni dia pakai kasut adik dia. Kecik sangat kasutnya, memang saiz langsung tak sama. Entah macamana dia masukkan kaki dia tu. Agaknya di bengkokkan semua jari kaki kot nak bagi muat?
Siapa pernah pakai kasut kecik?
Seronok sungguh dia dapat kasut baru. Terus dia tanya,
“Boleh tak saya nak pakai sekarang cikgu?”
“Mestilah boleh. Kasut adik tu letak dalam kotak ni. Bawa balik,” balasku.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih”.
“Ni dua baucer pakaian sekolah percuma. Pergi je kat kedai ni, bagi baucer ni. Nanti awak dapat baju percuma siapa tudung semua,” kataku lagi.
Kepala dianggukkan tanda faham. Senyum tak lekang dari bibir. Ah anak. Hari ni hari kamu ditimpa ujian. Dan ramai orang sudi membantu menghulur bantuan.
Dan di suatu besarnya kamu nanti, di saat makin lega dan berjaya, bantulah orang lain pula.
Kerana hidup ini bukan hanya tentang kita. Ia tentang kita peduli atau biar saja. Begitulah.
Jika ada yang ingin memberi sumbangan untuk Dana Kita boleh salurkan ke akaun 564221646925 (Maybank – Pertubuhan Kebajikan Dana Kita)
Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini, sebaik memasuki tanggal 1 Januari 2021, pasangan popular Fattah Amin dan Fazura berkongsi wajah puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya di instagram.
Menerusi instagram peribadi mereka, baik Fattah mahupun Fazura, sama-sama berkongsi gambar dan kapsyen yang sama. Ringkas namun cukup bermakna bila wajah Fatima dipotretkan sebagai bingkasan hadiah tahun baru untuk seluruh peminat keduanya.
“Happy New Year 2021!
“Lots of Love.. Fattah, Fazura and Fatima,” tulis mereka ringkas.
Tidak sampai satu jam, foto keluarga dengan Fatima yang memandang tepat pada lensa kamera itu meraih 129,936 tanda suka daripada semua pengikut Fazura di instagram. Begitu juga dengan instagram Fattah dan satu lagi akaun rasmi @fattzuralovelife.
Rata-rata memuji kecomelan Fatima yang sekian lama dinantikan seluruh peminat tanah air. Tidak kurang juga yang menyatakan iras wajah daddy kesayangannya.
” OMG, Finally”
” Masya-allah Fatima is so cute, gorgeous like mummy”
“Wah akhirnya, assalamualaikum Fatima cayang”
“Copy paste daddy”
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan meninggalkan pelbagai komen dan reaksi dengan perkongsian gambar Fazura itu. Rata-rata memuji kecomelan Fatima.
Semoga Fatima terus menjadi pelengkap kasih sayang Fattah dan Fazura selamanya.
Terdahulu, pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Dan pada 2 Oktober lalu, Nur Fatima Aisya hadir melengkapkan lagi bahagia mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dalam membina sesebuah keluarga, antara tanggungjawab paling besar ibu bapa adalah memastikan pendidikan anak-anak terjamin.
Setiap fasa pembesaran mereka dari kecil hinggalah ke alam remaja merupakan peluang membentuk karakter, kemahiran dan masa depan.
Justeru, bila ada cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli berkenaan sistem pendidikan negara, pastinya ia membuka perbincangan hangat di kalangan keluarga Malaysia.
Dalam satu sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, bekas Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan agar umur persekolahan dihadkan sehingga 16 tahun sahaja. Katanya:
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun… kerana satu, kita negara menua. Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun.”
Ujar beliau, idea ini bukan sekadar untuk mempercepatkan penyertaan anak muda dalam tenaga kerja, malah merupakan satu langkah proaktif menangani isu penuaan populasi negara.
Namun dalam masa yang sama, Rafizi turut menekankan bahawa fokus sebenar RMK13 kali ini adalah pada pendidikan awal kanak-kanak, bukan lagi pembangunan mega mahupun angka-angka ekonomi.
Dalam hal ini, beliau menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan pra sekolah yang universal untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Beliau juga memberi peringatan tegas bahawa jika pendidikan awal tidak diberi perhatian, murid akan mula ‘ketinggalan’ seawal Darjah Satu dan ini akan memberi kesan berpanjangan.
Sebagai ibu bapa, adakah kita bersedia dengan perubahan ini? Adakah kita bersedia melepaskan anak tamat sekolah pada usia 16 tahun, dan bersaing dalam dunia kerja lebih awal? Atau patut kita fokus terlebih dahulu kepada kekuatan sistem early childhood education agar asasnya cukup kukuh sebelum membuat perubahan drastik seperti pemendekan tempoh sekolah. Apa pun, pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.