Cukup enam bulan ibu biasanya akan mula memperkenalkan si kecil dengan makanan pejal. Memang ada rules yang biasa disarankan oleh pakar pemakanan bagi mengelakkan si kecil alami alahan pada sesetengah makanan tertentu.
Untuk ketahui bagaimana caranya, perkongsian daripada Dietitian Fizah Sobri jawapan tentang persoalan dari seorang ibu yang mana anaknya mengalami bintik merah selepas makan mungkin juga menjadi jawapan untuk mama yang lain.
Menurut Fizah, sumber protein terutamanya adalah makanan yang tinggi risiko untuk memberi kesan alergi kepada anak, oleh yang demikian, mama-mama perlu berhati-hati apabila memperkenalkan makanan berasaskan protein kepada si kecil.
Ini perkongsian yang dibuat oleh Fizah Sobri:
Anak saya 6 bulan dan saya telah mulakan dengan beri bubur + ayam + carrot. Tapi saya perasan lepas bagi naik bintik merah,adakah anak saya alergik ayam?
Jawapan saya
Mungkin ya mungkin tidak
Kenapa ada mungkin?
Sebab no 1
Sebab mommies terlalu cepat perkenalkan pelbagai perkara dalam masa yang sama.
Baby baru bermula weaning diet, selama 6 bulan hanya susu ibu, bila nak makan macam macam try sekaligus.
Penting mommies ikut 4day rule waktu 6-7bulan untuk betul beri peluang baby sesuaikan diri dengan makanan selain susu ibu
IKLAN
Waktu kenalkan sesuatu yang baru hadkan kepada 1 JENIS 1 KALI untuk senang kita kenalpasti apa makanan yang anak tak sesuai.
Sebab no 2
Ada tatacara pengenalan protein untuk elak dari alergi berlaku
Sumber protein terutamanya adalah makanan yang tinggi risiko untuk beri kesan alergi kepada anak,so mommies kena hati hati masa nak kenalkan protein
Kita mulakan dari yang paling rendah risiko kepada paling tinggi risiko allergi
6-8bulan
Ayam,ikan saiz kecil/sederhana (ikan bilis, ikan kembung etc),daging
IKLAN
8-10bulan
Telur putih,cheese,yoghurt plain,ikan saiz besar (salmon, tuna, etc)
10-12bulan
Telur kuning
12bulan ke atas
Seafood,kekacang,susu full cream
Jika ada kesan alergi seperti naik ruam merah,gatal gatal, berhenti beri anak sumber protein tersebut,tunggu sebulan baru boleh reintroduce semula.
Ia mungkin sebab mommies terlalu awal beri sumber protein tersebut kepada anak, dan apabila anak dah besar sikit dah ok dah dengan sumber protein tersebut.
Jika bila reintroduce masih sama,maka tinggi kemungkinan anak betul betul alergi terhadap makanan tersebut
IKLAN
Jika sukar nak nafas,muka bengkak cepat bawa jumpa doktor.
Sabar ye mommies
Step by step
Nanti akan sampai masa semua anak boleh makan
Pastinya ramai teringin nak buat kuih lapis tapi yang jadi kekangannya, takut tak menjadi dan tersilap sukatan. Namun bagi anda yang ingin mencuba buat kuih lapis versi mudah, ada resipinya.
Perkongsian resipi dari Putra Zamliza ini boleh anda cuba buat. Ringkas dan cukup mudah cara membuatnya. Tak perlu nak banyak sukatan tetapi hanya gaul dan blender bagi sebati sahaja. Cepat dan jimat masa.
Nak mengukusnya pun mudah juga kerana tak ambil masa yang lama pun. Kalau nak tahu sedap atau tak mesti cuba buat dulu. Semestinya puas hati.
Ini perkongsian resipinya:
Lama dah tak melapis untuk rakyat dalam rumah kecil saya ni. Hari ini terajin laa sikit. Dah tak tahu nak buat apa dengan roti Gardenia boleh laa kita buat kuih lapis..
Kuih Lapis Roti
– 7 keping roti Gardenia
– 1 1/2 cawan tepung beras
– 1 cawan gula putih
– 1 cawan air
– 200ml santan
– Pewarna ikut suka
Cara membuatnya:
– Blend semua bagi sebati. Bahagi sama banyak dalam mangkuk dan letakkan pewarna. Setiap lapisan kukus selama 5 minit.
– Lapisan yang terakhir kukus 10 minit kemudian buka tudung periuk dan kukus dalam 5 minit sebab nak bagi lapisan atas tu kering.
– Akhir sekali selesai semua, dah boleh tutup api. Selamat mencuba.
**Bekas acuan terpulang pada anda, ikut pilihan sendiri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar kacang, pastinya kacang goreng berempah antara kudap-kudap pilihan utama. Kacang goreng berempah memang sesuai sebagai hidangan kudap-kudap ringkas ketika menonton TV.
Bukan hanya menjadi pilihan hidangan harian, malah kacang juga mula terkenal sebagai hidangan kudap-kudap untuk hari raya. Tetamu yang datang pasti tak melepaskan peluang untuk merasai keenakan pelbagai jenis kacang. Lebih bertambah enak jika dibuat sendiri kerana tak semua yang dijual dipasaran kena dengan citarasa kita. Ikuti resipi mudah yang dikongsi oleh Siti Azura.
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni
Bahan-Bahan;
-500gm Kacang tanah -5 Ulas bawang putih (ditumbuk) -1 sb serbuk cili -2 sb gula -3 sk garam -2 biji telur -5 sb tepung gandum -1 sb tepung beras *sb – Sudu Besar *sk – Sudu Kecil
Cara-caranya:
-Bersihkn kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat)
-Campur semua bahan (kacang + bawang putih + serbuk cili + gula + garam + telur)
-Gaul sampai sebati
-Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
-Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana
-Bila dah masak, angkat dan tapis/toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas.
Kredit: Siti Azura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Mama, nak makan”, pinta si manja. Eh…tak sampai 15 minit makan tadi dah lapar balik? Pernah berdepan situasi anak sering lapar? Adakah keinginan untuk makan itu berbahaya?
Kanak-kanak (dan juga individu dewasa) sering mengambil makanan walaupun bukan pada ketika lapar.
Selalunya anak akan mempunyai keinginan untuk makan sebagai tindak balas terhadap emosi dan perasaan mereka.
Jika si manja sentiasa kelihatan lapar, mungkin mereka bukanlah benar-benar lapar secara fizikal. Diharapkan penjelasan berikut dapat membantu anda memahami keadaan si manja.
Mengapa anak sering lapar?
Sekiranya anak sudah makan 3 hidangan makanan seimbang bersama hidangan snek sehari tetapi masih mengadu lapar, mungkin ada faktor lain yang menjadi punca keinginan untuk makan itu.
Perhatikan keadaan anak dan tanyakan soalan berikut kepada diri anda sendiri:
1. Adakah anak mempunyai keinginan untuk makan apabila berdepan dengan situasi berikut:
Kebosanan
Kemurungan
Tekanan
Kekecewaaan
Ketidakselesaan
Kesunyian
Keletihan
Kebencian
Kemarahan
Kebahagiaan
2. Adakah si manja makan pada waktu lain selain waktu hidangan makanan dan snek yang ditetapkan? Selalukah anak mengunyah makanan setiap masa?
3. Adakah anda kerap memberi ganjaran makanan kepada anak? Sebagai contoh, jika si manja mendapat A dapat ujian, maka anda akan belanja aiskrim kepada mereka.
Situasi ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada masalah obesiti anak.
4. Adakah anda memberitahu semasa si kecil melakukan perkara yang betul? Kata sokongan yang diberikan boleh meningkatkan harga diri anak.
Ia juga menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk membuat keputusan tepat berkaitan kesihatan dan berat badan.
5. Bagaimana cara anda berbual dengan anak? Adakah cenderung ke arah yang negatif dan kritikal?
Percayalah, jika ini berlaku, ia situasi yang sukar tidak kira bagi sesiapa juga untuk melakukan perubahan dalam keadaan seperti itu.
Sering lapar kerana bosan
Jika mengesyaki anak mempunyai keinginan untuk makan kerana rasa bosan, anda mungkin perlu mengubah kecenderungan itu dengan melakukan aktiviti lain sebagai gangguan (distraction).
Galakkan si manja untuk melakukan perkara lain selain daripada makan, seperti:
Berjalan di taman
Bermain basikal, badminton atau bola sepak
Melukis atau mewarna gambar
Melakukan aktiviti riadah seperti bermain kasut roda
Menari
Bermain dengan binatang peliharaan
Sekiranya anda mahu memberikan snek, tawarkan snek sihat seperti sayuran mentah (lobak merak atau salad), buah-buahan, bertih jagung tanpa garam, atau sup sayuran.
Elakkan daripada memberikan snek seperti kerepek kentang atau gula-gula. Makanan sebegitu biasanya tidak mempunyai kalori yang mengenyangkan.
Tabiat pemakanan sihat
Berlainan pula keadaannya jika si manja sering lapar kerana rasa kelaparan yang sebenarnya. Pun begitu, terdapat 2 jenis rasa lapar yang utama: emosi dan fizikal.
Rasa lapar disebabkan emosi bermakna pemakanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan emosi.
Makanan kelaparan fizikal melibatkan isyarat badan yang berasa lapar dan memerlukan tenaga dan nutrien.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membiarkan si kecil berasa lapar sekali sekala, sama ada dari segi emosi atau fizikal.
Perubahan hormon dan proses tumbesaran kanak-kanak juga boleh menjadi punca anak sering lapar dengan lebih kerap. Jadi penting untuk anak mendengar isyarat lapar daripada badan mereka.
Tetapi bagaimana untuk menentukan keinginan untuk makan anak itu kerana rasa lapar yang sebenar?
Jangan bimbang, gunakan skala kelaparan di bawah untuk mengetahui perbezaan antara kelaparan fizikal atau makan kerana emosi.
Penggunaan skala kelaparan
Sebelum waktu hidangan makan, tentukan kadar kelaparan anak daripada skala 1 hingga 10:
1 bermakna benar-benar lapar
5 bermaksud berada di tengah antara lapar dan kenyang
10 membawa erti sudah terlebih kenyang
Ia mungkin memerlukan masa untuk menentukan bagaimana rasanya skala kelaparan 2 atau 7. Anda juga boleh bertanyakan si manja untuk menentukan tahap kelaparannya.
Secara asasnya, waktu ideal untuk makan apabila lapar ketika berada pada skala 2 atau 3. Pada saat ini, keinginan untuk makan anak dipengaruhi oleh keadaan lapar fizikal.
Pada saat kelaparan fizikal menyerang, ia akan menggalakkan si manja untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang atau yogurt.
Minta anak berhenti makan apabila berada pada skala 7.
Elakkan daripada membiarkan rasa lapar itu jatuh sehingga skala 1. Jika tidak, wujud risiko untuk makan berlebihan.
Jika seorang itu mula makan pada skala melebihi 5, biasanya rasa sering lapar itu adalah dipengaruhi oleh emosi.
Makan kerana emosi bukanlah sesuatu yang tidak baik, cuma ia boleh menjadi satu kecenderungan untuk makan bagi mengatasi keadaan melibatkan emosi.
Elakkan tabiat makan mengikut emosi
Tidak salah untuk anak mengadu sering lapar jika keinginan untuk makan itu tidak dipengaruhi emosi.
Namun jika kehendak untuk mengunyah atau makan itu dirasakan keterlaluan sehingga berisiko menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, dapatkan rundingan doktor untuk mengetahui cara terbaik mengatasinya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱