Aduhai, Tiara.. Memang turun ayah lah lawak dia ni. Melalui satu video tiktok yang dikongsikan oleh Achey yang menunjukkan anak perempuannya terlekat rambut di tiang gol mainan.Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir bin Haji Hamzah ini, mengeluh risau melihat anak perempuannya iaitu Tiara yang terlekat rambutnya dengan tiang gol. Namun apa yang mencuit hati peminat adalah Tiara yang kekal tenang walaupun dengan keadaan sedemikian hingga dibiarnya tiang tu terlekat, siap jalan ‘selamba’ heret tiang tersebut. Rata-rata peminat tak kering gusi ada yang berkata “ini baru penjaga gol sebenar”. Memang kental anak perempuan ayah.“Ingatkan bapak je kelakar, rupanya sampai ke anak kelakar. Terhibur betul!”, Tulis netizen di ruangan komen. “Ayah separuh pitam.. anak anak…” tulis Achey di kapsyen.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Ads
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Ads
Achey dan isterinya iaitu Anne telah mendirikan rumah tangga dari tahun 2011 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia 5 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang tahu menghargai membuatkan kehidupan lebih bermakna. Nourul Depp menerima hadiah daripada suaminya selepas melahirkan anak keempat.
Nourul yang baru melahirkan Isabella Depp pada 30 April lalu melalui pembedahan. Melalui Instagram, Nourul memaklumkan sebelum hamil, dia sebenarnya telah dipujuk suaminya, Eric Depp untuk menambah ahli dalam keluarga. Katanya ketika itu, “Insya Allah Fatimah on the way.”
I must have done something good in my life until God sent me a great husband like you @yestowellness .
I am totally grateful for what i have now and then. Alhamdulillah. .
Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, mendirikan rumah tangga dengan Eric pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4. Melalui perkahwinannya yang pertama dengan komposer & penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah, 21.
Para peminat Nourul mendoakan kesejahteraan mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan antaranya dan suami.
@cikpuan_bunga81 Alahai sweetnya.. Apa pun Tahniah utk baby isablle..
@pnchah @nouruldepp betul tu…setiap apa yg berlaku pd kita..kena fikir positif..ada hikmah disebalik ujian Allah..
@azlianadanish Kak @nouruldepp punyer rasa kebahagiaan skrg terserlah di wajah sgt..?semoga Allah kekalkan kasih Sayang dan rasa bahagia kak nourul bersama suami dan anak² hingga ke syurga..??
@inaicha_71 So sweet ?. You a good woman with niat and hati yg murni and you deserved Lelaki Kiriman Allah tu as ur husband to hapuskan kedukaan dulu and give you happinees now and forever In Syah Allah. Doakan saya jugak ya. Congrats on ur baby girl Isabella. I loved her name. Lots of Love???❤️❤️
Tidak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa lantaran si kecil pergi buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala ketika dalam jagaan pengasuh.
Si kecil yang bernama Aisy Fawwaz didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya. Pengasuh sebelum itu telah menghubungi ibunya yang memberitahu yang anak kecil ini tidak boleh bernafas. Menurut ibu saudara Fawwaz, Shafiqah Abd Razak kejadian yang menimpa anak kecil yang berusia hampir 8 bulan itu berlalu terlalu pantas hingga akhirnya anak kecil ini pergi buat selama-lamanya.
Bukan sesak nafas seperti yang dikatakan pengasuh tetapi rupanya ada perkara lain yang dilakukan kepada anak kecil ini. Pihak keluarga anak kecil ini menyerahkan semuanya kepada siasatan polis agar diberikan keadilan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka pada Selasa.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu sebelum ini dibesarkan oleh ibu angkat yang juga ibu saudaranya dan tinggal di Melaka selepas kanak-kanak terbabit diserahkan ibu bapa kandung yang menetap di Klang, Selangor.
Bagaimanapun, sejak akhir Julai lalu, kanak-kanak yang dipercayai turut mengalami masalah lembam dan mesra dipanggil Lina dalam kalangan ahli keluarga itu kemudian diserahkan kepada pengasuh berkenaan yang turut mempunyai hubungan saudara dengan ibu angkat terbabit.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Malangnya, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam hari kejadian.
Menurutnya, setakat ini polis sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Jenazah kanak-kanak itu dituntut keluarganya di Bilik Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 9.50 pagi selepas selesai proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Serkam, Merlimau pada jam 11 pagi Khamis. turut hadir kira-kira 30 ahli keluarga terdekat ibu bapa kandung kanak-kanak itu.
Sementara itu, bapa angkat mangsa yang memelihara kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!