Musim hujan kali ini memang lain macam. Menurut laporan Berita Harian, taburan hujan yang turun dalam masa singkat sudah cukup untuk menyebabkan banjir di banyak kawasan termasuk tempat-tempat yang sebelum ini langsung tak pernah dianggap berisiko.

Terkini, Ribut Tropika Senyar dijangka memasuki Semenanjung tengah malam ini bawa hujan sekitar 300mm sejam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan, Ribut Tropika Senyar dijangka memasuki kawasan antara sempadan Selangor dan Perak.

Katanya, ia berdasarkan pemantauan rasmi terhadap sistem cuaca tersebut.

Katanya lagi, angin kencang akan lalu tengah malam ini sehingga esok, elak berada di dibawah pokok dan struktur bangunan yang tidak kukuh.  Ia berlaku di Lembah Klang dan kawasan tengah semenanjung Malaysia

Amaran: Hujan Tak Berhenti, Ribut Tropika Senyar Memasuki Semenanjung Tengah Malam Ini, Bawa Hujan 300mm Sejam. Berada Dikawasan Selamat!

Ads

 

NADMA UMUM HUJAN LEBAT DUA HARI MENYAMAI TABURAN HUJAN UNTUK SEBULAN

Dalam pada itu, Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim, menjelaskan bahawa jumlah hujan yang turun dalam dua hari sahaja sudah menyamai taburan hujan untuk sebulan. Bila tanah dah tak sempat serap air, memang tak pelik kalau jalan, halaman rumah, malah kawasan yang biasanya selamat pun tiba-tiba dinaiki air.

Amaran: Hujan Tak Berhenti, Ribut Tropika Senyar Memasuki Semenanjung Tengah Malam Ini, Bawa Hujan 300mm Sejam. Berada Dikawasan Selamat!

Semasa beliau turun padang di Perlis, pihak berkuasa memaklumkan banyak kawasan “baharu” turut terjejas. Maksudnya, banjir sekarang bukan lagi tertumpu di hotspot biasa air boleh naik di mana-mana, terutama bila hujan luar biasa turun berturut-turut.

Ads

Menariknya, laporan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut menunjukkan paras air di Sungai Perak tidak meningkat ketara. Ini membuktikan bahawa punca utama banjir kali ini lebih kepada hujan lebat yang turun terlalu banyak dalam masa singkat, bukannya limpahan sungai.

Hujan Dijangka Berlarutan Hingga Mac – Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah

Dalam kenyataan beliau, Meor Ismail mengingatkan bahawa negara dijangka berdepan tujuh episod hujan lebat, dan kita baru episod pertama. Maksudnya, musim ini masih panjang dan apa-apa pun boleh berlaku.

Ibu ayah sangat digalakkan untuk:
• peka dengan keadaan sekeliling,
• ikut arahan pihak berkuasa,
• dan pindah segera kalau nampak tanda-tanda banjir.

Ini bukan masa untuk “tunggu dulu”, especially bila ada anak kecil dan warga emas di rumah.

Ads

Risiko di Perak Turut Meningkat

Amaran: Hujan Tak Berhenti, Ribut Tropika Senyar Memasuki Semenanjung Tengah Malam Ini, Bawa Hujan 300mm Sejam. Berada Dikawasan Selamat!
Gambar Hiasan

Untuk situasi di Perak, Bagan Datuk masih jadi kawasan paling berisiko. Lokasinya yang menerima aliran air dari Sungai Perak menyebabkan keadaan boleh bertambah buruk dalam 1 hingga 2 hari, terutama kalau hujan berterusan di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan kawasan lain.

Penduduk dinasihatkan bersedia dari awal bukan tunggu air dah sampai ke tangga.

Sebagai parents, apa yang kita boleh buat?

• Sediakan grab bag: susu anak, diaper, ubat demam, torchlight, powerbank.
• Scan keadaan rumah: pastikan barang penting di tempat tinggi.
• Pantau cuaca & paras air: kadang-kadang air naik tak tunggu hujan berhenti.
• Ajar anak apa perlu buat kalau air naik: supaya mereka tak panik.

Musim macam ni, langkah kecil pun boleh selamatkan nyawa.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads