Menitis air mata setiap kali mengingati kembali perjuangan anak kecil ini. Ainul Mardhiah seindah namanya bidadari syurga bersemangat dan kuat melawan penyakit kanser dan ketumbuhan pada lidah kini genap setahun.
Anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani ini sebelum ini menghidap Germ Tumor Cell dan telah melalui pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya. Si kecil ini berada hampir dua bulan di London untuk menjalani rawatan, pembedahan dan rawatan susulan sebelum pulang ke Malaysia beberapa minggu yang lalu.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI & MELINDUNGI
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada Ainul merakamkan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran pertama Ainul pada 13 Ogos (semalam). Bapa ini turut menitipkan doa agar anaknya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
“Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!”
Manakala ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi pula mencoretkan kesyukurannya di Instagram sempena ulang tahun pertama anak. Ibu ini mengakui ujian yang masa lalu mengajar erti kehidupan. Erwani mengharapkan supaya terus diberikan peluang menjaga Ainul.
“Selamat Ulangtahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. Syukur hanya pada ALLAH SWT untuk nikmat yang paling berharga ini. .
“Bermacam pengalaman yang baru untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Ujian dan dugaan bertalu talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan.
“Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua.
“Nanti kita celebrate birthday sama sama dengan mama ya Ainul. you sayang.”
Di ruangan Instastory, ibu ini turut memuatkan beberapa ucapan dan kehadiran insan-insan yang rapat yang memeriahkan hari ulangtahun Ainul Mardhiah ini.
Ads
Selain itu, bayi kesayangan rakyat Malaysia ini mendapat restu dan doa daripada warganet.
“Happy birthday sayang…semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik, menjadi anak solehah dan dlm lindungan Allah selalu…”- ameirsue
Ads
“Sannah helwah sweetie semoga dipermudahkan urusan walau dimana ainul berada & semoga rezeki ainul melimpah ruah. Salam syg buat ainul.” – nh.hdyah_
“Ainul dah berada di wad Hospital wanita dan kanak-kanak KL kan.. sanah helwah nak..sebgmn kekuatan yg dirimu ada begitulah kekuatan yg ada pd ibubapamu..anty tak boleh lihat situasi begini. terkenang anak perempuan anty masa dia baby dulu..segalanya berpaut pd doa dan kekuatan yg Allah swt berikan pd anty untuk tempuhi ujian Allah swt..”- ummi_esya
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak-anak? Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa. Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka.
Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Cuma dalam dunia hari ini, cabaran buat anak sangat besar. Jika tersilap sikit kesannya sangat bahaya.
Di sini pentingnya keberkatan doa ibu bapa untuk sentiasa pastikan anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan baik akhlaknya.
Doa yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang juga seorang ibu boleh sama-sama kita amalkan untuk kebaikan anak-anak. InsyaAllah!
Nak lembutkan hati anak?
Pegang ubun anak semasa anak hampir tidur dan bacakan doa ini :
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan) terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Kena sentiasa ingat, doa ibu ayah ni makbul tau. Sebut yang baik-baik, doa yang baik-baik.
Kalau bukan kita doakan anak-anak kita, siapa lagi kan?
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu? Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat.
Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan jangan cepat memberi bila anak sebut atau minta nak sesuatu. Kenapa?
Perkongsian dari Occupational Therapist (Paediatrik) Puan Liyana Raya ini cukup menjelaskan situasi ini untuk perkembangan seorang anak.
Jangan mudah beri apa anak minta
Jangan terlalu mudah memberi apabila anak meminta sesuatu: They need to feel the struggle.
Bila kita berdoa dan meminta apa yang kita inginkan dari Tuhan,adakah Tuhan terus memberi apa yang kita inginkan tu serta merta?
TIDAK.
Tuhan menguji kita dulu,kan?
Dia nak bagi apa yang kita minta,tetapi in His way,not our way.
Dalam pada Dia nak bagi tu… Dia test dulu… makhluk ciptaanNya ini mampu tak nak bersabar dalam setiap ujian yang dihadapi. Mampukah makhluk ciptaanNya ini mampu bertahan,harungi ujian dengan sabar,doa dan tawakal?
Setelah lamaaaaaa ujian tersebut diberi,barulah Dia berikan apa yang kita minta tu.
Sama seperti anak kecil kita juga. Mereka ada masanya perlu diuji apabila mereka meminta apa yang mereka nak tu,tak semestinya mereka dapat on the spot.
Kita kena faham… kita bukan Tuhan. Tak setiap masa kita boleh penuhi keinginan anak kita kerana kita dengan anak kita cuma manusia biasa. Punya limitasi tertentu.
Jadi,kenapa perlu kita rasakan,setiap kali anak nak sesuatu,kita kena bagi? Tak perlu pun sebenarnya.
Andai kata kita tak mampu nak berikan,kita cakap pada anak,kita tak boleh bagi.
Biarlah anak mengamuk macam mana sekalipun… if we insist of “No means No” maksudnya anak kena faham yang keinginannya tak boleh dipenuhi pada waktu tersebut.
Boleh pujuk, jangan janjikan!
Boleh pujuk anak,tapi jangan janjikan “nanti kita dapatkan ya?”
Mereka akan “menanti”.
Mereka akan menuntut janji.
Jika sudah puas memujuk tak dapat bak hentikan tangisannya,maka ignore sajalah. Nanti lepas dia dah habis nangis barulah kita rational kan kenapa kita tak dapat bagi tu.
Itu adalah ujian baginya. Kita nak dia hadapi ujian tersebut atau kita kesian kat anak?
Saya serahkan pilihan itu kepada anda. Sebab kalau saya… saya akan anggap itu adalah ujian kecil baginya.
Ada beberapa ujian kecil yang anak perlu lalui seperti:
✅tidur yang tidak selesa. Tak semestinya tidur mesti di atas katil,berselimut dan harus ada rutin/aircond dan sebagainya. Kalau benarlah anda ingin me’manusia’kan anak anda,sesekali benarkan dia tidur di tempat yang tidak selesa. Andai kata suatu hari nanti berlaku bencana alam tertentu yang menyebabkan kita perlu berhujan dan berpanas,maka ajarkan dia dari skrg. Saya tak kata kena sentiasa bagi anak berpanas dan berhujan ya. Ada masa kita kena bagi anak ‘rasa’ ujian seperti ini. Supaya kelak apabila berlaku sesuatu yang di luar jangkaan,anak mampu utk menghadapinya dengan baik. Pada peringkat permulaan memang sukar,tetapi lama kelamaan survival skill anak meningkat,anak jadi mudah nak hidup.
✅makan tanpa gajet. Saya seringkali dengar keluhan ibu bapa,”anak saya tak boleh makan kalau tak ada gajet”. “Daripada anak saya tak makan,baik saya bagi gajet supaya anak saya makan. Kurang2 dia makan”. “Daripada anak saya berlari sana sini masa makan,lebih baik dia duduk diam,tak kacau orang,tak jatuhkan brg2 kat kedai makan”. Mcm nilah. Kalau benarlah anak kita tu manusia,dia mesti boleh makan tanpa gajet. Tapi saya tak pastilah pulak anak anda tu “apa” dah kalau tak boleh makan tanpa gajet? Maksudnya seumur hidup dia makan,kena pakai gajet ke? Atau masa kecil ni saja? Anda yakin dari awal lagi anda dah introduce gajet masa makan,bila dia dah masuk umur 4 tahun,dia boleh makan tanpa hadap gajet? Anda yakin anak anda satu hari nanti boleh makan tanpa gajet walaupun telah diberikan sejak kecil? Fikir2kanlah.
Anak tak duduk diam masa makan tu hanya satu ujian kecil utk kita. Kita sedang diuji dengan keadaan anak berlari sana sini masa nak makan,tak nak bukak mulut,dan sebagainya. Tapi kita tak fikir,once kita introduce anak tu makan dengan gajet,mcm mana anak boleh berjaya dlm survival skill nya kalau takde gajet? Pernah terfikir kalau berlaku musibah banjir,tiada bekalan elektrik utk caj telefon,bagaimana agaknya reaksi anak anda pada ketika itu jika dia nak makan,tapi gajet tak ada? Waktu makan adalah waktu makan,bukan waktu tengok gajet. Susah mcm mana pun… anda,pasangan dan anak anda sendiri harus belajar menghadap makanan ketika makan,bukan gajet. Ini adalah ujian. Anda tak boleh sabar dengan ujian sekecil ini,maka anda expect anak boleh berhadapan dengan ujian hidup begini?
Banyak lagi sebenarnya ujian-ujian kecil yang anak kita perlu hadapi dalam pada dia nak membesar ni.
Tugas kita adalah memastikan bahawa anak kita boleh atau tidak berhadapan dengan ujian tersebut. Kalau dia tak boleh,dia nak mengamuk,nak menangis,nak marah… itu fitrah semulajadi seorang insan apabila diuji. Bila kita diuji, kita juga mengamuk, menangis, marah, sedih——>>>kenapa aku diuji sampai mcm ni sekali??????????
Tapi once kita dah settle down,kita bagi masa utk diri kita berfikir…. menerima ujian tersebut seadanya… maka,akan ada sinar buat kita satu hari nanti. Jika sinarnya bukan skrg,tapi mungkin di syurga nanti.
Bagi anak kecil… dia kena lalui ujian yang segala kemahuan dia pasti ada yang tak dpt dipenuhi. Jadi dia kena marah,kena mengamuk… kita? Bagi masa pada dia. Explain dengan baik. Kenapa kita tak bagi,walaupun dia kecil lagi. Andai kata dia tak dpt menerimanya juga,kita ignore saja sebab kita kena faham,dia dalam proses nak menerima kenyataan tersebut. Kita doa,mudah mudahan anak kita faham. So once dia dah faham,yang tak semua keinginannya dapat dipenuhi,mudahlah kita di kemudian hari. Jangan lupa puji anak sebab boleh sabar dan terima yang kita tak mampu nak bagi beberapa perkara mengikut kemahuannya ya (bergantung pada situasi tersebut).
Penting bagi anak belajar bersabar dan faham
Masalah kanak-kanak zaman skrg ni,ramai yang susah nak berhadapan dengan ujian kecil ini sehingga membawa kepada tingkahlaku yang melampau seperti menghentak kepala di dinding,mengamuk berguling-guling,pukul badan sendiri,gigit diri sendiri atau org lain dan sebagainya. Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak pandai bersabar. Tak boleh tunggu sampai dapat apa yang dia nak.
Kadang-kadang semuanya bermula dari kita. Terlalu memenuhi apa yang anak inginkan sampai anak tak tahu mcm mana nak settle down sendiri perasaan dia. Lama kelamaan makin parah,dan kita jugak yang makin susah hidup dengannya. Patutnya anak makin dah besar,makin mudahkan kita,tapi ini tidak. Makin besar makin susah pulak nak faham.
Dah tak bagi faham masa kecil… masa besar makin menjadi jadi lerrrr…. jenuh nak bagi faham masa dah besar sebab dah terbiasa dari kecil kita katakan/ “Tak apalah… dia budak lagi. Bagilah apa yang dia nak.”
Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tak guna lagi.
Liyana Raya, Occupational Therapist (Paediatrik) & Pengurus, LiyanaRaya Training & Consultancy (Pengasas Little Rehab Program)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.