Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw, Paling Special, Rugi Tak Cuba!

Share

Air minuman ketika berbuka menjadi keutamaan selepas juadah utama dan juga kuih muih. Namun air yang biasa mungkin membuatkan anak-anak mudah bosan dan tidak teruja ketika berbuka. Apa kata tambahkan rasa teruja anak-anak dengan menyediakan air sedap yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini kepada anak-anak.

Menariknya bandung dengan gabungan laici dan cincau ini tidak ditambah dengan air walau sedikit pun, memang kaw-kaw. Terbaik! Nak rasa macam mana enaknya laici dan cincau ini jom kita cuba!

Resipi wajib cuba: Nasi Carrot Ayam Masak Merah Orang Kahwin Untuk Raya Nanti, Paling Simple Tapi Super Sedap!


Yerlah, mana tak sedap bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harapkan daripada air laici, air dari ais mencair. Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu.

Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.

1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam

Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.

Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga tapi Ben suka cara camni.

Silakan.

Resipi wajib cuba: Biskut Kacang Mazola Lejen Campur Semua Bahan Uli Sekejap Siap!

IKLAN