Mengalami perit tekak atau batuk berkahak memang tak selesa. Biarpun sudah minum banyak air masak, tetap terasa sakitnya. Nak bercakap pun tak keluar suara.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman. Dengan hanya menggunakan bunga belimbing buluh saja, boleh membantu mengurangkan rasa sakit tekak. Menggunakan bahan semulajadi, jadi rasa mengantuk pun tak ada.
Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Belimbing Buluh
Selamat Pagi Ahad!
Teruk sangat batuk masa ‘Live’ semalam rasa tekak semakin perit. Dah seminggu batuk, badan jadi sakit-sakit. Kebetulan semalam Lz singgah rumah Kaklong intai pokok belimbing buluh beliau. Alhamdulillah, rezeki ada bunganya. Teruslah petik dan bawa balik.
Petua ni Nyaie (nenek) Lz yang kongsikan dan Mak pun rajin buat bila anak-anak batuk kahak lambat keluar. Sebab biasanya habis dah sebotol ubat batuk tapi masih belum hilang batuknya. Lagipun guna petua ini tidak memberi kesan mengantuk dan boleh diminum bila-bila masa perlu tidak diwaktu malam sahaja
Ads
Jom follow step by step cara penyediaan air bunga belimbing buluh di setiap gambar. Klik #SHARE atau TAG orang tersayang untuk sama-sama dapat manfaatkan perkongsian ini.
CARA BUAT AIR RENDAMAN:
1. Ambil bunga belimbing buluh. Cuci sekali lalu air dan tapiskan.
2. Ambil segenggam dan masukkan jug/cawan. Curah air panas dalam jug/cawan. Rendam bunga tadi dalam air panas.
Ads
3. Tutup cawan sehingga keluar warna merah dari bunga tersebut. Biarkan 5-10minit.
4. Tadaaaa dah keluar warna merah bunga. Tapiskan masuk cawan.
#Bolehlah diminum ketika panas-panas suam. Rasanya tawar dan boleh juga diberi minum pada anak-anak.
#Bunga yang tadi terus direndam lagi tambahkan air panas buat pengulangan rendam sehingga warnanya habis. Kemudian barulah buat rendaman bunga yang baru pula.
#Minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga kahak habis keluar dan batuk hilang.
#Kebiasaan buat dalam 2 hari batuk mulai lega. Lebih jimat tanpa beli ubat batuk, semulajadi dan tidak ada kesan mengantuk.
Selamat dimanfaatkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu :
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
7 Langkah bijak mengurangkan gula
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sedap betul bila teringatkan keenakan Lotus Biscoff Cheesecake. Tapi harganya agak mahal jika beli di kedai. Bagi yang pertama kali ingin mencuba keenakan Lotus Biscoff Cheesecake, anda boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Jiha Jihah.
Sekarang orang semua pakat buat Lotus Biscoff Cheesecake. Kita pun nak try lah buat, senang je rupanya. Takperlu bakar langsung. Sedap sangat rasa dia.
Cara-cara -Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.
2. Cairkan butter atas dapur, masukkan lotus biscuit yang dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan-tekan untuk jadikan base.
-Bahagian tengah-tengah (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2 sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2 sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
7. Tuang adunan tu atas base.
-Topping
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok.
Senanggggggg kan? Jiha buat dalam bekas kecik-kecik, 1 adunan ni dapat 6 bekas.
Btwwww, jiha baru start jual lotus biscoff biscuit tu, kalau nak buat kek ni, boleh lah beli, tapiiiiii makan biscuit ni macam biasa pun dah sedap sangat tauuu. Ngap ngap tiba2 dah habis.
Nak order boleh beli dekat shopee jiha, free shipping. Click – https://shopee.com.my/rarekabus/3151745628/ *spread dia insyaAllah coming soon ada stock, korang beli biscuit dulu before sold. Seriusly susah nak cari bahan ni.
Korang pernah tak makan yogurt icecream llaollao, haaaaaaa ni lah lotus bisscoff sauce yang paling sedap tu.
Ibu bekerja yang sibuk tetap mahu masak sendiri bubur untuk baby yang dah mula makan setiap hari. Tetapi kadangkala bila terlewat, ibu jadi tak cukup tangan untuk memasak bubur baby bagi dihantar ke rumah pengasuh.
Kalau dapat pengasuh yang prihatin dan ringan tulang menyediakan sendiri makanan untuk anak-anak asuhan memang ibu bersyukur sangat. Apatah lagi sekiranya pengasuh tersebut mempunyai ilmu mengenai pemakanan berkhasiat si kecil.
Tip penyediaan bubur nasi untuk anak-anak asuhan Ema Amran boleh diguna pakai oleh semua ibu yang ada baby dah mula makan makanan pejal. Semoga ia membantu anda menguruskan masa dengan lebih efisien dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk si manja.
Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari saya
Ni cara saya sediakan bubur makanan baby start 6 bln (anak-anak asuhan saya)
Nak jimatkan masa penyediaan bubur, nak-nak pulak ibu-ibu yang bekerja kena lagi nak cepat boleh try ye. Bubur makanan anak-anak elok dibuat hari-hari supaya khasiat dia tu serap kat anak-anak. Baru la montel.
Ok mula-mula saya basuh beras macam biasa dan toskan sampai tak ada air menitik-nitik. Tuang beras tadi dalam talam, ratakan kemudian jemur sampai kering. Tak lama pun bila matahari kat atas kepala kejap je dah kering.
Bila dah kering blend beras tadi (guna blender kering ye) sampai jadi macam pasir halus. Lepas tu boleh la simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan lama. Saya tak simpan dalam peti ais pun ok je beras tu.
Masa nak masak bubur saya akan cedok dalam 2 atau 3 scop untuk seorang cukup untuk makan tengah hari dan petang. Masak macam bubur biasa cuma dia akan masak dengan cepat jadi tak boleh tinggal-tinggal ya.
Boleh letak sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Untuk baby 6 sampai 9 bulan saya stimkan sayur-sayur & kurma. Tak masak dalam bubur sekali. Untuk baby yang umur 10 bulan hinga estahun baru saya masuk sekali. Anak asuhan saya tu seorang tak pandai kunyah lagi. Umur dah setahun tapi still kena makan bubur blend.
Nota kaki :-
*Sayur tu cara saya stim
Masak bubur dalam periuk. Atas periuk saya bubuh penapis yang perah kelapa (yang besi ye). Dalam penapis tu saya bubuh sayur-sayur untuk di stim kan. Kemudian tutup dengan penutup periuk. Bila sayur-sayur dah masak alihkan dan tak perlu stim lama sangat nanti hilang khasiatnya. Tujuan stim macam tu supaya khasiat sayur tu masuk ke dalam bubur. Bila bubur dah siap tunggu sejuk lepas tu blend bubur dan sayur sekali tanpa perlu letak air. Kalau blend tak bergerak baru tambah sedikit air masak. Pelbagaikan menu anak-anak supaya mereka tak rasa bosan makan makanan yang sama sahaja.
*Garam dan gula tak elok dimasukkan dalam makanan baby sebagai perasa sampai umur diaorang setahun. Takpe tawar pun sebab baby belum ada deria rasa lagi.
*Gula digantikan dengan kurma.
*Garam digantikan dengan ikan bilis. Ikan bilis tu mesti direndam terlebih dahulu dan dibuang tulangnya supaya hilang rasa masin yang pekat tu.
Ni la hasilnye anak-anak asuhan saya. Selamat Mencuba