Baru sahaja empat hari menjalani pembedahan melahirkan anak ketiganya, pelakon, Syatilla Melvin dikejarkan semula ke hospital gara-gara mengalami serangan sakit kepala yang teruk.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini memuat naik gambarnya ketika berada di hospital malah mengakui serik dengan kesakitan yang dialaminya.
“Hari ke 4 lepas czer. Tumpas lagi, ke pangkuan hospital balik,”kongsinya.
Malah menurut katanya lagi, disebabkan sakit kepala yang terlampau, dia tidak boleh bangun untuk menjalani rutin pantangnya malah hendak memegang anak ketiganya itu juga tidak mampu.
Ads
“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby, even tak pegang baby sangat pun.
“Serik ya allah. Doakan Tilla, ” tulisnya berkongsi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Syatilla di Instagram turut mendoakan agar diberikan kesembuhan untuk kembali sihat sepanjang berpantang ini.
Ads
Terdahulu, Syatilla dan Sam dan mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2 dan kini seorang lagi cahaya mata melengkapkan bahagia mereka, yang sudah berikan nama, Salama Samheizy.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata kedua dan berita tersebut dikongsi menerusi laman instagram rasminya.
Sebelum ini Aisyah sempat berkongsi bahawa dia sudah dimasukkan ke wad kecemasan setelah melihat adanya tanda-tanda kelahiran iaitu keluar darah seperti period.
“A NEW JOURNEY BEGINS… Alhamdulillah hari yang ditunggu sampai pun! Semalam Aisyah ada share dekat ig story pasal keluar ‘show’ (lendir + darah). Actually it’s one of the signs to deliver. So Aisyah pergi clinic utk check bukaan & it was 2cm. Baru lagi & contraction pun still irregular & bearable”
“Pagi (6 am, 22/9/22) tengok dah keluar darah macam period. Sama mcm waktu Khadeejah dulu pun keluar darah juga. Tapi since dah ada experience, so berehat dulu dekat rumah, makan-makan, cari kek coklat & main dgn Khadeejah. Alhamdulillah ala kulli hal”
“Then terus pergi hospital, masuk emergency room untuk Dr monitor heart rate baby & contraction. Alhamdulillah contraction pun tak sampai average & still rasa normal lagi. In Shaa Allah rasanya estimate to deliver around few hours lagi. Nanti aisyah update dekat ig story okay! Dr check bukaan dah 3cm, so just ready masuk ward utk tunggu sampai boleh deliver”
Aisyah yang terkenal dengan perkongsian ilmu agama di laman instagram berkongsi tarikh kelahiran cahaya mata keduanya iaitu pada hari ini, Jumaat 23.9.22 tepat jam 1.28 pagi tadi.
“Assalamualaikum & welcome to the world”
“Lahir pada Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, berkah doa para guru”
“Jumaat, 23/09/2022 tepat jam 1.28am. Tepat pada hari due date dia”
Buat masa ini Aisyah belum mendedahkan wajah, jantina dan nama bayi keduanya itu.
Tahniah diucapkan buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega diatas kelahiran cahaya mata kedua!
Breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu, terus susukan dengan susu ibu. Jangan panik & terikut cadangan orang lain untuk tukar ke susu formula!
Perkongsian Dr Salehuddin Sulaiman, Pakar Pediatrik ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang baru menyambut cahaya mata. Terdapat sejenis jaundis yang dinamakan breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu.
Prolonged jaundice bahaya kalau disebabkan oleh biliary atresia, masalah tiroid & jangkitan kuman.
Breastmilk jaundice tak bahaya. Ada yang nasihatkan supaya guna susu formula. “Perlukah saya stop sementara susu ibu?”
Pertimbangkan dengan betul susu formula & susu ibu.
Tak perlu susukan setiap jam, tapi susukan bila bayi menunjukkan tanda-tanda nak susu.
Sumber utama pemakanan untuk bayi dalam beberapa bulan terawal kehidupannya ialah susu ibu. Susu ibu dihasilkan oleh wanita hamil dan lepas bersalin, dan mempunyai tiga peringkat yang berbeza dan berlainan: kolostrum, susu peralihan, dan susu matang.
Kolostrum
Kolostrum ialah peringkat pertama susu ibu. Ia sering berlaku semasa kehamilan anda, muncul dengan warna kekuningan atau krim. Ia juga adalah lebih pekat daripada susu yang dihasilkan semasa tempoh penyusuan susu ibu. Selepas anda melahirkan bayi, kolostrum akan digantikan dengan susu peralihan dua hingga empat hari selepas itu.
Kolostrum ialah tinggi dengan protein, vitamin larut-lemak, mineral, dan immunoglobulin. Immunoglobulin adalah antibodi yang disalurkan oleh ibu kepada bayi dan menyediakan imuniti atau daya tahan pasif kepada si manja. Imuniti pasif ini melindungi bayi daripada pelbagai bakteria dan penyakit yang disebabkan virus.
Susu peralihan
Susu peralihan atau susu transisi bermula apabila proses penyusuan bermula. Apabila ibu memberitahu susu mereka mula datang, ia selalunya adalah susu peralihan. Susu peralihan ini menggantikan kolostrum dalam masa dua atau empat hari selepas bersalin. Susu peralihan berlaku selepas kolostrum dan berakhir kira-kira dua minggu. Dalam kata lain, susu peralihan dihasilkan di mana-mana sahaja bermula dua hingga lima hari selepas kelahiran sehinggalah sepuluh hingga empat belas hari selepas bersalin.
Kandungan susu peralihan adalah lebih pekat daripada kolostrum, sesetengahnya menghuraikan ia sebagai berkrim. Ia termasuklah tinggi paras lemak, laktosa, dan vitamin larut-air. Susu peralihan juga mengandungi lebih kalori daripada kolostrum.
Semasa tempoh ini, payudara anda akan menjadi semakin besar, lebih sarat dan boleh jadi tidak menyelesakan atau menyakitkan kerana ketika ini payudara membekalkan sejumlah besar susu peralihan berbanding kolostrum. Anda mungkin rasa payudara yang lebih penuh ini menyukarkan bayi anda untuk menghisap puting anda dengan betul. Jangan risau, dengan latihan yang kerap, anda akan jadi biasa dan selesa menyusukan anak. Kadangkala, dengan mengurut areola untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menyusukan anak juga boleh membantu anak anda untuk mudah menghisap puting.
Dengan menitiskan sedikit susu ibu di atas puting juga boleh menggalakkan anak anda untuk menyusu. Rutin penyusuan boleh mengurangkan kepadatan dan melegakan ketidakselesaan pada payudara anda semasa peringkat ini.
Apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkin mengalami rasa menyengat. Ini menunjukkan bahawa susu mula untuk bergerak daripada sel menghasilkan-susu ke duktus susu untuk menyusukan bayi. Proses ini, dikenali sebagai milk let-down, yang sering tercetus dengan penghisapan bayi, atau ia boleh berlaku pada masa yang tertentu semasa anda menyusukan bayi. Sebaik sahaja perkara ini berlaku, susu anda akan melimpah mengalir dan bayi anda menikmati tempoh penyusuan. Anda akan dengar bayi menelan lebih kerap. Anda juga akan lihat susu menitis atau memancut keluar daripada payudara sebelah lagi semasa let-down berlaku.
Penyusuan boleh membuatkan tubuh anda melepaskan hormon yang dipanggil oksitosin. Dalam beberapa minggu terawal penyusuan, hormon ini boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan pada uterus anda. Jadi, amat penting untuk anda cuba berehat dan relaks, kerana stres, sakit, kesakitan, dan keletihan boleh mengurangkan pengeluaran susu anda.
Pada awalnya, anda mungkin rasa anda selalu menyusukan bayi kerana bayi anda kerap meminta susu. Menyusukan bayi baru lahir lazimnya berlaku antara lapan hingga 12 kali sehari. Penyusuan semasa siang hari boleh berlaku di mana-mana sahaja daripada satu jam setengah hinggalah tiga jam, dan mungkin panjangnya berbeza antara 10 minit hingga satu jam bagi setiap sesi. Bagaimanapun, nanti, corak penyusuan akan menjadi stabil, dan kekerapan penyusuan akan menurun, mengikut keperluan bayi.
Susu matang
Susu matang adalah selepas susu peralihan, dan mula muncul ketika penghujung minggu kedua selepas kelahiran. Bagi kebanyakan wanita, susu matangnya bermula menghampiri penghujung minggu kedua selepas bersalin. Susu matang adalah dihasilkan dalam isipadu yang banyak seperti mana susu peralihan, cuma ia lebih cair berbanding susu peralihan dan lebih berair atau lebih kebiruan; kadangkala ia dihuraikan kelihatan seperti susu skim apabila pertama kali dirembeskan, sehinggalah lemaknya keluar dan ia akan menjadi berkrim. 90% daripadanya adalah air, yang penting untuk memastikan bayi anda kekal hidrat. 10% lagi diliputi karbohidrat, protein, dan lemak yang penting untuk kedua-dua tumbesaran dan tenaga.
Payudara anda juga mungkin akan menjadi lebih lembut dan semakin kecil berbanding dengan semasa anda berada dalam peringkat susu peralihan. Bagaimanapun, payudara anda masih lebih besar daripada sebelum kehamilan anda. Perubahan-perubahan dalam payudara dan susu anda adalah normal dan dibuat untuk menyediakan apa yang bayi anda perlukan untuk nutrisi, tumbesaran, dan perkembangannya.
Juga, terdapat dua jenis susu matang: foremilk dan hindmilk. Foremilk berlaku semasa awal penyusuan dan mengandungi air, vitamin dan protein. Sementara hindmilk muncul di akhir penyusuan apabila payudara sudah hampir kosong dan mengandungi paras lemak yang lebih tinggi. Peringkat susu matang akan berakhir apabila anda bercerai susu daripada payudara dengan bayi anda.
Pun begitu, semakin bayi anda membesar dan mula makan makanan pejal serta cecair lain, kandungan pemakanan dan jumlah susu ibu yang anda hasilkan akan berubah. Sesetengah ibu memilih untuk terus menyusukan bayi sehinggalah anak berada dalam usia prasekolah. Ketika ini, sumbangan pemakanan keseluruhan penyusuan badan telah berkurangan bersekadar dengan pelbagai makanan dan minuman yang kanak-kanak ambil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.