Penyanyi, Adira Suhaimi yang sah bercerai talak satu dengan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat semalam tekad untuk bekerja lebih keras untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
Ketika ditemubual, ibu kepada empat cahaya mata ini bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dengan cara yang baik.
Tambah Adira lagi dia dan suami memilih jalan damai dengan cara yang baik demi untuk membesarkan empat anak mereka bersama-sama.
Apa yang menarik perhatian pastinya kata-kata Adira yang tidak mahu bergaduh jauh sekali bermusuh dengan bekas suami malah mahu bersilaturrahim dengan cara yang baik demi anak-anak.
“Nak bercerai tu tak semestinya nak bergaduh. Tak perlu buka aib sana sini sebab walau macam mana pun anak-anak tetap kami kena besarkan bersama-sama.
“Saya ambil langkah tidak mahu bergaduh, selesa untuk berhubung dan senang untuk berkomunikasi. Saya doa dipermudahkan urusan,” ujarnya.
Ads
Ketika ditanya mengenai anak-anak, akui Adira kesemuanya anaknya masih tidak mengetahui perpisahan mereka namun akan cuba berkompromi dengan cara paling baik dengan suami untuk anak-anak.
“Anak-anak masih tak tahu lagi setakat ini.
“Mengenai anak-anak pula, saya tak ada sekatan untuk bermalam ke atau nak ke mana-mana. Semuanya di atas perbincangan bersama nanti,” tambahnya tenang.
Ads
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Figura cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), tetapi juga sebagai seorang wanita yang memiliki aura lembut, matang dan penuh keibuan.
Leuniey Natasha sering tampil sederhana namun elegan, mencerminkan keperibadiannya yang tenang dan bersahaja.
Di sebalik raut wajah manis dan gaya yang sentiasa kemas, Leuniey adalah seorang isteri yang setia dan ibu yang tidak pernah culas dalam tanggungjawabnya.
Bukan sahaja penyokong setia di belakang kejayaan Apek, malah menjadi tulang belakang keluarga kecil mereka yang penuh kasih sayang.
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Leuniey Natasha berkongsi perjalanan hidupnya yang telah menjangkau lebih 13 tahun bersama suami tercinta.
Bukan sekadar pasangan selebriti, mereka juga ibu dan bapa kepada tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup Kayla Elayna (11), Khaleel Emir (10), dan Ebrahim Fayaaz (7).
Di sebalik senyuman manis dan kehidupan yang tampak sempurna di mata umum, tersimpan seribu satu cerita tentang pengorbanan, kesetiaan dan kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Walaupun berdepan dengan hubungan jarak jauh (PJJ), cinta mereka tetap utuh, berpaksikan kepercayaan dan sikap positif.
Memahami komitment suami yang merupakan penjaga gol bagi Sabah, tidak mematahkan semangatnya untuk menguruskan anak-anak seorang diri.
Kata Leuniey antesipara ri utama untuk bahagia ialah jangan biarkan fikiran dihantui perkara negatif biarpun dalam tempoh PJJ.
“Alhamdulilah, saya seorang yang positif tak nak fikir bukan-bukan walaupun PJJ.”, luah Leuniey berterus terang dengan penuh makna.
Cinta mereka tidak bermula dengan lamaran di taman bunga atau mesej DM Instagram. Sebaliknya, jodoh mereka disusun cantik oleh bapa saudara Luni, seorang kontraktor rumah yang secara tidak langsung menjadi orang tengah.
Ketika itu, Apek baru membeli rumah di Kelantan dan takdir menemukan mereka di titik paling tidak disangka. Hanya selepas setahun berkenalan, mereka nekad mendirikan rumah tangga. Tiada drama, hanya yakin dan takdir.
Majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu dianggap antara yang paling meriah dan indah malah dikenali sebagai “wedding of the year”. Berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan bridal, persiapan majlis jadi lebih teratur dan penuh gaya. Mereka diraikan dalam tiga resepsi; dua di Kelantan dan satu di Kuala Lumpur, memuatkan kasih dan restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Ketika usianya baru 21 tahun, Luni sudah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal. Beliau pula ketika itu aktif sebagai model minyak wangi untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Muda bukan penghalang jika niat dan asasnya betul. Mereka bukan sahaja mencipta nama dalam kerjaya, tetapi juga berjaya membina rumah tangga dengan jiwa besar.
Luni tidak malu berkongsi betapa sukar fasa kehamilan yang dilaluinya. Alahan trimester pertama yang teruk, muntah berpanjangan, malah sampai tak tahan bau suami sendiri semuanya pernah dialami. Namun, kasih ibu mengatasi segalanya. Setiap kandungan mengajar perkara berbeza dan membentuk Luni menjadi ibu yang lebih kuat dan tabah.
Satu momen yang mengundang air mata ialah apabila anak sulungnya tidak dapat tidur bersamanya semasa kehamilan kedua akibat alahan. Walaupun anak tidak merajuk, perasaan bersalah itu tetap menghantui hati seorang ibu. Tapi Luni percaya, kekuatan mental memainkan peranan besar dalam mengurus emosi dan kesihatan.
“Ketiga-tiga ada alahan. Muntah teruk, First trimester. Tak boleh bau. Anak pertama tak boleh bau Apek. Hamil anak kedua, tak boleh bau anak sulung. Anak ketiga saya kuat makan. berat badan naik. Alhamdulillah selepas trimester kedua dah tak ada alahan.”
Namun dari berat 63kg selepas melahirkan, Leuniey tidak menyerah. Dengan pilates, kawalan pemakanan dan rawatan tradisional serta herba Cina, beliau kembali ke bentuk badan yang sihat. Disiplin dan sayang diri menjadi kunci. Memang langsing macam anak dara!
FULL VIDEO DI SINI
Lucu tapi penuh makna Leuniey pernah mengidam manisan India, ketika hamil. Suaminya Apek berusaha mencari hingga ke hotel dan rakan-rakan di KL walaupun akhirnya tak jumpa juga. Namun, usaha itu sudah cukup menggambarkan kasih dan sokongan suami dalam momen-momen mencabar.
Penyusuan susu ibu adalah kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan luar biasa seorang ibu. Di sebalik perjuangan itu, ada cerita tersendiri, pengorbanan bangun malam, sakit belakang, dan air mata yang tidak selalu orang nampak.
Namun bagi kebanyakan ibu, saat itu jugalah yang paling indah dalam perjalanan membesarkan anak. Bagi Leuniey Natasha, pengalaman itu menjadi antara momen paling bermakna buat dirinya.
Berkat semangat dan kesungguhan berjaya menyusukan anak sulung lebih setahun sebelum hamil anak kedua. Walaupun tempoh itu tidak mencecah dua tahun penuh, Leuniey tetap bangga dengan usahanya.
Untuk anak kedua dan ketiga, beliau mengambil pendekatan campuran dengan menyusu badan dan juga susu formula atas faktor kekangan fizikal dan mental. Namun baginya, tiada ibu yang sempurna. Apa yang paling penting ialah usaha, keikhlasan, dan kasih yang dicurahkan sepenuh hati.
Dalam pada itu, Leuniey turut berkongsi bahawa anak ketiga mereka disahkan speech delay dalam spektrum autisme. Ini menjadikan perjalanan keibuan Leuniey lebih mencabar, namun juga lebih bermakna. Setiap hari adalah pembelajaran, setiap detik adalah peluang memperbaiki diri sebagai ibu dan manusia.
Momen paling menggetarkan ialah saat Leuniey menitip pesanan buat anak-anak. Harapnya mereka akan saling menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu bapa.
Buat ibu lain, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap ibu ada cara, ada kisah, dan semua ibu adalah luar biasa.
“Kakak, abang dan baby, mummy sayang sangat. Untuk masa depan jaga adik beradik. Mummy dan Daddy dah bagi yang terbaik. Kakak dan abang jaga baby.”
Apa yang pasti, biar pun berjauhan, mereka kekal erat. Perkahwinan mereka membuktikan bahawa cinta yang disulam dengan kesetiaan, doa dan komunikasi mampu menangkis jarak dan cabaran. Bagi Leuniey, keluarga ialah segalanya dan segala pengorbanan itu berbaloi.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Leuniey Natasha sebagai salah seorang penerima pengiktirafan kerana pengorbanannya sebagai seorang ibu tak pernah lelah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, dengan harapan agar satu hari nanti, anak itu membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura penyanyi nombor satu negara ini bukan biasa-biasa. Apa sahaja yang digayakan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza tetap kena malah cantik digayakan.
Paling terbaru, satu rakaman video yang tular meraih perhatian ramai.
Melalui video yang dikongsikan itu, Siti tampil cukup ringkas dengan hanya bertudung litup malah bersimpuh di atas lantai sambil cuba melakukan sesuatu kepada telefon bimbitnya.
Gayanya bersahaja, apa lagi pemakaiannya yang cukup sederhana. Langsung tidak menggambarkan populariti yang dimilikinya. Begitu merendah diri.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya gaya bersahajanya bahkan aksi Dato Siti yang cuba menegakkan telefon bimbitnya tanpa sedar dirakam oleh seseorang.
Sebaik menyedari gelagatnya itu dirakam, reaksi Tok Ti mengundang tawa orang ramai malah memuji kecomelan penyanyi nombor satu negara itu. Tok Ti tetap comel walau dalam apa sahaja situasi.
Reaksi Siti yang comel dan keanakkan itu sudah semestinya menarik perhatian orang ramai. Apa lagi penampilan ringkasnya dengan tudung sarung yang diakui selesa oleh semua wanita.
Betullah kata orang, kasihnya seorang ayah tu dia sanggup buat apa saja demi anak-anak. Biarlah susah macam mana sekalipun, dia akan terus tersenyum. Takkan sekali pun dia merungut atau mengungkit tentang pengorbanan yang dibuatnya untuk insan-insan tersayang.
Waktu baca sharing di laman Facebook Penang Kini, sayu sangat rasa. Seorang peniaga mainan berkongsi cerita seorang ayah yang mahu belikan mainan untuk anak-anak tapi tak cukup duit. Memandangkan dia berniaga durian, dia tanya boleh tak tukar mainan dengan buah yang dijualnya. Katanya lagi, ayah tersebut beritahu yang anak dia dah lama teringin dron.
Jom, baca kisah ni;
Duit Tak Cukup, Nak Tukar Mainan Dengan Durian
“Durian pengganti bayaq mainan.. Semlm time kami on niaga, mai sorang abang ni dgn anak-anak dia. Dia habaq nak beli mainan utk anak tp duit tak cukup. Dia niaga durian. Jadi dia tanya boleh dak tukaq dengan durian sbb anak dia dah lama teringin nak main dron.”
Semuanya RM200 Lebih, Campur-Campur Mainan Lain
“Kami saling pandang. Last² aku cakap ok lah bang. Janji anak happy. Kira² semua dekat 200+- jgklah campuq dron.. kete kontrol dan mainan² kecik tu sbb anak² dia 4 org. Alang² bulih tukaq pakat beli sorg 1.”
“Dia balik amik durian. Mai hantaq.. Sekali musang king.. campur² dgn D24. Tengok muka anak dia happy masing². Waktu kami ajaq anak dia main dron, masing² keliling aku. First time.”
Auto Sebak, Pengorbanan Seorang Ayah
“Sekali sekala aku tenung wajah pakcik tu. Tersenyum puas dapat beli tuk anak. Mungkin kewangan tak cukup tp apa yg ada usaha jugak nak bg anak happy. Jerih payah seorg ayah demi anak². Tersentuh hati aku. Auto sebak tak payah pasang lagu sedih. Tp hati aku puas dapat jgk bantu pakcik ni happy kan anak² dia. Tak dapat duit, dapat musang king pun alhamdulillah.”
Sempat juga pengirim kisah ini menitipkan pesanan, supaya kita sayang dan hargai ayah ibu kerana kita tak pernah tahu apa yang mereka tempuh untuk membesarkan kita.
“Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita. Kita tak tahu apa yg telah mereka lalui utk pastikan di mana kita hari ni.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...