Ibu muda ini sememangnya rajin berkongsi cerita dan pengalamannya sejak bergelar ibu. iarpun mungkin ada sesetengah perkongsiannya itu disalahertikan sesetengah pihak, itu tidak menghalang Shakilla Khoriri untuk terus bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang ibu.
Baru-baru ini, Shakilla memuatnaik sebuah video dengan kapsyen yang menceritakan tentang realiti kehidupan seorang ibu. Katanya, sejak kelahiran anaknya itu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk diri sendiri kerana terikat dengan tanggungjawab.
Tak sabar nak tunggu anak Shakilla ni membesar. Confirm Shakilla akan banyak bergaya sedondon dengan si comel Ameena. Apa pun, Pa&Ma doakan agar Shakilla akan terus berbahagia di samping suami dan anaknya tersayang. You are a supermom, Shakilla!
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Antara kerja, anak dan keluarga? Ini persoalan yang sentiasa bermain difikiran wanita sehingga sampai satu tahap dah buntu untuk difikirkan. Amat berat sebenarnya untuk wanita yang dah bekerja melepaskan jawatan yang dipegangnya sebelum kahwin hinggalah mempunyai anak.
Namun ada sesetengah wanita ini mereka terpaksa berbuat demikian atas alasan tertentu demi keluarga. Walaupun agak berat nak tak nak kena hadap juga. Mungkin mulut orang susah nak di tutup, tapi setiap keputusan yang dibuat itu dah difikir semasak-masaknya.
Perkongsian dari Puan Surina Shahril Rayyan ini sangat memberi inspirasi kepada wanita yang bergelar ibu kerana tindakannya berhenti demi anak-anak dan keluarga. Walaupun dah tak bekerja makan gaji, kini dia dah mulakan bisnes sendiri.
DIAM tak diam, sudah enam bulan saya berhenti kerja. Alhamdulillah, selama enam bulan berhenti kerja, tiada sesalan walaupun penat berganda. Tak tipu, memang jujur kata duduk rumah penat berganda.
Ini punch card yang terakhir di bank. Ramai cakap kagum tengok saya tak menangis di hari terakhir dan semasa memberi ucapan serta masa peluk kawan-kawan. Hehehehe!
Jawapan saya, buat apa nak menangis untuk sesuatu yang gembira? Saya gembira berhenti kerja demi anak. Di usia saya, 32 tahun saya berhenti kerja. Lambat laa tu kan.
Saya gembira sebab dah lepas bebanan bila saya selalu EL (cuti kecemasan) anak sakit. EL anak sakit ini tak semua faham, kadang-kadang depan kita saja macam faham tetapi di belakang kita, sebakul pula kita dikeji. Ini namanya politik kerja dan di mana-mana tempat pun ada.
Masa saya bekerja sebagai PA selama lima tahun di bank, walau kerja teruk macam mana, KPI kita tara itu saja, C. Hehehe! Ye, C, tetapi itu dah memang lumrah. Memang C itu normallah tu. Tetapi perasaan tak dihargai itu tinggi.
Walaupun ramai yang dapat C dan C itu adalah normal kalau dapat tetapi tetap ada beza antara A dan B, betul kan?
Jadi perlu ke berkhidmat di tempat yang tidak menghargai kita sebagai kakitangan? Moral down membuatkan kita tak ikhlas bekerja tetapi setiap bulan kutip gaji. Hehe! Jadi, untuk apa? Resign sajalah jalan yang terbaik.
Selepas resign, boleh fokus pada anak 100%. Sengkek ke selepas resign? Jawapan saya, tidaklah. Saya semakin senang selepas resign. Allah tarik tang sana, Allah lebihkan tang sini. Allah tambah rezeki bisnes saya semakin banyak pelanggan. Allah tambahkan rezeki saya anak-anak sentiasa sihat. Jadi nikmat apa yang perlu didustakan?
Sebab itu bila Allah tetapkan, kita yakin saja dengan kuasa Dia. Duduk di rumah ini memang tiada kawan. Duduk di rumah ini adakalanya bosan tiada rakan diajak bersembang. Duduk di rumah ini asyik melayan anak-anak bergaduh, menangis, berebut barang, menjerit tetapi itu nikmat sekali saja. Benda ini kita tak boleh putar balik tahun depan.
Jika berkemampuan, jika ada rezeki lebih, duduklah di rumah jaga anak. Tetapi cari juga pendapatan sampingan supaya kita senang hati duduk di rumah.
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat anak-anak. Kita mungkin bukan ibu bapa yang terbaik, tapi pastinya kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik demi anak-anak.
Dalam mendidik anak-anak, pastinya ada kesilapan yang secara sedar ataupun tidak kita pernah lakukan. Sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.
SILAP KITA WAHAI IBUBAPA 😢
Silapnya kita dalam mengajar anak-anak kita..
● SILAPNYA kita.. kejut anak bangun pagi kerana takut terlambat kesekolah.. tapi tidak takut terlambat solat subuh..😞
● SILAPNYA kita .. suruh anak makan sampai kenyang..sepatutnya suruh berhenti sebelum kenyang ..😒
● SILAPNYA kita .. ajar anak takut pada hantu..sebetulnya ajar anak takut pada Allah.😔
● SILAPNYA kita.. risau anak tak makan..tapi tak risau anak tak solat..🥺
● SILAPNYA kita.. kita rasa bangga anak boleh membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..tapi kita tidak rasa apa2 anak tidak boleh membaca Al-Quran,bahkan tak kenal huruf satu persatu..😖
● SILAPNYA kita .. kita seronok anak pandai menari dan menghafal lagu..sedangkan doa dan solat pun masih tidak sempurna..😢
● SILAPNYA kita .. suruh anak pandai agama tapi kita tak nak usaha tambah ilmu agama, hanya serah anak pada sekolah sahaja..😣
● SILAPNYA kita .. suruh anak belajar adab..tapi kita, makan/minum pun sambil berdiri/berjalan….masuk tandas pun tak baca doa😣
● SILAPNYA kita.. Marahkan anak kerana tak baca buku, tapi tak marah apabila anak tak solat…tak marah apabila anak tak baca Al-Quran.😭
● SILAPNYA kita .. Kita suka tunjuk contoh yang tak elok dihadapan anak…bercakap kasar dihadapan anak…😔
Renung renungkan dan selamat beramal ♥️
Kredit: VMJ
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!