Keenakkan puding kastard bersama kuah koktail sememangnya tak perlu disangkal lagi. Gabungan dua bahan yang membuatkan waktu berbuka menjadi begitu bermakna. Apa lagi dimakan bersama seluruh sanak saudara.
Jika dikunjungi tetamu atau sanak keluarga, hidangan yang satu ini jangan dilupakan. Resipi perkongsian Pn Noor Asmaa Hussin ini anda wajib cuba.
Pekat likat dan lembut pudingnya, ditambah dengan kuah koktail yang manis dan enak. Apa lagi kala dimakan ketika waktu sejuk. Memang terangkat!
Resepi Puding Kastard Kuah Cocktail
Untuk kastard:
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api. Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Kena sabar ya memang lenguhlah tangan mengacau sampailah kastard tu jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan.
Untuk kuah cocktail:
1 tin buah cocktail (premium)
2 tin susu ideal
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dlm 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Tapis buah cocktail dan ambil airnya. Campurkan dengan 2 tin susu ideal, air, esen vanilla dan gula. Masak di atas api.
Kemudian masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sampai menggelegak. Kacau sentiasa, last baru masuk buah cocktail dan tutup api. Sejukkan.
* Simpan dalam peti ais, potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk.
* Kalau nak guna laici pun boleh. Untuk sukatan di atas saya guna 2 tin laici menggantikan 1 tin cocktail. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mushroom soup antara hidangan yang popular yang terdapat di kedai makanan barat. Rasanya yang lemak berkrim memang menjadi kegemaran ramai termasuk kanak-kanak. Bagi yang nak mencuba resipi mudah mushroom soup boleh ikuti resipi ini.
Bile kita try buat mushroom soup sendiri dan kene dengan selera ketua keluarga..terus dia buat statement.. “lepas ni tak payah la beli dah..buat sendiri je..lagi puas hati..”.
Resepi mushroom soup
Bahan-bahan:
300ml air
500ml susu kotak
1 kiub pati ayam
1 sudu kecik lada hitam di tumbuk
Sedikit garam
Setengah cawan tepung gandum.(bancuh dengan air)
1 sudu mentega
Cendawan (saya pakai 4 biji cendawan king oyster/eryngii: potong dadu kecik-kecik)..
Oregano kering
Cara penyediaan:
Masak air dan susu sampi mendidih. Masuk kiub pati ayam..lada hitam. Kacau sebati..masuk cendawan..mentega. Pastu masuk tepung yang dah bancuh tadi dan kacau supaya tak berketul..(kalau berketul jugak boleh blend). Masuk garam dan masak sampai mendidih..kalau rasa pekat masuk air sikit lagi.. Tabur oregano.. Siap..😁😁😁
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan pagi raya bagi masyarakat di sebelah selatan tanah air tidak lengkap rasanya tanpa hidangan kuah lodeh dan nasi impit yang terhidang di atas meja. Namun menyediakan kuah lodeh yang sedap dan penuh dengan rasa memerlukan langkah yang tepat untuk memasaknya.
Resipi ringkas tetapi terlebih sedap yang dikongsikan oleh thesistercookingproject ini memang awesome. Rupanya nak hasilkan kuah lodeh yang sedap ni ada langkahnya. Ini cara yang dikongsikan olehnya. Jom cuba!
Assalamualaikum, jom sistur share cara sistur buat kuah lodeh yang sedap. Sistur makan dengan nasi impit & sambal kacang express. Uolls nak makan dengan nasi & sambal tumis pun boleh tau.
Lumurkan tempe & tauhu dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng berasingan. Ketepikan.
Bahan Kisar:
1 bj Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 1/2 bj Buah Keras
1 1/2sb Udang Kering Halus
(Kisar semua bahan di atas)
1 btg serai (ketuk-kalau nak kisar pun boleh)
1 1/2sk Serbuk Kunyit (kalau pakai kunyit hidup, kisar dengan bahan di atas)
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai dan serbuk kunyit sehingga naik bau dan pecah minyak