Bakal menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi, isteri kepada Remy Ishak, Ezza Yusuf memuat naik video perjalanan cinta mereka sejak tujuh tahun bersama.
Dulu berdua, dan kini bakal bertiga tidak lama lagi, Ezza membingkiskan sebuah video untuk disimpan sebagai kenangan.
“7 tahun kenal block unblock. Next month 21 August 2023, 2 years as husband and wife.
“In shaa Allah tak lama lagi baby junior. Allah sebaik baik Perancang ❤️
“Kucing hitam tu nama jojo, saksi perjalanan kami. Alhamdulillah panjang umur dia masih bersama kami. Nak dapat adik dah dia,” tulis Ezza di ruangan kapsyennya.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya keterujaan Remy untuk menanti cahaya mata sulunng mereka. Hal itu dapat disaksikan menerusi video yang dikongsikan isterinya.
Remy dan isteri dilihat cukup teruja ketika melakukan imbasan kehamilan di awal kehamilan, begitu juga ketika sama-sama membuat persiapan untuk menyambut kehadiran si comel mereka.
Malah Ezza turut berkongsi ketika kejutan kehamilannya kepada Remy di awal kehamilan.
Ads
Semoga dipermudahkan urusan buat keduanya untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka kelak.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini kini sedang menanti cahaya mata sulung mereka yang dijangka pada Ogos depan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Selain kuih siput yang menjadi igauan kita di hari raya, Kuih Gunting juga tidak kurang hebatnya. Rasa sedap dan rangupnya buat kita tidak sedar habis sebalang. Lagi-lagi jika kuih gunting yang diadun dengan rasa yang sedap, rangup dan padu.
Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Salmah Hj Hassan ini memang meletop. Rupanya begini cara menyediakan kuih gunting yang sentiasa jadi dambaan kita di hari raya. Mudahnya!
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak
*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering -agak-agak
*Sedikit garam dan perasa
*Air 200 ml -utk mengisar
Kisar bahan-bahan bertanda *. Kisar sekali hingga sebati.
Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.
Masukkan bahan kisar dan uli hingga rata. Masukkan daun kari yang telah dipotong dan uli lagi hingga doh tidak melekat lagi dijari. Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.
Bahagikan dan bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.
Panaskan dalam pan non stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti pada gambar.
Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dengan tisu untuk serap minyak.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil untuk menambah darah jika ada anemia. Maklum sahajalah, rata-rata ibu hamil kebanyakannya diuji dengan masalah masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah.
Anda perlu prihatin dengan masalah ini kerana boleh menbahayakan diri dan kandungan. Hal ini kerana kandungan darah anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan sendiri dan pembentukan bayi. Lebih daripada itu, ia boleh komplikasi serius yang lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan mungkin boleh mengalami perkembangan yang lewat.
Antara simptom yang biasa ditunjukkan termasuklah pening kepala, lesu, kelihatan pucat, sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Jadi, atasi masalah anemia yang dihadapu dengan mengamalkan makanan tambah darah ini.
1. Jambu batu
Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana kebanyakannya mengandungi vitamin C. Vitamin ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C dua kali lebih banyak daripada oren.
2. Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A ini merupakan makanan penambah darah yang kurang diketahui ramai. Selain daripada terkenal sebagai makanan yang membantu memperbaiki kesihatan mata, vitamin A yang ada di dalam tembikai sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Hal ini kerana ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin ‘mengikat’ oksigen.
3. Buah-buahan kering
Jadikan kismis, kurma, prun, aprikot, buah tin dan buah kering yang lain sebagai kudapan setiap hari ketika hamil. Buah-buahan kering ini dapat membantu menambah darah kerana memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.
4. Sayur berdaun hijau
Sayur-sayur yang mengandung zat besi yang tinggi adalah daripada jenis berdaun hijau. Antaranya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, sawi juga ada zat besi yang boleh membantu ibu hamil mengelakkan risiko anemia.
5. Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Antaranya salmon yang boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel-sel darah.
Bagi yang gemar telur ikan pula, ia juga bagus kerana mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.
6. Daging merah
Berbanding daging putih (ayam atau burung), daging merah daripada kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, Omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.
Walau bagaimanapun, daging merah juga tinggi kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko kesihatan yang lainnta pula.
7. Kuning telur
Telur mengandung protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan menambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur dua kali sehari.
8. Roti dan bijirin berserat tinggi
Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semula jadi dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain) juga baik untuk ibu hamil menangani anemia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini tular luahan seorang guru menerusi Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Fadhli Salleh yang mana subjek sekolah rendah semakin sukar dan membebankan anak-anak.
Pelbagai riaksi juga diluahkan oleh ibu bapa ekoran silibus yang agak ‘berat’ untuk diterima oleh anak-anak kecil terutama yang berusia 7 tahun.
Tampil memberikan pendapat, seorang bapa bernama Saif Suhairi berkongsi perbezaan silibus untuk anak-anak Gred 1 (6-7 tahun) di United States of America (USA) dan darjah 1 di Malaysia.
Ternyata silibus di luar negara lebih mudah, menarik dan ceria untuk kanak-kanak berbanding silibus terkini di Malaysia.
Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
1. Silibus: silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh.
Darjah 1 dah kena hafal sifir 6. Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika. Bagus ke tidak? Macam slow sangat pula kan. Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced, dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level
2. Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah. Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni. Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
3. Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak
Apa apa pun, sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri, tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita .
“Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah”
Manakalah menerusi perkongsian dari facebook pula Aminah Adnan pula, dia meluahkan rasa risau kerana bukan hanya subjek Matematik yang memeningkan tetapi subjek Bahasa Melayu turut tidak terkecuali.
“Macam manalah saya tak sokong Cikgu Fadli Salleh. Ini soalan contoh BM, tahun 2 dari salah satu buku yang ada di pasaran”
1.Punca-punca kemerosotan disiplin murid-murid.
2.Perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji.
Rata-rata ibu bapa meluahkan rasa risau dan bimbang dengan tahap silibus anak sekolah rendah yang semakin sukar dan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi sedangkan anak-anak baru berusia 7-8 tahun.
Diharapkan isu ini silibus sekolah rendah ini dikaji kembali supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.