Kehamilan

“Alhamdulillah Tak Lama Lagi Aisy Nak Jadi Abang” Farah Hazel Umum Hamil Anak Kedua!

Share

Bakal menimang anak keduanya, penyanyi, Farah Hazel mengumumkan kehamilan keduanya yang kini berusia enam bulan.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini menerusi Instagramnya pada Hari Raya lalu.

Turut memuat naik gambar keluarga di hari raya, Farah juga turut berkongsi kehadiran orang baru yang bakal menambah bahagia mereka bersama.

“Alhamdulillah tak lama lagi Aisy nak jadi abang. Baby boy ke girl ke adik Aisy ni?

“Korang rasa?,” kongsi Farah di Instagramnya.

 

Malah melalui entri terkini, Farah juga turut memuat naik gambarnya bersama baby bump yang semakin jelas kelihatan.

“3 month to go 💪🏻 ❤️ #secondpregnancy #babymamaabah #adikkuaisy,” kongsi Farah lagi.

Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Farah Hazel turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan perjalanan kehamilan dipermudahkan.

 

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN