Kasih ibu tiada tandingannya dan tidak boleh disangkal. Kekuatan seorang ibu yang koma selama lebih kurang 4 bulan ini menjentik hati semua orang apabila anak yang dikandungnya selamat dilahirkan meskipun terpaksa menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan

Bayi perempuan yang berada dalam kandungan ibu selama 117 hari itu selamat dilahirkan dengan berat 2.13 kilogram dan berukuran 432 sentimeter di Hospital Universiti di Brno, Czech 15 Ogos lalu.

Ibu bayi ajaib yang merupakan seorang wanita Republik Czech dimasukkan ke hospital April lalu selepas tidak sedarkan diri akibat diserang strok. Pada ketika itu, peluang untuk ibu hamil itu hidup amat tipis namun bayi dalam kandungannya yang telah berusia 15 minggu itu boleh lagi diselamatkan.

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan

Wanita berusia 27 tahun itu berada di bawah sokongan hidup secara tiruan untuk membolehkan anak dalam kandungan terus bertahan. Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu stabil semasa memantau janin.

Tambahan pula, kakinya juga kerap digerakkan untuk mensimulasikan pergerakan seolah-olah sedang berjalan bagi membantu pertumbuhan anaknya.

IKLAN

Sepanjang tempoh itu, jururawat di hospital bercakap dengan bayi yang berada dalam kandungan ibunya manakala neneknya pula membacakan buku cerita.

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan

ARTIKEL LAIN:[ “Dia Sangat Penyayang…”Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan, Pergi Bersama Bayi Dikandung ]

Bagaimanapun, selepas bayi itu selamat dilahirkan pada minggu ke 34, doktor membuat keputusan untuk mencabut sistem sokongan hidup ibunya.

IKLAN

Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan. Ibu Boleh Sawan, Kandungan Pula Terbantut!

Komplikasi semasa hamil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, penting untuk ibu hamil mengetahui komplikasi yang mungkin boleh menjejaskan ibu dan bayi.
Salah satu komplikasi utama yang perlu diawasi ketika hamil adalah preeklampsia.

Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.

Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia.

IKLAN

Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala,  penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan

Risiko kepada ibu

Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat DilahirkanRisiko kepada bayi

Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.

Sumber : Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI