Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke. Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu
Ads
membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk nemuatkan seorang bayi.
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
Ads
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
Ads
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak ibu-ibu, pada buku rekod kesihatan ibu (buku pink) ada pelekat yang ditampalkan? Apa maknanya? Yang penting ia bukan ditampal saja-saja, mesti dengan tujuan penting. Ikuti penerangan daripada doktor ini.
Jika anda mendapatkan pemeriksaan pranatal di klinik kesihatan ibu dan anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, anda tentu akan melihat ada pelekat (sticker) yang ditampalkan pada bucu kiri bahagian atas muka depan buku pink ini.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, tag warna ini menunjukkan bagaimana pengendalian kes kehamilan pemilik buku itu. Ada 4 tag berwarna iaitu merah, kuning, hijau dan putih. Berikut ialah perkongsian beliau;
PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH
Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING
Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU
Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
TAG PUTIH
Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
DOKTOR BOLEH MENUKAR WARNA PELEKAT BERDASARKAN PENILAIAN TAHAP RISIKO IBU
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag colour apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? Kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Sama ada betul atau tidak kehamilan boleh berjangkit tak dapat dipastikan tetapi ia telah berlaku pada 14 jururawat di salah sebuah hospital di Amerika Syarikat apabila mereka semua mengandung hampir serentak.
Kelahiran pertama bayi pada awal Jun lalu
Semua jururawat neonatal itu berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal (Nicu) dan bahagian perbidanan Saint Luke’s East Hospital di Kansas City.
Caitlin Hall menjadi jururawat pertama daripada kumpulan itu yang bersalin dan menyambut kelahiran anak perempuan pada 3 Jun lalu.
“Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk hamil dan ini adalah kehamilan pertama saya, jadi saya cuba merahsiakannya sehingga usia kandungan 12 minggu.
“Bagaimanapun selepas itu orang lain mula membuat pengumuman (hamil), jadi saya juga berkongsi perkara sama.
“Kemudian, setiap dua minggu, orang lain pula umumkan ‘saya mengandung’,” katanya kepada Fox News Digital.
Kini masih menunggu 13 kelahiran lagi
Hall berkata, dia kini lebih memahami perasaan dan kesakitan ditanggung ibu hamil kerana turut mengalaminya serta dapat menenangkan pesakitnya dengan lebih baik.
Hospital itu kini menunggu kelahiran 13 lagi dengan jururawatnya dijangka bersalin pada tarikh pelbagai sehingga Disember.
“Kami tidak sabar untuk menanti detik ini seperti mana yang berlaku untuk setiap kelahiran di hospital ini,” menurut kenyataan hospital berkenaan.
Seorang lagi jururawat yang hamil, Ellie Kongs berkata, dia tidak sabar dan teruja untuk berkongsi detik istimewa itu bersama rakan sepasukannya.
Doktor menjangkakan Kongs melahirkan anak pada penghujung Oktober ini.
“Kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehamilan dan sebagai jururawat yang sudah mempunyai pengalaman ini adalah detik yang sangat mengujakan,” katanya.
Gangguan pencernaan kerap kali menghantui ibu hamil. Jangan biarkan ia berlarutan lama, atasinya dengan segera.
Timbul beberapa masalah berkaitan pemakanan ketika kehamilan. Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mual, muntah, kembung serta pedih hulu hati dan sembelit.
Gangguan ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan yang menekan perut anda. Sebanyak lapan dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil. Gejala yang berikut adalah masalah berkaitan dengan pemakanan yang biasa dihadapi bakal ibu dan cadangan beberapa cara untuk mengatasinya.
1.Loya dan muntah
Loya dan muntah adalah gejala morning sickness. Hal ini berlaku kerana meningkatnya hormon estrogen dan progesteron. Anda dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil, berehat sebentar pada waktu pagi dengan memakan biskut di tempat tidur selepas bangun dari tidur untuk mengelakkan kemualan.
TIP: Elakkan mengambil makanan pedas dan berlemak. Minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi. Makanlah makanan yang banyak mengandung kadar karbohidrat dan protein. Banyakkan buah dan sayur serta hindari makanan yang mengandung bau yang akan membuat anda mual dan muntah. Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah. Selain itu, elakkan pakaian yang ketat pada bahagian perut kerana akan membuatkan rasa ‘ditekan’. Hal ini akan menambah ketidakselesaan anda dan menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi dan ingin muntah.
2.Kembung perut
Kembung perut adalah simptom biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama. Puncanya ialah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang berehat ini yang menyebabkan perut anda berasa kembung dan tidak selesa.
TIP: Ia boleh dikawal dengan cara mengelakkan daripada memakan makanan yang menjadi punca angin atau makanan yang ‘sejuk’. Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan serta kunyah perlahan. Elakkan makan terlalu cepat untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut.
Sebanyak lapan dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil.
3.Pedih hulu hati
Salah satu keluhan oleh para ibu hamil adalah heart burn atau rasa pedih padah hulu hati. Ia menyebabkan anda berasa seperti makanan berada di kerongkong walau pun makanan sudah lama ditelan. Hal ini berlaku kerana asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila rahim semakin membesar.
TIP: Bagi mengelakkan daripada pedih hulu hati, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan dalam jumlah kecil tetapi kerap. Jika biasa anda mengambil tiga hidangan utama, pecahkan jumlah makanan kepada lima hidangan yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa.
Selain itu, elakkan makanan yang memicu kepada gejala ini seperti makanan berlemak, kafein, masakan pedas, masam atau tajam. Elakkan berbaring sejurus selepas makan serta kunyah makanan dengan perlahan. Apabila rasa pedih menyerang, cepat-cepatlah duduk dengan keadaan menyandar untuk mengelakkan asid perut naik ke bahagian kerongkong. Memakai pakaian yang longgar serta selesa juga boleh mengelakkan hal ini daripada berlaku.
4.Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, ia juga secara tidak langsung mengendurnya juga otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Awas, sembelit yang terjadi secara berterusan akan menyebabkan buasir.
TIP: Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah ialah dengan memperbanyakkan pengambilan air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih pada hari yang panas. Anda juga perlulah menambah makanan yang berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian. Riadah teratur seperti berjalan kaki boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!