Gaya rambut anak lelaki yang dibiarkan sedikit panjang seakan menjadi satu trend dikalangan ibu bapa ditambah lagi dengan kesukaran untuk menggunting rambut mereka. Sudahnya rambut dibiarkan sedikit panjang.
Lain pula kisahnya dengan pengguna Tik Tok dikenali sebagai Madam Ain @madamainn yang berkongsi kisah rambut anaknya yang dipotong pengasuh.
Jelas @madamainn melalui perkongsiannya menerusi video yang dikongsikan, dia mengakui berasa sedih kerana rambut anaknya itu dipotong tanpa sebarang persetujuannya.
Memuat naik beberapa keping gambar anaknya sebelum dan selepas ke rumah pengasuh ternyata amat berbeza.
Apa yang pasti, rambut anaknya, Aydan dilihat lebat, lurus dan siap ada gaya ‘bangs’ yang menutupi bahagian dahinya. Memang comel!
Ads
Pun begitu Ain dikejutkan dengan dengan penampilan terbaru anaknya itu sebaik menjemputnya dari rumah pengasuh.
Paling ketara, gaya rambut ‘bangs’ Aydan kini dipotong kemas hingga menampakkan dahinya.
Walau bagaimanapun, dalam muat naik terbaru pengguna TikTok itu, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yang terjadi dan meminta orang lain tidak terus berbalah mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” tulisnya.
Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk. Si petah ini rupanya baru 6 tahun! Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara.
Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut. Dilahirkan pada 4 Mac 2012, Zara banyak terlibat dengan penerbitan drama-drama Papa Ricky dan pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee berjudul ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’.
Zara pernah muncul dalam ruangan personaliti Genius PA&MA bagi edisi Mei 2017 ketikanya berusia 5 tahun. Berikut ialah petikannya;
ZARA PELAKON CILIK PETAH BERKATA-KATA
BIODATA
Nama: Tengku Zara Eryna Tengku Ahmad Saifuddin
Tarikh lahir: 4 Mac 2012
Hobi: Menyanyi, menari, suka berlakon
Kecil-kecil cili padi. Berani dan petah bercakap membuatkan adik cilik ini kelihatan hebat pada usia hanya lima tahun! Apabila disuruh berdialog, tanpa kekok mengucapkan dengan intonasi suara yang mencuit hati. Itulah Adik Tengku Zara Eryna yang kini semakin dikenali ramai melalui lakonannya dalam drama Papa Ricky.
Biarpun baru sahaja berusia lima tahun, Zara tampil dengan perwatakan yang matang. Apabila diajak berbual, seakan akan sudah kenal lama. Petah berkata-kata anak kecil ini. Namun kelincahan dan kenakalan sebagai seorang kanak-kanak tetap ada. Namun semua itu mampu dikawal dengan mudah oleh ibu Zara yang sentiasa menemaninya setiap masa.
Menurut ibunya, penglibatan Zara dalam lakonan bermula setelah mengikuti sesi uji bakat dengan syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang sedang mencari watak kanak-kanak untuk drama Papa Ricky. Dalam drama berkenaan, Zara memegang watak sebagai Cici iaitu anak bongsu kepada Puan Aini (pelakon Adila Ahmad) dan Encik Latif (pelakon Mahmood Ali Bashah).
“Saya bersyukur dan tidak menyangka Zara terpilih untuk terlibat dalam drama bersiri 80 episod. Bagaimanapun sebelum ini Zara pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee iaitu ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’. Sejak itu, saya lihat bakat Zara terserlah,” cerita ibu Zara yang begitu ramah.
HAFAL SKRIP
Zara mula penggambaran drama Papa Ricky sejak umur empat tahun pada tahun lepas dan habis pada bulan April. Setakat ini , menurut ibu Zara pembabitannya dalam lakonan tidak mengganggu waktu belajarnya. Ini kerana ibu Zara sentiasa mengambil inisiatif untuk pastikan Zara tidak ketinggalan semasa belajar. Sebagai contoh ‘tugasan’ sebagai Cici membuatkan Zara tidak dapat menghadiri kelas di tadika. Jadi Ibu Zara telah mengupah guru sambilan untuk mengajarnya di rumah untuk sementara waktu.
“Oleh kerana Zara masih belum boleh membaca dengan lancar, skrip-skrip lakonannya saya bacakan untuk Zara. Biasanya Zara akan cepat faham dan belajar. Memang tidak ada masalah skrip bagi Zara kerana boleh menghafal sepenuhnya. Daya ingatan Zara agak kuat. Zara boleh menghafal dengan mudah. Sambil makan atau bermain pun Zara boleh hafal skrip,” tambahnya lagi.
KARAKTER PERIBADI
Memiliki wajah yang comel, bertubuh kecil dan berambut ikal serta pandai bergaya membuatkan anak cilik ini begitu istimewa. Melihat kepada lakonannya bersahaja dalam drama berkenaan, begitulah Zara apabila berada di luar set penggambaran.
“Zara memang mudah mesra dengan orang. Dia ramah dan memang suka membuatkan orang suka kepadanya. Ke mana sahaja Zara pergi, pasti ada yang suka kepada perwatakannya. Jadi senanglah saya hendak ke mana-mana. Setakat ini Zara tidak pernah buat hal sejak bayi lagi,” kongsi ibu Zara tentang sikap anaknya.
IMPAK BERLAKON
Zara yang telah didedahkan seawal usia dua tahun dengan pelbagai sesi uji bakat, menunjukkan perubahan dalam diri daripada masa ke semasa. Antaranya Zara menjadi lebih berani dan kelihatan lebih yakin.
“Pernah Zara dijemput menghadiri majlis hari raya pada tahun lepas dan diminta untuk berduet dengan Dato Siti Nurhaliza. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka Zara berani untuk naik ke pentas. Saya lihat Zara seperti sudah biasa sedangkan itulah adalah pengalaman pertamanya,” akhiri ibu Zara sambil melirik ke arah anak manja nya itu.
“Ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.
“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” kata Muharrem.
Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.
Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.
Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.
“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui ‘Vaseline’ dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak,” kata Polat.
Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.
Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.
“Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).
“Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami,” katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.
Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria.
Isteri Dato Aliff Syukri, Datin Shahida mengimbau kenangan sedihnya yang berlaku ketika mengandungkan anak ketiganya Ibrahim (baem) ketika dia berusia 27 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun instagram (IG) peribadinya, Datin Shahida telah memuat naik foto anak-anak mereka terkini yang telah besar.
Shahida telah menceritakan saat-saat sedih yang berlaku ketika dia mengandungkan baem melalui posting yang dimuat naik di IG nya.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..
Doktor tu cakap awak x kesian dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..
Ruangan komen Shahida dihujani dengan kisah sedih Netizen yang senasib dengannya. Mereka turut berkongsi cerita yang sama, dugaan ketika mengandungankan zuriat. Ada juga yang turut pilu dengan kisah yang dikongsi ini.
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.