Baru sahaja menimang cahaya mata kembar kedua yang diberi nama Eusoff dan Emelia, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memang sering berkongsi perkembangan bayinya kepada umum.

Seperti anak-anak beliau yang terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar turut melakukan kaedah TummyTime buat Eusoff yang kini sudah berusia 13 hari. Perkara itu dikongsi beliau menerusi posting terbarunya di Instagram.

Baru 12 Hari Eusoff Dah Dilatih Meniarap. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Tummy Time Untuk Bayi!

Menurutnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan TummyTime sebaik dilahirkan. Aktiviti ini boleh menguatkan bahagian belakang dan juga leher bayi.

“Saya tidak boleh menekankan pentingnya Tummytime pada bayi.

“Ini menguatkan punggung dan anggota badan yang membolehkan mereka mula merangkak pada fasa lebih awal.

“Ia mengembangkan paru-paru ketika mereka menangis melakukan aktiviti tersebut,” tulisnya.

Tambahnya juga Eusoff mula melakukan TummyTime sebaik sahaja tali pusatnya tanggal. Melakukannya 3 kali sehari selama satu minit setiap kali. Menurut Dr Sheikh Muszaphar TummyTime dapat membantu perkembangan tumbesaran anak-anak.

“Saya bermula dengan Eusoff setelah tali pusat tertanggal. Saya melakukannya 3 kali sehari selama satu minit setiap kali.

Baru 12 Hari Eusoff Dah Dilatih Meniarap. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Tummy Time Untuk Bayi!

IKLAN

“Ideanya di sini adalah untuk menjadikan bayi selesa berbaring di posisi rawan. Saya akan meningkatkan jangka masa hingga 3-5 minit seiring berjalannya waktu.

“Semakin awal kanak-kanak merangkak semakin baik.

“Semakin awal kanak-kanak berjalan lebih baik.

“Semakin awal kanak-kanak membaca semakin baik.

“Semakin awal kanak-kanak melakukan Matematik, semakin baik.

“Semua fasa ini akan mempercepat rangsangan otak dan memaksimumkan potensi sebenar pada anak anda pada tahun-tahun akan datang.

Baru 12 Hari Eusoff Dah Dilatih Meniarap. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Tummy Time Untuk Bayi!

IKLAN

Jelasnya juga dia telah melihat hasil yang luar biasa pada anak-anaknya yang terdahulu dengan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan anak mendapat kesan yang serupa untuk Eusoff dan Emelia.

“Saya telah melihat hasil yang luar biasa pada B, T, A & N dan saya mengharapkan E&E dengan kesan yang serupa. InsyaAllah, sekadar berkongsi,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Dr Sheikh Muszaphar juga dia akan membuat perkara yang sama kepada bayi kembar perempuannya Emelia setelah tali pusatnya tanggal seperti Eusoff.

 

Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

IKLAN

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dan kini Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.

Sumber: IG drsheikhmuszaphar

Mama nak take a break, jamu mata, Klik sini!

Baca: Nama Indah Penuh Makna, Eusoff & Emelia Pilihan Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina!

Baca: Bacakan Al-Fatihah & Bangun Seawal 6 Pagi Tengok Twins-Dr Sheikh Muszaphar Teruja Tengok Gelajat Anak-Anak!

Baca: Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar-Dr Sheikh Muszaphar Rancang Nak Anak Ketujuh!

Baca: Sayunya Mommy Tinggal Anak Untuk Berjuang-Dr Sheikh Muszaphar Setia Teman Isteri Bersalin!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI