Keibubapaan

“26 Jam Mummy Dalam Hospital” Anak Dah Setahun, Ain Edruce Kongsi Momen Kelahiran Soraya!

Share

Diam tak diam, anak pelakon, Ain Edruce, si comel Soraya rupanya sudah pun berusia satu tahun pada 19 Mei lalu.

Melalui Instagramnya, Ain turut memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu. Penuh kenangan indah untuk dikenang ketika kelahirannya.

Malah kata Ain lagi, dia terpaksa berdepan detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum Soraya lahir ke dunia.

“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.

“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.

“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.

Dalam pada itu, telatah comel Soraya turut dikongsikan Ain melalui video pendeknya. Ain turut mendoakan agar Soraya terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak.

“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.

“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulisnya berseloroh.

Banyak perkongsian kelahiran Soraya yang tidak pernah dikongsikan Ain ketika kelahirannya sebelum ini. Semuanya comel-comel belaka.

Meninjau diruangan komen, pengikut setia Ain di Instagram turut sama mengucapkan ucapan hari lahir buat anak kecil itu.

 

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN