Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti ada di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?
Mengenali bahan kimia Phthalate
Anda tidak dapat melihat, mencium atau merasakannya. Namun ia terdapat dalam ratusan produk harian yang anda gunakan.
Phthalate – sebutannya THAL-ate – adalah bahan kimia pengganggu endokrin (endocrine-disrupting chemicals) yang menjadikan plastik lembut dan mudah lentur.
Bahkan bahan kimia ini juga turut berada dalam makanan serta minuman yang anda makan. Bagaimana itu?
Endocrine-disrupting chemicals boleh berada dalam makanan dan minuman yang diambil setiap hari kerana ia digunakan dalam peralatan pemprosesan dan pembungkusan makanan.
Phthalate punca masalah kesuburan
Apa yang membimbangkan, phthalate dikatakan sebagai bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan, khususnya kepada individu dewasa.
Mereka yang berada dalam kumpulan tersebut berisiko untuk mengalami kegemukan diabetes dan sindrom metabolik.
Phthalate juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.
Terdapat beberapa bukti kuat menyatakan phthalate boleh mendatangkan bahaya kepada ibu yang sedang hamil.
Tahap bahan ini dikatakan tinggi pada ibu hamil dan dikaitkan dengan perubahan anatomi pada bayi lelaki yang mungkin akan mempengaruhi kemampuan anak tersebut untuk bergelar ayah di kemudian hari.
Bukan setakat itu sahaja, pendedahan phthalate semasa dewasa juga boleh menyebabkan penurunan kesuburan, perubahan sperma, dan penurunan kadar testosteron.
Individu wanita juga mungkin berisiko mengalami masalah kesuburan.
Pada tahap sangat rendah, bahan ini boleh menghidupkan, mematikan atau mengubah isyarat yang dihantar hormon ke seluruh badan. Sudah tentu keadaan itu boleh menimbulkan masalah.
Ads
Kajian yang dijalankan terhadap bahan kimia
Dalam beberapa kajian yang dilakukan pada tahun 1999 hingga 2008, menunjukkan bahawa phthalate boleh mempengaruhi kesuburan individu wanita.
Penyelidikan oleh National Health and Nutrition Examination Survey ini menganalisis 11 bahan kimia pengganggu endokrin pada 31,575 responden wanita.
Hasil kajian menunjukkan mereka dengan tahap phthalate yang tertinggi akan mencapai menopauskira-kira 4 tahun lebih awal berbanding wanita lain.
Mengalami menopaus lebuh awal akan meningkatkan kadar kemandulan dan menyebabkan perkembangan penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan masalah perubatan lain.
Selain masalah kesuburan, phthalate juga mempunyai kaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan.
Dalam tinjauan dilakukan oleh organisasi sama, dikatakan individu yang mempunyai tahap phthalate tertentu akan mempunyai berat badan lebih tinggi dan saiz pinggang lebih besar.
Di samping itu, kadar gula dalam darah dan insulin juga akan berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding individu dengan tahap bahan kimia phthalate rendah.
Ads
Mengurangkan pendedahan kepada phthalate
Phthalate biasanya dijumpai dalam makanan dan sebenarnya, sukar untuk kita menghindarinya.
Beberapa idea umum mengenai makanan yang cenderung terkontaminasi dengan bahan pengganggu endokrin ini adalah seperti ayam, daging merah, mentega, marjerin, minyak masak, krim dan keju.
Hakikatnya, phthalate sukar untuk dihindari kerana ia meningkatkan fleksibiliti plastik dalam semua perkara seperti pada lantai vinil dan langsir bilik mandi sehingga ke tiub intravena, peralatan memproses dan pembungkusan makanan.
Makanan dan minuman
Sumber pendedahan umum individu kepada phthalate adalah daripada bahan pemprosesan dan pembungkusan yang bersentuhan dengan makanan dan minuman.
Anda boleh mengurangkan pendedahan pada makanan dan minuman, dengan cara:
Mengurangkan penggunaan makanan yang diproses dan dibungkus
Meningkatkan penggunaan makanan segar
Mengurangkan menyimpan serta memanaskan makanan dan minuman dalam bekas plastik
Minyak wangi dan produk penjagaan diri
Ads
Phthalate boleh didapati dalam losyen, sabun, alat solekan, pewarna kuku. produk dengan ‘wangian’ juga mungkin mengandungi phthalate.
Elakkannya dengan cara:
Guna losyen dan sabun ‘bebas phthalate’
Kurangkan penggunaan produk haruman dengan memilih kandungan ‘bebas wangian’
Gunakan jenama pewarna kuku yang menyatakan ‘Tiada Di-Butyl phthalate’ atau ‘Tiada DBP’
Barangan rumah
Lantai, tirai, pancuran air, langsir, elektronik, dan produk PVC lain boleh menjadi sumber DEHP (Di(2-Ethylhexyl)Phthalate) – adalah bahan kimia pembuatan yang biasanya ditambahkan pada plastik untuk menjadikannya fleksibel.
Produk pembersih wangi, pencuci pakaian, penyegar udara sintetik juga boleh mengandungi phthalate.
Sebaiknya:
Gunakan produk bebas PVC. Ganti dengan kapas, buluh atau polyethylene vinyl acetate (PEVA)
Gunakan produk pembersih dan dobi yang ‘bebas wangian’
Langkah berwaspada
Sememangnya lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan lagi tentang bahaya phthalate.
Pun begitu dengan penyelidikan yang ada, ia menunjukkan bahawa pendedahan kepada phthalate pada tahap tertentu, boleh memberikan kesan kepada populasi manusia.
Ini kerana bahan kimia tersebut menjadi punca wujudnya masalah kesuburan, terutamanya melibatkan aspek pembiakan lelaki.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan perubahan hidup yang berkaitan bagi mengurangkan risiko mengalami masalah berkaitan kesuburan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peluang mengerjakan haji tak datang selalu jika tak dijemput Allah SWT. Murahnya rezeki ibu mengandung, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dapat menjalankan ibadah haji sekali lagi pada tahun ini ketika dirinya sedang berbadan dua. Namun kehamilan tidak menghalang ibu kepada empat anak ini untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna kali ini.
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini sempat berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah hajinya ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Menerusi akaun Instagramnya, beliau memaklumkan keadaannya yang dibantu dengan pelbagai kemudahan ketika mengerjakan ibadah. Malah skuter menjadi pilihannya untuk melancarkan pelbagai urusan di sana. Jadi tiada masalah baginya yang sedang hamil.
“Banyak juga yang tanya larat ke saya tengah hamil jalan kaki lama-lama. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi Kaabah.
“Cuma ketika saie dari Safa ke Marwah saya naik skuter ni bawa sendiri. Satu orang 50 Riyal kat Masjidil Haram ni macam-macam kemudahan ada bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Datin Seri Nur Shahida juga sempat berkongsi perjalanan hajinya yang bakal berangkat ke Arafah hari ini. Semoga dipermudahkan segala ibadah.
“Insya-Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. Insya-Allah doa-doa sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.
“Insya-Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka. Sebanyak-banyak malaikat-malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya…begitulah hebat nya hari Arafah,” kongsinya.
Makin dekat nak bersalin, kejelitaan pelakon drama The Hotel ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Malah Mira Filzah makin cantik dan berseri-seri walaupun tengah sarat mengandung.
Diam tak diam, sudah 8 bulan usia kandungan Mira Filzah dan tak lama lagi isteri kepada Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini bakal bergelar seorang ibu.
Berkongsi perkembangan terbarunya seperti yang dikongsikan oleh NONA, sebagai ‘mommy to be‘ sudah tentu Mira Filzah teruja dengan fasa kehidupan yang bakal ditempuhnya.
Cerita Mira Filzah tentang persiapannya bergelar ibu, setakat ini sejujurnya tiada lagi persiapan yang dilakukan.
“Mira tak beli apa-apa barang lagi kecuali hadiah daripada kawan-kawan dan klien. Tapi, Mira ada order barang online. Semua tu tak sampai lagi, should be by end of March insyaallah semua barang tu sampai,” kongsinya.
Wanita yang bakal berusia 29 tahun pada 2 April depan juga akan mengambil cuti untuk persediaan menyambut anak sulungnya nanti.
“Mira akan take a break bermula bulan April sebab kita dah mula puasa. Pertengahan April pula Mira dah cukup bulan (full term). Jadi, bulan April Mira tak ambil apa-apa photo shoot.
“Semua endorsement engagement Mira terpaksa push forward ke bulan Februari dan Mac. Dua bulan kebelakangan ini Mira sangat-sangat sibuk dengan komitmen Mira sebab bakal bercuti bersalin dan berpantang nanti. Mungkin tiga hingga ke empat bulan Mira akan bercuti.
Jadi dua bulan ini memang sangat pack dan hectic membuatkan Mira tidak fikir lagi pasal persiapan baby. Mira fokus untuk habiskan photo shoot serta iklan TV dan sebagainya,” ujar Mira Filzah lagi.
Tambahnya lagi, “Daripada segi persiapan lain Mira ada book antenatal class sebagai persediaan sebelum bersalin dan juga breastfeeding class. Mira akan menghadiri kelas ini hujung bulan ini atau awal April nanti. Mira akan susun tarikh selepas selesai semua komitmen kerja,” kata Mira tentang persiapannya untuk bergelar ibu.
Sementara itu, mengenai kunjungan Mira Filzah ke klinik kiropraktik baru-baru ini. “Macam chiro tu, Mira nampak dekat Instagram the feed back is very good, very genuine and very legit.
“So, I think it’s a good place for one of the preparation untuk sebelum bersalin. Macam Mira, alhamdulillah sepanjang pregnancy tak ada alahan tak ada muntah-muntah, all good.
“Tapi bila dah masuk third trimester ni dah 8 bulan ni memang ada sakit belakang dan susah nak tidur. Mira tak ada buat yoga, jogging dan sebagainya. Banyak photo shoot dan duduk kat rumah. Kalau duduk kat rumah, duduk saja, baring, tidur, makan dan tengok TV apa semua.
“So I think it’s good for me to have something untuk relaks kan otot dan sebagainya. Mira rasa probably everyone kalau yang tak mengandung pun pasti ada effect on the muscle,back pain, tulang dan sebagainya.
“Jadi Mira pergi chiro as one of my preparation and effort untuk proses kelahiran nanti. Harapnya dapat bantu Mira untuk proses kelahiran tak lama lagi, insyaallah,” ujarnya.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara versatil, Jihan Muse memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungannya sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19 hujung Januari lalu.
Jihan berkata demikian ketika sidang media Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Allah nak uji ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangir selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya.
Tidak mengalami simptom teruk
Jihan bagaimanapun syukur dan lega apabila dia tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk. Syukur juga, demam pun tidaklah teruk,” katanya.
Tak kisah soal jantina bayi
Ditanya reaksi suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz, Jihan akui mereka tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaaganza 8 (GV 8). Soal jantina saya tak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musaa berkahwin dengan Ungku Hariz pada 2016.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.