Dalam tempoh PKP ni, para ibu mempunyai banyak masa untuk mencuba pelbagai resipi roti yang menarik. Jika anak-anak anda sukakan roti coklat seperti yang dijual di pasaran, bolehlah dibuat sendiri.

Resipi Chocolate Raisin Bun ini dikongsikan oleh Zuraita Mohd Anua dan perkongsiannya hampir mencecah 2k share. Nampak lembut berlemak, mesti anak-anak akan sukakan rasa roti ini.

Resipi lain: [Cucur Udang Rangup Tapi Lembut Di Dalam, Sedapnya Udang Selambak, Padu!]

Ikuti perkongsian resipi ini:

Uiii.. Gebunya nampak!

Resipi Roti Coklat Kismis, Sedap & Gebu Berlemak. Anak Makan, Tak Cukup Sebiji!

Chocolate Raisin Bun

Nak lebih sedap kena letak inti coklat. Tapi saya tak sempat beli, saya letak chocolate chips dan kismis jer. Gebu sangat! Kalau anda nak buat, sebaiknya letak chocolate filling ya.

IKLAN

Resipi Roti Coklat Kismis, Sedap & Gebu Berlemak. Anak Makan, Tak Cukup Sebiji!

Bahan-bahannya:

Bahan A
200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
*Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.

Bahan B:

3 cawan setengah tepung roti
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil bread improver (takde pun tkpe)
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam
1 biji telur
*Masukkan semua dalam bread maker

IKLAN

Resipi Roti Coklat Kismis, Sedap & Gebu Berlemak. Anak Makan, Tak Cukup Sebiji!

Cara membuatnya:

1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi Dough pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.
😄

2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan chocolate chips dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.

IKLAN

Resipi lain: [Sedapnya Kuih Telaga Emas Ni. Nak Buat Pun Mudah, Guna Sukatan Cawan Je]

3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini. Susun atas baking tray yang sudah disapu butter. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.

4. Bakar 170c api bawah selama 10 minit. Kemudian bakar suhu 150-160c api atas bawah selama 10 minit lagi. Selepas masak, keluarkan dan sapu butter atas permukaan roti. Siap! Cubalah, gerenti puas hati. Sedap dan lembut sangat.

https://www.youtube.com/watch?v=7uXGUhbjXDY&t=40s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI