Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak 8 Sikap Nakal Si Kecil Buat Anda Hilang Sabar. Ini Cara Atasinya

8 Sikap Nakal Si Kecil Buat Anda Hilang Sabar. Ini Cara Atasinya

Kadang-kala sikap nakal si kecil buat anda hilang sabar dan tentu ada cara untuk atasinya. “Adik, jangan conteng dinding!” Itu adalah antara kata-kata yang sering anda laungkan kepada anak anda yang agak nakal dan aktif ke sana- ke sini. Begitulah keletah si kecil apabila sudah ‘dapat kaki’. Ketika ini, pelbagai perkara yang ingin dilakukannya. Ini adalah tempoh masa untuk si kecil aktif melakukan penerokaan yang ada dipersekitarannya. Namun, keletah anak-anak ini harus anda kendalikan dengan cara yang betul.

Jom kita selidiki 10 keletah si kecil ini!

1.Suka menanggalkan pakaian

Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.

Cara atasi:

Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permaian’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.

2.Menconteng

Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!

Cara atasi:

Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon di simpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah  menyediakan  ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.

3. Buang lampin

IKLAN

Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.

Cara atasi:

Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk  mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal  dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.

4. Suka mengetuk

Si manja suka melakukan penerokaan di persekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.

Cara atasi:

Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi  mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.

IKLAN

5. Sepahkan blok

Bermain adalah pembelajaran buat si kecil. Namun ketika usia ini si kecil suka sepahkan blok-blok berwarna-warni. Dia juga akan membaling blok apabila sudah bosan bermain dengan blok.

Cara atasi:

Ajak si kecil untuk menyusu blok menjadi tinggi sambil anda membantunya. Kemudian runtuhkan blok itu. Tunjukkan kepadanya bagaimana untuk menyusun kembali blok itu menjadi tinggi. Ajar si kecil untuk menyusun pelbagai reka bentuk blok.

6.Suka bermain warna

Kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang berwarna. Jika anda berikan dia pewarna air, pasti satu badannya dipenuhi warna. Habis tangan dan bajunya dikotori oleh warna-warna itu.

Cara atasi.

IKLAN

Pakaikan dia baju khas untuk melukis, berus dan kertas lukisan untuk menulakukan aktiviti kreativiti itu. Juga sediakan ruang yang luas untuk dia bebas melukis. Pastikan ruang itu mudah untuk anda lap dan  bersihkannnya setelah selesai si manja ‘berkarya’.

7.Cemburu

Ia mula berlaku apabila mula menujukkan rasa kasih sayang dan kepunyaan terhadap sesuatu. Dia mungkin marah jika anda mencium kanak-kanak lain atau bayi baru anda.

Cara atasi:

Ia sesuatu yang normal apabila seorang kanak-kanak mempunyai perasaan cemburu dalam dirinya. Beri perhatian kepadanya. Peluk dan berikan ciuman serta katakan anda sayang dan bangga kepadanya.

8. Mengamuk dengan tiba-tiba

Dengan tiba-tiba dia menangis apabila barangnya kesayangannya tidak dijumpai. Dia mula menolak kerusi dan membuang permainan lain yang berdekatan dengannya.

Cara atasi:

Ajak dia bersama-sama untuk mencari barang permainannya itu supaya dia tahu barang itu tidak hilang. Cara ini memperkenalkan sikap sabar kepadanya. Nasihatinya supaya menyimpan barang permainan di tempat yang betul untuk mengelak berlaku lagi keadaan yang sama.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI