Pencuci mulut yang ringkas tapi sedap biasanya akan jadi piihan ibu. Bukan saja jimat masa nak sediakan tetapi apabila siap semua teruja nak makan. Paling penting bahan asasnya juga mudah dan tak mahal.

Bagi ibu yang teringin nak buat pencuci mulut yang ringkas tapi sedap apa kata cuba buat resipi agar-agar permata yang hanya menggunakan 5 bahan saja.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Sedapnya Minum Air Katira Masa Berbuka. Yang Ni Versi Jimat & Pantas. Senang Je Nak Buat!]

Hanya perlu ada bahan asas iaitu agar-agar, susu cair, gula serta pewarna. Confirm lepas siap semua berebut nak makan.

Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan. Modal Tak Sampai RM10 Dapat Satu Loyang 

IKLAN

Resipi Agar Agar Permata (5 bahan)

Bahan-bahan

IKLAN

Agar-agar tali 1 paket 25g
Air 6 cawan (cawan minum kopi tu)
Gula 6 sudu besar (boleh tambah kalau nak lagi manis)
Susu cair 1/2 tin
Pewarna merah, hijau, kuning

Cara-cara:

IKLAN

1. Masukkan air, gula dan agar-agar. Larutkan atas api sederhana sehingga betul-betul larut.
2. Tutup api.Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan. Modal Tak Sampai RM10 Dapat Satu Loyang 3. Ambil 3 senduk kecil agar-agar yang telah larut tadi masukkan dalam 3 bekas berasingan. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
4. Baki agar-agar dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair..Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan. Modal Tak Sampai RM10 Dapat Satu Loyang 5. Tuang agar-agar susu tadi dalam loyang.
6. Potong dadu agar-agar warna-warni.
7. Masukkan agar-agar warna-warni dalam agar-agar susu.

LAGI RESIPI ARTIKEL MENARIK [Ayam Goreng Kunyit ‘Letops’, Gaul Serbuk Kari! Makan Nasi Panas-Panas Letak Kicap]

Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan. Modal Tak Sampai RM10 Dapat Satu Loyang 8. Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan dalam peti ais.
9. Dah sejuk boleh dihidangkan

Kredit resepi: Nurul Amalina Anati Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI