Masalah anak cirit birit jangan dibiarkan berpanjangan kerana akan memudaratkan anak itu sendiri.
Masalah cirit-birit yang berterusan dan berpanjangan boleh berlaku untuk beberapa hari dan mengakibatkan tubuh badan kekurangan air dan garam bagi meneruskan kehidupan.
Umumnya, cirit-birit bermaksud najis cair yang dibuang 3 kali atau lebih dalam sehari3. Punca cirit birit melebihi 3 hari (atau kurang daripada 3 hari) adalah kerana kesan jangkitan pada saluran usus yang disebabkan oleh pelbagai organisma bakteria, virus atau parasit.
Menariknya, kajian menunjukkan anak yang lahir melalui kaedah pembedahan (C-section) atau czer juga sering kali dikaitkan dengan masalah ini.
Ads
Kesan anak cirit birit, dehidrasi
Kesan paling teruk apabila anak cirit birit adalah dehidrasi.
Semasa si kecil cirit-birit, air dan elektrolit seperti garam, klorida, kalium dan bikarbonat akan disingkirkan melalui najis berair, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan.
Ads
Dehidrasi berlaku apabila kehilangan nutrien-nutrien ini tidak diganti.
Tahap dehidrasi dinilai dengan gejala sembelit dan cirit birit pada 2 skala:
Ads
Dehidrasi teruk (mengalami 2 atau satu gejala di bawah):
* Badan lesu
* Mata cengkung
* Tidak dapat atau kurang minum air
* Kulit yang ditekan kembali ke asal dengan perlahan, ≥ 2minit.
* Dehidrasi ringan (mengalami 2 atau lebih gejala di bawah):
* Kurang rehat
* Mata cengkung
* Mudah marah
* Minum air dengan banyak dan dahaga
Rawatan untuk anak cirit birit yang anda boleh cuba!
* Menyediakan bekalan air selamat
* Penggunaan sanitasi lebih baik
* Mengajar cara mencuci tangan dengan sabun
* Penyusuan susu ibu eksklusif untuk 6 bulan pertama selepas dilahirkan
* Penjagaan kebersihan diri dan makanan yang baik
* Mendidik anak bagaimana jangkitan merebak
* Memberikan vaksinasi rotavirus
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Gaya rambut anak lelaki yang dibiarkan sedikit panjang seakan menjadi satu trend dikalangan ibu bapa ditambah lagi dengan kesukaran untuk menggunting rambut mereka. Sudahnya rambut dibiarkan sedikit panjang.
Lain pula kisahnya dengan pengguna Tik Tok dikenali sebagai Madam Ain @madamainn yang berkongsi kisah rambut anaknya yang dipotong pengasuh.
Jelas @madamainn melalui perkongsiannya menerusi video yang dikongsikan, dia mengakui berasa sedih kerana rambut anaknya itu dipotong tanpa sebarang persetujuannya.
Memuat naik beberapa keping gambar anaknya sebelum dan selepas ke rumah pengasuh ternyata amat berbeza.
Apa yang pasti, rambut anaknya, Aydan dilihat lebat, lurus dan siap ada gaya ‘bangs’ yang menutupi bahagian dahinya. Memang comel!
Pun begitu Ain dikejutkan dengan dengan penampilan terbaru anaknya itu sebaik menjemputnya dari rumah pengasuh.
Paling ketara, gaya rambut ‘bangs’ Aydan kini dipotong kemas hingga menampakkan dahinya.
Walau bagaimanapun, dalam muat naik terbaru pengguna TikTok itu, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yang terjadi dan meminta orang lain tidak terus berbalah mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” tulisnya.
Sedang negara dan barisan hadapan yang kebanyakkan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus membendung penularan virus Covid-19, tak dilupakan rakyat yang masih memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.
Antaranya yang sentiasa memerlukan pemantauan seperti ibu-ibu mengandung dan juga bayi yang baru dilahirkan.
Dalam satu perkongsian oleh KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook miliknya menunjukkan salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh kakitangan KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan jaundis secara pandu lalu bagi tujuan mempercepat dan memudahkan urusan di samping menggalakkan penjarakan sosial (social distancing) buat ibu-ibu yang hadir untuk tujuan tersebut.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis pandu lalu ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia secara tidak langsung mempercepatkan dan mengurangkan masa menunggu setiap ibu bapa bersama bayi yang perlu dirawat.
Pada 29 Mac 2020, Dr Chua Bee Sim dan pasukan dari Klinik Paediatrik HRPB telah menyaring 63 bayi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari menggunakan fasiliti di Klinik Kesihatan Greentown.
Daripada jumlah tersebut, hanya 11 bayi yang memerlukan venesection manakala 3 bayi perlu ditahan bagi proses fotorerapi.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya upaya melancarkan proses seumpama ini dan meneruskan usaha menambah baik perkhidmata mereka walaupun setelah berakhir COVID-19 nanti.
Sudah semestinya usaha yang dibuat oleh KKM ini membuatkan orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai bayi dapat menarik nafas lega. Pasti rasa lebih selamat untuk membawa bayi yang masih kecil untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan atau hospital.
Sebagai rakyat Malaysia, terima kasih kami ucapkan kepada warga KKM yang sentiasa berdedikasi dan penuh komitmen dalam menjalankan tugas untuk rakyat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Jadi seharusnya kita semua kekal berada di rumah agar warga KKM yang berada di barisan hadapan dapat memberikan perhatian buat yang telah dijangkiti. Yang lain-lain Please Stay At Home!