Apabila bayi sudah mencecah usia 10 bulan ke atas, mereka sudah pandai untuk memilih apa yang mereka mahu makan. Ada juga bayi yang tidak mahu makan kerana tidak suka dengan rasa makanan yang tawar. Jadi, ibu haruslah bijak mengolah resepi untuk menarik selera bayi.
Banyak makanan yang boleh dimakan oleh bayi 10 bulan ke atas kerana sistem penghadaman mereka sudah matang dan boleh menelan makanan yang pepejal.Kek kentang dan udang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi atau juga boleh dijadikan sebagai snek untuk anak.
Biarkan anak pegang makanan itu sendiri. Ianya boleh membantu bayi untuk meningkat deria sentuhan (sensory of touch). Sambil makan pun otak anak boleh belajar dan berkembang dengan baik. Kandungan karbohidrat dalam kentang dan protein dalam udang boleh memberikan khasiat nutrient kepada anak dan mengenyangkana.
Mari lihat resepi mudah kek kentang dan udang yang dikongsikan di Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Amina Aisha di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI KEK KENTANG DAN UDANG Cubalah kek kentang and udang ini untuk baby anda, sesuai untuk baby 10M+
Cara- cara: 1. Potong kentang menjadi kiub, kukus dalam kuali, rebus lobak merah, dan potong halus. Udang dicincang menjadi puri, diperah limau bagi menghilangkan bau hanyir, ketepikan.
Ads
Sumber foto: Facebook Amina Aisha
2. Semasa kentang panas, hancurkan mereka menjadi puri, masukkan bawang hijau yang dicincang, lobak merah parut, pes udang, tepung serba guna, dan serbuk cendawan segar, dan kacau rata.
Sumber foto: Facebook Amina Aisha
3. Ambil ubi kentang tumbuk secukupnya dan susun menjadi kek.
Sumber foto: Facebook Amina Aisha
4. Sapu minyak di bahagian bawah kuali, letakkan kek kentang, dan terbalikkan sehingga keemasan di kedua- dua belah pihak.
Ads
Sumber foto: Facebook Amina Aisha
5. Itu sahaja, sangat simple dan zero failure, berkhasiat dan sedap, cepat- cepat susun untuk bayi anda.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan kali ini. Resepi yang berkhasiat dan cepat untuk disediakan. Ibu yang sibuk bekerja boleh cuba resepi ini untuk si kecil. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Bayi memerlukan kalori yang tinggi untuk pertumbuhannya, terutama diatas usia enam bulan dimana bayi mula aktif bergerak. Keju merupakan salah satu jenis sumber tenaga yang baik untuk tubuh.
Keju mengandungi kalori yang cukup tinggi. Bayangkan saja, 100 gram keju mengandung 326 kalori. Jumlah ini 5 kali kandang lebih tinggi jika dibandingkan jumlah kalori yang terdapat dalam susu.
Ketika menginjak usia enam bulan, pertumbuhan gigi bayi mengalami fasq yang pesat. Itulah sebabnya bayi memerlukan banyak kalsium untuk merangsang pertumbuhan gigi serta memperkuat tulang tubuhnya.
Bagi mama yang nak mencuba resipi berasaskan keju, boleh ikuti perkongsian ini.
Resepi Cek Mek Molek Inti Cream Cheese
Bahan-bahan:
Keledek
Tepung
Cream cheese
Cara penyediaan:-
Rebus keledek kemudian lenyekkan dan letak tepung (agak-agak). Kepal-kepalkan, ambil sesudu cream cheese masukkan dan bentukkan bujur-bujur macam cek mek.
Siap.
Nak hidang boleh goreng deep-fry. Boleh buat Stok frozen jugak ye, kalau terlambat masak boleh bagi cek mek dulu😬
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali melewati media sosial, kuih yang satu ini sentiasa muncul di layar. Rupa yang cantik dengan acuan berbentuk bunga tentu saja menambat hati semua.
Macam mana nak buat? Rupanya kuih kaswi pandan ini paling mudah disediakan. Mahu lebih lemak, tambahkan santan untuk rasa lebih sedap. Jom cuba perkongsian resipi Cik Sya.
Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsi resepi Kuih kaswi pandan gedik.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan air pandan
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil air kapur
Sedekit garam
Pewarna hijau
Satukan semua bahan. Kacau dan tapiskan.
Sapu minyak pada acuan. Letak adunan dan kukus 25 minit.
Kukus kelapa parut dan kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
Note:- Kuih masak bergantung pada jenis acuan besar@kecik Kalau guna santan fresh (cair) tambah 1/2 cawan tepung gandum. Kalau guna santan kotak tak payah. Keluarkan dari acuan pakai lidi
Daun pandan lebih lagi sedap Letak daun pandan dalam periuk kukusan untuk menambahkan aroma
Bila anak dah mula makan, pasti mama excited nak sediakan pelbagai jenis makanan. Kalau anak mama dah masuk 9 bulan boleh cuba buat Aiskrim homemade sendiri. Lebih selamat dan sihat untuk si manja!
👉Blend je 2 bahan (saya pakai hand blender, blender biasa pon boleh)
👉Letak dalam acuan.
👉Simpan Freezer
Topping
Boleh letak biskut/cookies sesuai untuk baby, rasa lemak-lemak
Simpan freezer semalaman (memadai kalau 4-6 jam,dah boleh terus makan) 😘😘
Tips
😉 Acuan cari yang silikon,senang nak keluarkan aiskrim
😉 Cari buah yang manis, sebab natural yogurt dah masam (a bit sourish)
😉 Pastikan baby tak ada alergi produk tenusu ok, buat 3-4 days rule kalau nak detect anak alergik ke tak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!