Sekarang memang musim anak-anak tak sihat. Banyak yang demam serta dijangkiti batuk dan selesema. Sebagai ibu, susah hati tak perlu ceritalah. Memang tak boleh tidur malam dibuatnya.

Kalau yang demam tu masih bayi, sudah tentulah kita nak elak dari diberi ubat. Apatah lagi jika usianya di bawah dua tahun. Seorang ibu, Farisha Sofea, ada berkongsi resipi sup antibiotik untuk bayi.

Artikel Menarik:[Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris Di NovaKid!]

💓 SUP ANTIBIOTIK UNTUK BABY 💓

Sup antibiotik nie sesuai untuk baby yang demam , batuk dan selsema.
Sy lebihkan bawang putih dan halia dalam masakan nie. Kalau mommy2 nak tambah bahan bahan lain pun boleh je. Ikut citarasa masing masing 😘

Musim Demam Selesema, Ibu Ni Kongsi Resipi Sup Antibiotik. Elok Untuk Anak!

IKLAN
Bahan Bahan:

Minyak zaitun
Bawang putih ditumbuk
Bawang merah ditumbuk
Halia ditumbuk
Isi ayam / kaki ayam
Sup bunjut / rempah 4 sekawan
Cfs (chicken feet stock)
Seleri ( tak letak )
Daun sup ( tak letak )
Sayuran hijau
Serbuk ikan bilis
Serbuk lada hitam
Air secukupnya

Cara Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga layu .
    masukkan isi ayam dan masak seketika.
  2. Masukkan cfs , sup bunjut dan air secukupnya.
    Biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan sayuran hijau, serbuk lada hitam dan serbuk ikan bilis.
    Kacau sebati.
  4. Apabila sayur sudah masak, tutupkan api. Sy taburkan bawang putih yang digoreng.
  5. Masukkan sekali sedikit minyak bawang putih agar aroma sup tersebut boleh membangkitkan selera si manja .
    Siap, sedia dihidang 💓

Artikel Menarik: [Dibelasah Suami Sehingga Koma – Hebatnya Allah, Dah hampir 9 Bulan Kakak Hamil & Bakal Bersalin]

IKLAN

Musim Demam Selesema, Ibu Ni Kongsi Resipi Sup Antibiotik. Elok Untuk Anak!

Untuk para ibu yang mungkin anak anda yang sedang mengalami demam selesema, bolehlah cuba resipi sup yang mudah ini sebagai ikhtiar untuk menguatkan sistem imunisasi bayi secara semula jadi.

IKLAN

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Musim Demam Selesema, Ibu Ni Kongsi Resipi Sup Antibiotik. Elok Untuk Anak!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI