
Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrient ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas. Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah.

Nutrien dalam brokoli
Brokoli adalah sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli indah untuk ditambah kepada resipi makanan bayi.

Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Rasanya yang sedap berlemak dan tidak pahit menjadikan brokoli sayur kegemaran kebanyakan kanak-kanak
Cara penyediaan terbaik

Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah mengukus atau memasaknya dengan minyak zaitun. Sekiranya anda ingin menyediakan brokoli sebagai makanan jejari, pastikan ia dimasak sehingga empuk. Brokoli juga bagus dimasak secara panggang atau sup.
RESIPI OMELET BROKOLI

BAHAN-BAHAN
2 biji telur gred A
½ cawan brokoli, dipotong kecil
1 ulas bawang merah, hiris
2 sudu besar keju mozzarella, diparut
Secubit garam
CARA-CARA
- Pukul telur dalam mangkuk kecil
- Tuangkan minyak dalam kuali tidak melekat. Gunakan api yang sederhana
- Masukkan brokoli dan bawang merah. Masak kedua-duanya dan kacau sehingga brokoli lembut dalam anggaran lima minit
- Pukul telur dengan garam dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan ia tanpa dikacau.
- Selepas beberapa minit taburkan keju di atas permukaan omelet.
- Biarkan sehingga omelet kering sehingga masak, barulah diangkat kepada si manja.
Cara memilih dan menyimpan brokoli
Apabila membeli brokoli segar, beli brokoli yang mana bunganya bewarna hijau seragam. Bunga haruslah hijau gelap. Patikan bunganya tidak bewarna kelabu atau berjalur dengan adanya bunga yang sudah kekuningan.

Sentiasa simpan brokoli segar di dalam laci sayur-sayuran. Brokoli segar boleh disimpan sehingga empat hari.

BACA: Sayang Anak Jagalah Kesihatan Kulitnya. Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat
Sumber: Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





Kakfel guna dutch lady full cream.. nak guna jenis susu apa pun boleh.. kalau dapat Susu HL lagi sedap.. Size besar ya susu ni.









Masak air dan agar agar hingga larut. Simpulkan daun pandan sekali.
Masukkan gula merah.
Masukkan gula pasir. Kacau hingga semua hancur.
Sementara itu, satukan santan, telur dan garam. Kocok.
Dah hancur gula tadi, tutup api dan tapis.
Masuk semula periuk. Masak lagi.
Masukkan santan tadi.
Sentiasa kacau. Supaya santan tak bergentel. Tunggu mendidih manja. Tutup api. Sedia dituang dalam loyang.
Tips, loyang basahkan dulu supaya mudah diterbalikkan nanti. Sejukkan dan kalau nak cepat masuk peti sejam dua hingga keras.
Selepas keluar dari peti. Sisipkan sedikit bahagian tepinya. Kemudian terbalikkan.
Siap dipotong. Wangiiii. Cukup manis lemak rasanya.
Cantik dah siap potong. Teksturnya cukup pejal.
Cukup tebal tak santannya… Hiks.
