
Terdapat tiga ciri utama ADHD, iaitu hiperaktif (hyperactivity), kurang tumpuan (inattention) dan impulsif (impulsivity).
Tidak semestinya. Kanak-kanak dengan ADHD mungkin menunjukkan hanya satu atau ketiga-tiga ciri tersebut. Namun, gejala ADHD biasanya mula kelihatan sebelum usia 12 tahun dan berkait dengan perbezaan fungsi di bahagian frontal otak yang terlibat dalam kawalan perhatian, tingkah laku dan impuls.
Jika anda bimbang tingkah laku anak mungkin merupakan tanda ADHD, sebaiknya dapatkan penilaian daripada doktor. ADHD yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada hubungan keluarga, hubungan sosial dan keupayaan pembelajaran anak.
Apabila ADHD tidak ditangani dengan baik, sesetengah kanak-kanak mungkin berasa terasing kerana sukar mendapat kawan atau mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya. Mereka juga mungkin lebih mudah marah, cepat kecewa dan terlalu sensitif terhadap kata-kata orang lain.
Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
Penting untuk difahami bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai tahap perhatian dan keupayaan fokus yang berbeza mengikut usia.
Secara umum, kanak-kanak pada tahun pertama kehidupan mungkin hanya mampu memberikan perhatian selama sekitar 2–3 minit. Pada usia 1 hingga 2 tahun, tempoh ini boleh meningkat kepada sekitar 3–5 minit
, manakala kanak-kanak prasekolah biasanya mampu fokus selama kira-kira 5–15 minit.Apabila memasuki usia sekolah, kebanyakan kanak-kanak secara beransur-ansur mampu mengekalkan fokus selama 15–30 minit atau lebih, bergantung kepada aktiviti dan keadaan sekeliling.
Sebab itu, diagnosis ADHD tidak boleh dibuat hanya kerana anak aktif, suka bergerak atau mudah hilang fokus. Penilaian profesional diperlukan untuk melihat corak tingkah laku anak secara menyeluruh.
Selepas ADHD dikenal pasti, rawatan boleh membantu mengurangkan gejala dan meningkatkan fungsi harian anak.
Bagi kes ADHD yang lebih teruk atau disertai keadaan lain, doktor mungkin mempertimbangkan penggunaan ubat-ubatan. Namun, antara pendekatan penting dalam pengurusan ADHD ialah behavioral therapy (terapi tingkah laku)
.Antaranya:
Untuk memastikan rawatan lebih berkesan, doktor juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa dan guru dalam memahami keperluan serta tingkah laku anak.
Rawatan boleh membantu mengurus ADHD, tetapi ibu bapa tetap memainkan peranan paling penting dalam membimbing anak dan membantu mereka mengawal tingkah laku dengan cara yang sesuai.
Antara perkara yang boleh dilakukan:
Kanak-kanak bawah 2 tahun sebaiknya tidak diberikan screen time seperti menonton televisyen atau bermain komputer dan video games. Bagi kanak-kanak berusia lebih 2 tahun, penggunaan peranti digital perlu dihadkan dan diseimbangkan dengan aktiviti lain.
Tetapkan waktu makan, tidur, bermain, belajar dan aktiviti lain secara konsisten. Rutin yang teratur boleh membantu anak belajar mengawal diri dan memahami apa yang dijangka daripada mereka.
Jika anak mempunyai ADHD, cuba fahami keadaan mereka dan lihat juga kekuatan yang ada pada diri mereka.
Kanak-kanak ADHD biasanya gemar bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Jadi, galakkan mereka menyertai aktiviti outdoor dan sukan yang sesuai.
Di sekolah pula, guru boleh memberikan tugasan yang memerlukan pergerakan, seperti membantu mengemas papan putih atau membawa sesuatu, mengikut kesesuaian dan keperluan anak.
Yang penting, jangan terus cop anak sebagai “nakal”, “degil” atau “tak reti duduk diam”. Kadangkala tingkah laku yang kita anggap mengganggu itu sebenarnya memerlukan kefahaman, penilaian dan pendekatan yang berbeza.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Sumber: bumrungrad
Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/