Ujian imbasan menunjukkan sesuatu abnormal tetapi bayi ini lahir dan berkembang dengan sihat. Dilahirkan dengan usus diluar perut, dia terus bertahan dan hidup hingga kini. Mustahil tetapi benar!
Lily-Rae Lawrence dari Sheffield, South Yorkshire lahir dengan usus di luar perut terpaksa berada 150 hari di hospital sejak lahir. Kisah bayi ini mendapat perhatian ramai dan Rae bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.
Si kecil ini melalui pembedahan pertamanya hanya selepas 4 jam dilahirkan. Rae tidak pernah pulang sehinggalah usianya kira-kira 5 bulan pada September 2018 lalu.
IMBASAN 12 MINGGU NAMPAK SESUATU DI LUAR PERUT
Ibu bapanya Melissa Thompson & Richard Lawrence sebelum ini sudah mengetahui kelainan pada janin semasa ujian imbasan ketika kandungan 12 minggu. Dari imbasan itu, kelihatan segumpal asap pada luar perut janin. Perut janin kelihatan rata dan sesuatu terbentuk di luar perut.
Ads
DIAGNOSIS ALAMI GASTROCHISIS
Rae ini didiagnosis mengalami gastroschisis selepas dilahirkan iaitu keadaan di mana ususnya terbentuk di keluar melalui lubang daripada perut. Keadaan ini membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan tekanan dan usus boleh pecah.
13CM USUS MATI TERPAKSA DIBUANG
Awalnya, ibu bapa Rae ingin meletakkan plastik dan berharap ususnya akan masuk semula ke perut. Tetapi keadaan yang sebenar adalah rumit dan memerlukan banyak pembedahan.
Ads
Rae yang dilahirkan pada usia kehamilan 36 minggu 5 hari seberat 2.7kg melalui pembedahan untuk memotong kira-kira 13sm dari 30sm usus kecilnya yang berada di luar perut di kerana mati dan kehitaman. Pembedahan seterusnya ialah untuk mewujudkan 2 stoma.
Ads
PANJANG UMURMU NAK!
Si kecil ini akhirnya discaj dan pulang ke rumah pada hari ke-149 kelahirannya dan hidup seperti bayi yang sihat. “Kami bersyukur akhirnya Rae sudah pulang ke rumah bersama kami. Ulang tahun kelahiran yang pertama ini sangat istimewa selepas pelbagai kegetiran yang terpaksa dilalui,” kata Melissa.
Bayi tertidur ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi apa cara yang boleh dilakukan untuk sendawakan bayi yang sedang terlena? Ini jawapannya…
Sendawakan bayi yang tertidur
Tidak kira menyusu badan atau botol, situasi bayi tertidur ketika proses penyusuan adalah perkara normal.
Apabila berasakan perut semakin kenyang, si manja akan menjadi lebih santai dan hisapan susu semakin perlahan. Kesannya? Bayi akan tertidur.
Keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku pada waktu malam ketika keinginan untuk bayi tertidur adalah tinggi.
Walaupun si kecil tampak nyenyak, namun bagi sesetengah bayi, mereka perlu disendawakan untuk mengeluarkan angin sebelum tidur.
Proses sendawakan bayi sedang tidur adalah sama dengan bayi yang masih berjaga. Cuma anda mungkin perlu memperlahankan pergerakan agar mereka tidak terjaga.
Jadi apakah cara terbaik dan sesuai untuk menyendawakan bayi tertidur?
Kaedah sendawakan bayi yang sedang tidur
Berikut terdapat beberapa posisi yang sesuai untuk membantu bayi tertidur sendawa, iaitu:
Di tengah-tengah proses penyusuan
Bayi yang mengantuk akan cenderung untuk menghisap susu dengan banyak. Anda boleh bantu untuk menyendawakan si manja untuk mengelakkan kehadiran gas.
Cuba sendawakan anak ketika anda mengubah payudara untuk proses penyusuan.
Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan sebentar proses penyusuan sebelum susu habis untuk menyendawakan mereka.
Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih banyak ruang untuk susu tetapi ia juga mengelakkan daripada berlakunya muntah susu.
Meletakkan di bahu
Posisi ini sesuai untuk sendawakan bayi yang tidur dengan nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkan bayi, meneruskan proses penyusuan. Caranya:
bayi tertidur
-Sandar bahagian dada atas bayi pada bahu anda. Letakkan sebelah tangan di bawah punggung mereka sebagai sokongan
-Pastikan kepala si manja berada di atas bahu
-Secara perlahan, tepuk belakang bayi
-Jika tepukan perlahan tidak berkesan untuk menyendawakan si manja, cuba gosokkan telapak tangan pada bahagian belakang dengan gerakan bulatan
-Jika anda mahukan bayi terjaga, lakukan henjutan ringan sewaktu mereka bersandar pada bahu. Tindakan anda ini juga boleh membantu menyendawakan si kecil.
Bersandar di dada
–Meletakkan bayi pada dada boleh memberikan lebih keselesaan. Posisi ini juga membantu mengekalkan bayi tidur selepas menyusu.
-Dengan perlahan, alihkan bayi ke bahagian dada. Pastikan sebelah tangan anda berada di belakang badan bayi, manakala sebelah tangan lagi menyokong punggung si manja
-Elakkan daripada merenggangkan kaki bayi. Biarkan badan mereka dalam posisi melengkung
-Lakukan gosokan dengan gerakan membulat menggunakan tangan yang berada di belakang badan bayi
-Jika tidak berjaya membuatkan si kecil sendawa, lakukan tepukan lembut antara bahu mereka
Berbaring di lengan
-Posisi sendawakan bayi ini sesuai untuk bayi yang bersaiz kecil.
-Letakkan sebelah lengan pada bahagian punggung bayi. Ini membolehkan mereka bersandar pada lengan anda
-Bayi mungkin sudah berada pada posisi ini ketika proses penyusuan
-Secara perlahan-lahan, alihkan kedudukan bayi untuk berada dalam keadaan meniarap pada sebelah lagi lengan. Pastikan kedudukan kepala bayi pada hujung siku
-Tentukan kedudukan bayi dalam keadaan seimbang
-Gosokkan atau tepuk secara perlahan bahagian belakang badan si manja
Apabila bayi sudah sendawa, alihkan bayi untuk kembali kepada posisi berbaring bagi meneruskan proses penyusuan atau tidur.
Posisi meriba
-Jika anda sudah berada dalam keadaan duduk ketika menyusukan si manja, posisi meriba ini sesuai untuk memastikan bayi tertidur tidak terjaga ketika cubaan menyendawakan mereka.
-Secara perlahan, alihkan badan bayi agar perut mereka dapat dihalakan dan direhatkan pada bahagian paha anda
-Letakkan sebelah tangan untuk menyokong bahagian dagu dan dada si kecil. Tindakan ini juga untuk memastikan bahagian kepala bayi diangkat sedikit daripada badan
-Gunakan tangan yang lain untuk menepuk atau menggosok secara bulatan pada bahagian belakang badan si manja
-Setelah berjaya membuatkan bayi sendawa, alihkan mereka untuk kembali kepada keadaan berbaring
Tempoh untuk sendawakan bayi
Umumnya, untuk membuatkan bayi sendawa hanya memerlukan masa antara 1 atau 2 minit. Adakalanya bayi mungkin sendawa apabila anda mengalihkan kedudukan bayi.
Kaedah lain yang membantu menyendawakan bayi yang sering tertidur ketika menyusu adalah dengan menghentikan proses penyusuan. Lakukannya apabila mereka tampak mengantuk.
Cuba untuk sendawakan mereka sebelum meletakkan mereka di tempat tidur.
Kepentingan buat bayi tertidur sendawa
Anda mungkin rasa sendawakan bayi tidak penting, tetapi ia sebenarnya boleh membantu bayi untuk berasa selesa dan mengelakkan kembung perut.
Walaupun bayi tertidur ketika menyusu, anda disarankan untuk tetap membantu mereka sendawa agar mereka dapat tidur dengan lebih lena.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengantuk cari mama, main cari walid. Ainul Mardhiah makin menunjukkan perkembangan positif. Selepas pembedahan bayi ini semakin bijak dan panjang akal!
Ainul Mardhiah, 10 bulan mengalami Germ Cell Tumor kini sedang dirawat selepas menjalani pembedahan berisiko tinggi membuang ketumbuhan selama 5 jam di sebuah hospital kanak-kanak di London.
SUDAH PANDAI BERMANJA DENGAN MAMA & WALID
Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi tentang perkembangan terbaru Ainul. Katanya Ainul kini sudah tahu bermanja dengan mama dan walid. Ketika mengantuk mencari mama dan bila ingin bermain, mencari walidnya. Paling comel, Ainul sudah tahu tentang kamera dan gambarnya dirakamkan.
Selain itu, dalam kemaskini terbaru, Ahmad Safiuddin turut berkongsi Ainul kini semakin bijak. Ainul suka bermain dengan tangannya dan tidak suka sekiranya tangannya dibalut.
Ahmad Safiuddin tidak putus mengucapkan kesyukuran atas perkembangan baik anaknya dan turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan.
“Tuan/puan semua orang orang baik yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ainul.
“Semoga doa-doa yang baik tu Allah kembalikan semula kepada tuan/puan dan keluarga.”
Ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ainul Mardhiah. Mereka bersyukur dan gembira melihat perkembangan positif bayi ini.
Bab penjagaan bayi baru lahir bukan boleh dibuat main-main. Tambah lagi ibu muda yang pertama kali menimang cahaya mata. Banyak perkara yang kena tahu dan sebaiknya rujuklah kepada orang yang lebih berpengalaman.
Melalui perkongsian Rose Naz, dia ada berkongsikan mengenai kesan penggunaan sabun, bedak powder dan minyak pada baby yang baru lahir sehingga menyebabkan infection pada kulit bayi. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan pada semua ibu.
Ibu-ibu sekalian..
Sesetengah baby ni kulit dia orang amat-amatlah sensitif tau… Masa baby baru lahir memang baby akan ada kesan merah seperti ruam dan juga lebam. Itu memang normal tapi penggunaan sabun perlu di elakan dulu sebab ruam-ruam tu akan jadi lebih banyak. Setengah baby tu kulit tak sensitif tak pe, tapi kalau dah mula pakai sabun dan ruam makin banyak naik jadi hentikanlah dulu sebab kebarangkalian terjadinya septic spot tu adalah tinggi…
Jadi tak perlulah ghairah sangat nak guna sabun masa awal-awal ya. Ramai dah saya tengok ghairah sangat nak mandikan baby pakai sabun. Sabar dulu sampai tali pusat tu tanggal…. ha lepas tu gunalah sabun sampai kering sebotol..
Satu lagi pasal barut baby. Tolonglah selagi tak tanggal tali pusat tu tak payahlha ghairah nak barut baby tu sebab darah dan nanah akan melekat, pada kain barut tu.. Bayangkan masa kita nak buka barut, pusat yang melekat kat kain tu ikut sekali masa kita buka.. bole tercabut tau tak….!! Saya bercakap melalui pengalaman sebab ramai ibu muda sekarang ni tak ada pengalaman dan lebih suka ikut cakap orang..satu lagi..bila dah berbarut tu tentulah akan berkuap dan berpeluh kat kawasan pusat baby tu.. Rasa-rasa akan jadi apa?? Malaysia ni panas….. maka Infectionlah jawabnya.. kena pula kalau baby ada jaundice? Tak ke susah tu….
Tak perlu risau pasal masuk angin ke apa.. baby masuk angin ni pasal masalah penyusuan je bukan pasal tak berbarut ke apa.. kalau nak berbarut tunggulah smpai tali pusat tu tanggal pastu barutlah puas-puas sampai esok pun tak pe.
Satu lagi, baby baru lahir ni tak perlu nak tempek bedak powder kat badan ya sebab bahan dalam powder tu sendiri ada kandungan seperti mica,paraben dan lain-lain. Yang mana boleh menyebabkan infeksi jangkitan pada kulit di sebabkan oleh kesan contaminate dan intolerance pada produk tertentu. Tunggulah lepas baby sebulan dan imun dia dah kuat sikit pastu tempeklah sampai putih.
Minyak telon juga tak semua brand dan teksturnya tu sesuai untuk baby.. ada kesan contaminated juga.. Pendek kata kulit baby ni sensitif..so hati-hati memilih produk yang sesuai ya.
So sebelum nak guna apa-apa produk kat baby tu tunggula lepas 16 hari or sebulan ya. Setiap baby ni tak sama so ikut pada ketahanan masing-masing.
Selalunya lepas berhenti je pengunaan sabun untuk beberapa hari kulit baby dah pun pulih. Pusat pun kering cepat..
Saya share gambar baby kesan-kesan daripada penggunaan sabun, bedak dan minyak telon.
P/s Septic spot ni bole berjangkit kat ibu juga ya…