Resipi menggunakan santan dalam hidangan ini khas untuk ibu-ibu yang pening memikirkan menu untuk si kecil pada hari raya. Masakan ini khas untuk bayi 8 bulan ke atas.

Jadi ibu-ibu tak perlu risau lagi kerana anak akan dapat khasiat dan pemakanan yang betul untuk bayi. Ikuti perkongsian resipi dari ibu ini;

Ni antara menu intro santan 4DAYS RULES yang saya buat untuk Kimi 8months. Moga dapat bagi idea pada mumys semua serba sedikit 

Kadang-kadang kita ni blur tak tau nak masak apa kan..hihi sebab saya pun mcm tu. Raya-raya ni kan bagi la chance baby raya sama. Selamat Hari Raya Aidil Adha semua

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak

AYAM PERCIK KELANTAN 
Bahan perapan ayam:
1ketul ayam
1/2 tsp bawang merah (ditumbuk)
1ulas kecik bawang putih (ditumbuk)
1hiris halia (ditumbuk)
1/4 tsp kunyit hidup (ditumbuk)

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan yang telah ditumbuk halus.
2. Lumurkan pada ayam.
3. Cucuk2 ayam guna garfu utk mudahkan bahan meresap.
4. Perap selama 30min atau 1jam atau lebih utk rasa yg lebih enak.
5. Kukus ayam yg telah diperap setengah masak (tapi sy kukus hingga masak)
6. Angkat dan buang air ayam yg keluar.
7. Lumurkan ayam dgn 1sudu sos percik. Perap 30min.
8. Bakar/pangang ayam hingga masak.
9. Tuangkan sos percik diatas ayam. Sedia dihidang.

Bahan sos percik:
1tsp bawang kecik * (ditumbuk)
1ulas bawang putih * (ditumbuk)
1hiris halia * (ditumbuk)
1/4 tsp kunyit hidup *(ditumbuk)
1batang serai * dititik
1biji kurma – puree
1tbsp tepung @ white sauce
1/2 cup santan
1tsp unsalted butter
1kiub Chicken Stock

IKLAN

Cara-cara:
1. Cairkan UB dan tumis bahan * hingga naik bau.
2. Masukkan CS dan puree kurma.
3. Masukkan santan dan tepung. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa hingga santan masak. Tutup api

 

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak

LONTONG
Bahan-bahan:
1ketul isi ayam (saiz kecil)
1/2biji bawang merah (tumbuk)
1/4 kunyit hidup (tumbuk)
1/2 biji kentang
2wedges labu
2batang kacang buncis
2biji tomato ceri
1/2cawan santan
1/2cawan air
2kiub chicken stock

IKLAN

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak
Cara-cara:
1. Renehkan air bersama bawang dan kunyit.
2. Masukkan kentang dan labu. Biarkan hingga separa empuk.
3. Masukkan ayam. Biarka hingga ayam masak.
4. Masukkan kacang buncis, tomato ceri dan santan. Kacau sentiasa utk elak santan pecah. Hingga semua sayur empuk dan santan masak (ade buble2).
Siap!

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak

BUBUR CHA CHA SWEET POTATO
Bahan-bahan:
1/2 cup pasta star
1/2 biji sweet potato *potong dadu
1biji kurma (pureekan. Lebihkan kalau nak manis)

IKLAN

 

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak

CURRY MEE
Bahan-bahan:
Mi organic 1 ikat
1/2 biji bawang kecik * hiris
1biji bawnag putih * hiris
1hiris halia * (ketuk je utk mudah nnt nak kluarkan)
1/4tsp serbuk rempah kurma
1/4tsp serbuk kunyit (optional nak bg warna je)
4sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)*
1ketul dada ayam-hiris
2kiub chicken stock
1tbsp unsalted butter
1/2cup santan fresh (campurkan 2tbsp santan pekat dgn air hingga jd setengah cawan santan)
Sayur2 pilihan (carrot cauliflower brokoli tomato ceri kentang pakchoy dll)
Tauhu – goreng
Telur rebus (bg yg x elergik) -rebus
7helai daun kari*

4 Menu Hari Raya Untuk Si Kecil Menggunakan Santan! Resipi Yang Berkhasiat Tambah Selera Anak
Cara-cara:
1. Rebus mi dalam air yg dititis minyak utk elak melekat 5min. Angkat dan toskan.
2. Cairkan UB masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan keperangan.
3. Bacuh serbuk kari dengan sedikit air dan biarkan hingga is pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan CS. Tambahkan sikit air.
4. Masukkan sayur. (Masuk sayur yg keras terlebih dahulu)
5. Apabila semua telah empuk, masukkan santan dan biarkan ia masak. Kacau sentiasa utk elak santan pecah. Siap!
6. Letakkan mi dalam mangkuk. Taburkan dgn tauhu goreng dan tuangkan kuah. Sedia di makan.

Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Hanim Omar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI