Lain orang lain ragam dan kisahnya ketika hamil. Ada yang berat naik mendadak namun ada pula sesetengahnya yang mengalami penurunan berat badan secara mendadak.
Hal ini turut sama dilalui pelakon, Asha Merican yang kini sedang hamil anak pertama. Isteri kepada, Harris Anuar itu mengakui melalui tempoh alahan yang teruk sehingga beratnya turut mendadak.
Kongsi Asha kepada pengikutnya melalui sesi soal jawab di Instagram, selepas mengalami alahan yang teruk dia turun berat sebanyak 10 kilogram (kg).
“Ada morning sickness tak Asha,” soal netizen.
Ads
“Ada, sampai berat turun 10 kg,” jawabnya.
Asha sebelum ini menjadi sebutan ramai selepas mengidam beberapa perkara pelik termasuklah seperti mahu menghidu bau simen dinding di rumahnya.
Bukan itu sahaja, bahkan isteri Hariss ini juga begitu teringin untuk bermain lato-lato. Lantas tanpa mahu mengecewakan keinginan isterinya, Harris membeli permainan viral itu untuknya.
Ads
Ternyata Asha begitu asyik bermain permainan itu malah turut berkongsi merasa begitu puas bila mana dapat bermain permainan yang diidamkannya itu.
Tidak sangka mengambil pelbagai sajian menyebabkan efek kesihatan kepada aktres Wawa Zainal. Ibu hamil lima bulan ini kini ditahan di wad untuk rawatan.
Menerusi kemaskini Instagram suami Wawa, aktor Aeril Zafrel me aktres ini memberitahu perkembangan terkini diri isterinya.
Manakala Wawa sendiri menerusi Insta story berkongsi tentang keadaan dirinya dalam video yang menyatakan dirinya sedang berada di hospital bersama Aeril.
WAWA MAKAN MAKANAN LAUT, TARAP, NANAS & MAKANAN LAUT
Menurut laporan sebuah akhbar, Aeril turut memaklumkan yang isterinya itu telah mengambil pelbagai jenis sajian ketika berada di Kota Kinabalu.
“Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut.
“Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan,” kata pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan isterinya, Wawa Zainal yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.
KEADAAN STABIL & TIDAK SERIUS
Aeril berkata, buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.
Menurut Aeril, jika semuanya baik, Wawa akan dibenarkan keluar petang ini.
MUNGKIN MAKAN BANYAK ATAU TINDAKBALAS BAYI
Aktor ini turut menjelaskan yang punca masalah kesihatan yang dihadapi Wawa ketika itu.
“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.
“Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.
BUKAN PERTAMA KALI TERJADI
Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.
“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.
“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.
Aeril dan Wawa berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja sejak sejak beberapa hari yang lalu.
Rakan artis dan peminat mendoakan agar keadaan Wawa dan bayi dalam kandungan dalam semakin baik. Tidak kurang juga memuji sikap Aeril yang sangat menghargai Wawa, sentiasa ada disisi ketika sakit.
Sumber: IG Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Harian Metro
Jangan buat beberapa aktiviti ketika hamil terutama bila sudah masuk trimester kedua. Walaupun semasa hamil, ibu boleh terus melakukan aktiviti senaman yang digemari tetapi ada beberapa aktiviti yang mesti dihentikan terus.
Ibu hamil tetap boleh melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan tubuh badan terus sihat dan bertenaga untuk melalui fasa kehamilan yang makin mencabar.
Bagaimanapun ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda untuk nasihat yang terbaik sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen semasa hamil.
Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan dan pusat graviti anda juga telah berubah.
Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi dalam risiko.
Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Penghidap migrain pasti berdepan dengan masalah ketika hamil kerana tidak dapat mengambil ubat-ubatan untuk meredakan sakit mereka. Terpaksalah mereka bertahan dengan hanya tidur dan merehatkan diri. Soalnya bagaimana untuk meredakannya?
Dr Maiza Tusimin daripada Prince Court Medical Centre berkongsi mengenai pengambilan ubat paracetamol ketika waktu hamil. Selamatkah diambil?
Sejak sebelum hamil saya biasa mengambil paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Apa benar paracetamol selamat untuk diambil ketika hamil? Berapa dos yang boleh saya ambil dalam sehari?
Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.
Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yang lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.
Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Kesimpulannya, walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.