Dalam masa yang sama, di Instagram suaminya Zaquan juga turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang menyatakan tanda syukur dengan rezeki anak yang Allah kurniakan kepada dia dan isteri tersayang.
Menjenguk ke ruangan komen, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Ads
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, 1.
Ads
Tahniah diucapkan buat Ayu dan Zaquan. Semoga kehamilan kali ini juga dipermudahkan seperti yang terdahulu. Meriah ada anak ramai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sumbing (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.
Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.
“Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.
“Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri,” katanya.
Kecacatan gagal dikesan
Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.
Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.
Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.
Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.
Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.
Rujuk segera jika ada tanda awal
“Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.
“Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh,” katanya.
Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.
Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.
Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.
Info
* Peringkat pembedahan:
– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
– Berat bayi lima kilogram
– Umur bayi mencecah 10 minggu.
– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.
Rawatan susulan:
– Terapi pertuturan
– Rawatan gigi
– Rawatan tampalan gusi
– Pembedahan hidung dan tulang muka
– Pembedahan lain sekiranya perlu.
* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan
– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)
Masalah klef:
* Masalah pemakanan*
* Masalah pendengaran
* Masalah pertuturan dan bahasa
* Masalah gigi dan orthodontik
* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
* Masalah saluran pernafasan**
* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.
Setiap ibu pasti teruja (dan sedikit risau) bila tiba masa nak ajar si manja beralih daripada pampers ke tandas. Fasa Potty training ini memang mencabar, tapi percayalah mama bila dilakukan dengan sabar dan kasih sayang, anak akan belajar dengan mudah dan yakin.
Proses Potty training bukan sekadar ajar anak “buang air” di tempat betul, tapi juga bantu mereka berdikari dan mengenali tubuh sendiri. Jom Pa&Ma kongsikan cara lembut dan berkesan untuk bantu si kecil melalui fasa penting ini.
Tak semua anak sama, mama. Ada yang cepat belajar pada usia 18 bulan, ada juga yang baru bersedia selepas umur 3 tahun dan itu okey sangat.
Apa yang penting, mama tengok dulu tanda-tanda kesiapan anak sebelum mula Potty training:
Kalau si manja dah tunjuk beberapa tanda ini, inilah masanya mama perlahan-lahan ajak dia kenal dunia potty dan tandas dengan penuh keseronokan.
Jangan terus paksa anak duduk ya, mama. Biarkan dia tengok, sentuh atau main-main dengan potty tu dulu. Kadang-kadang, anak perlukan masa untuk rasa selesa.
Tip Pa&Ma: Pilih potty yang comel atau warna kegemaran anak supaya dia rasa lebih seronok dan bermotivasi untuk teruskan Potty training.
Bina rutin tetap contohnya, ajak anak ke tandas selepas bangun tidur, selepas makan, dan sebelum tidur malam. Bila ada rutin, anak akan mula faham bila waktu sesuai nak ke tandas.
Tip Pa&Ma: Kalau anak tak berjaya kali pertama, jangan risau. Cuba lagi bila dia tenang. Yang penting, jangan marah.
Walaupun anak cuma duduk di potty tanpa hasil, tetap puji dia, mama. “Pandainya adik duduk potty!” atau “Good job sayang, mama bangga.”
Pujian kecil boleh naikkan semangat anak untuk cuba lagi dalam proses Potty training.
Kemalangan tu biasa, mama. Kadang-kadang anak terlalu leka bermain sampai terlupa. Kalau berlaku, jangan marah atau memalukan mereka. Sebaliknya, cakap lembut: “Tak apa sayang, nanti kita cuba lagi ya.”
Anak belajar lebih baik dalam suasana positif dan penuh kasih sayang.
Jangan mulakan bila anak baru masuk taska, baru dapat adik, atau tengah tak sihat. Waktu-waktu macam ini anak perlukan kestabilan emosi. Bila keadaan dah tenang, barulah mula perlahan-lahan.
Perjalanan dari pampers ke tandas mungkin ambil masa seminggu, sebulan atau lebih. Tapi setiap langkah kecil itu satu kejayaan besar untuk anak dan untuk mama juga.
Jadi jangan bandingkan anak mama dengan anak orang lain. Percayalah, bila tiba masanya, anak mama akan berjaya tanpa perlu tekanan. Yang penting, teruskan kasih sayang, pujian dan kesabaran dalam proses Potty training.
Ingat mama, bukan cepat atau lambat yang penting, tapi gembira dan yakin si manja dalam prosesnya. Setiap anak belajar dengan cara dan masa mereka sendiri.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Siapa kita untuk menidakkan direzekikan untuk hamil pada lewat usia. Namun demi menjaga kesihatan diri ibu ada baiknya dapatkan saranan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar O&G dari Prince Court Medical Centre, sebarang rawatan pencegahan hamil sebenarnya perlu mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.
Untuk wanita yang dah berumur 40 tahun, kita perlu tahu purata umur wanita yang menapouse adalah sekitar usia 51.7 peratus.
Jadi sekiranya anda tergolong dalam usia 40 tahun ke atas, atau 45 tahun sebenarnya risiko untuk hamil rendah tetapi masih boleh hamil.
Sebab ada yang saya jumpa ibu hamil berusia 48 tahun, jadi macam mana nak cegah?
Adakah perlu makan ubat? Sebenarnya kita perlu berjumpa doktor dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan diri dahulu kerana tidak semua wanita sesuai untuk menggunakan sebarang peralatan pencegahan kehamilan ini.
Tak semua wanita sesuai untuk makan pil dan tak semua wanita sesuai untuk pakai alatan dalam rahim.
Tapi biasanya untuk wanita lewat usia ini kita selalu sarankan untuk rawatan berbentuk jangka masa panjang, iaitu Long Acting Reversible Contraception yang boleh bertahan lama sehingga lima tahun.