Keibubapaan

“Ada Anak Perempuan Baru Rasa Nak Cantik-Cantik” Yana Samsudin Kekok Tapi Teruja Siapkan Anak Perempuan!

Share

Lain anak lain caranya. Pelakon, Yana Samsudin mengakui dia agak kekok menguruskan anak perempuannya kerana sudah terbiasa dengan anak lelaki.

Berkongsi satu entri menerusi Instagramnya baru-baru ini, Yana mengakui dia agak kekok mempersiapkan anak perempuannya terutama di pagi raya kerana walaupun memiliki empat adik beradik perempuan, namun mereka lebih didedahkan dengan kehidupan seperti anak lelaki.

Kata Yana lagi, sejak memiliki anak keduanya, Aura Aisya Sofea, dia semakin belajar untuk tampil cantik demi anaknya. Biarpun tidak suka bersiap dan bercantik-cantik namun kata Yana dia mencuba sebaiknya.

“Mommy with @auraaisysofea , Alhamdulillah, ada anak perempuan baru rasa nak cantik cantik.

“Kami adik beradik 4 perempuan, 1 lelaki. Tapi kami yang gigirl ni semua macam boyish, tak suka make up bersiap. Suka panjat pokok, menukang, tukar lampu cat rumah, baiki basikal.

“Ni dah keluar anak perempuan ni, mommy tak pandai nak ajar jadi perempuan yang betul betul “girlish” maaf lah nak.

“Tapi kalau masak, kemas rumah, menjahit, buat kuih, mengaji, bertukang tu bolehlah ajar. Kecuali bersiap cantik cantik. Yang tu kena belajar sendiri ya nakkkkk hahahaha,” tulisnya di Instagramnya.

Malah kata Yana, dia mula bimbang terutama hendak menjaga emosi anak perempuan yang dikatakan suka merajuk, menangis dan sebagainya.

“Siap cakap ngan #EnketuaRumah , yang i kalu anak perempuan ni tak pandai sangat. Lelaki ok.

“Merajuk nanti macam mana nak pujuk, jelesnya macam mana lagi. Sebab i bukan nya perempuan sangat, i brutal. @fadzilzahari

“Maaf mommy pun tak faham macam mana yang perfect girlish. I just be my self . Apa yang di ajar dari kecik ni lah hasilnya.

“Tak sure mommy kat luar sana ada perasaan macam ni ke tak? Hahaha ok lah apa apa je lah.. perasaan sendiri je kot. Lol,” tulisnya berseloroh.

 

Biarpun begitu kata Yana, namun setiap kali memuat naik gambarnya bersama anak keduanya itu, Yana terlihat semakin cantik dan berseri-seri. Malah sejak punya anak perempuan, Yana juga dilihat sering tampil sedondon bersama bayinya. Cantik.

Terdahulu, Yana dan Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

Menarik: Kenang Kembali Detik Kelahiran Anak, Suami Kongsikan Video Emma Maembong Berjuang Di Labour Room

Baby Belanja Hisap Jari, Teruja Pergi Check Up, Shuib Tak Sabar Timang Anak Keempat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @yanasamsudin

IKLAN