Burger adalah alternatif sajian untuk si kecil. Syaratnya ia mesti dibuat sendiri dan bukannya menggunakan patty daging yang siap diproses. Ia homemade!
Tidak dinafikan ibu ayah akan sentiasa mencari jalan agar anak makan sajian yang dihidangkan. Sajian yang berkhasiat dan seimbang penting bagi memastikan tumbesaran si kecil pada tahap yang optimum.
Resipi burger ayam dari The Baby Little Fat ini boleh mama papa gunakan untuk menyediakan patty daging ayam untuk sajian burger si kecil. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan rencam. Cuma yang tinggal ialah kerajinan dan kesungguhan.
Mini Homemade Chicken Burger
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Isi ayam
Telur
Tepung gandum (unbleached)
Bawang putih
Paprika
Bawang besar Holland
Roti ban kecil (plain baby bun)
LANGKAH PENYEDIAAN
#1 Masukkan ayam boneless dan masukkan dalam blender kering atau food processor. Kalau takde semua tuuu guna je blender biasa. Tambah air sikit kalau tersekat di skala 4.
Ads
#2 Ini adalah daging ayam yang siap dikisar.
#3 Tambahkan bawang holland, telur dan bawang putih. Kemudian kisar sekali lagi. Bawang holland adalah senjata kesedapan burger ini.
Ads
#4 Masukkan paprika.
#5 Sediakan pinggan yang ditabur tepung untuk diletakkan patty yang siap dibentuk nanti.
Ads
#6 Buat bentuk bulat kecil bersesuaian dengan saiz ban. Masukkan dalam peti sejuk beku untuk kekalkan bentuknya kira-kira selama 30 minit.
#7 Kemudian anda boleh goreng dengan minyak sedikit sehingga patty masak. Letakkan patty daging ayam ini di tengah roti ban yang telah dibelah.
Siap untuk dihidangkan untuk anak dan seisi keluarga.
Sebut sahaja pasta tentu sahaja jadi kesukaan anak-anak kita. Selain bolognis, pasta carbonara antara yang begitu digemari. Namun menyediakan pasta carbonara yang betul-betul sedap dan creamy tentu sahaja punya teknik yang tepat.
Apa resipinya? Perkongsian resipi dari Wan LuQman ini mama wajib cuba. Memang awesome dan terlebih sedap!
Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung!
I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung. Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Ape hasil dia? Sedap gile! Hehe
Bahan-bahan:
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.
NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera…bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau² nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah😘
Kita rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!
Kadang-kadang kita susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti. Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak². Ni untuk menggantikan bacon. Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.
Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah² dari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.
Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.
Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat. Nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu. Heheh. Tapi tak guna semua ni ye.
Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hot dog ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.
Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yob.
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.
Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pajeri antara masakan berkuah yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari.
Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair. Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging. Jom kita cuba buat pajeri terung.
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Aiskrim yang dibeli memang berbeza rasanya bila dibuat sendiri. Lain rasa malah lain teksturnya. Apa kata kali ini anda cuba sediakan aiskrim buah beri yang lain dari yang lain.
Paling menarik hanya tiga bahan sahaja. Cukup mudah. Jom ikuti perkongsian resipi Dr Mazliana Mazlan.
Aiskrim tiga bahan pulak kali ni, 1 minit 10 saat je buat tau!
Punya seronok anak-anak makan. Mana lah pernah saya buat aiskrim pelik-pelik sebelum ada Thermomix.
Aiskrim strawberry dan blueberry pulak ada kat dapur. Semua saya pandai buat, lepas ada Thermomix je. Alhamdulillah.
Bahan yang saya guna;
1. Raw cane sugar
2. Strawberry dan blueberry
3. Cream
Mula kisar dulu gula 15 saat. Terus jadi halus mulus.
Kemudian masuk pulak berries, kisar lagi 15 saat. Wow kejap waktu ni! Hancur habis buah beku. Power sangat bilah pisau Thermomix kan.
Kemudian masukkan cream, blend 40 saat! Boleh ganti cream dengan yogurt atau santan pekat.
Siap, sedia untuk dinikmati oleh anak-anak kesayangan gitu.