Ads

Tak Disuruh Pun Pandai Cari Pelanggan, Baru 6 Tahun Anak Eyra Hazali Dah Faham Erti Bantu Keluarga!

Masya-Allah, kecil-kecil lagi dah pandai fikir macam mana nak bantu mama dan papa. Bukan disuruh, tetapi atas inisiatif sendiri. Begitulah manisnya kisah anak sulung pelakon Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish yang cukup menyentuh hati.

Kadangkala, kebahagiaan seorang ibu bukanlah datang daripada hadiah yang mahal, sebaliknya daripada tindakan kecil anak yang menunjukkan betapa mereka mengambil berat tentang keluarga.

Siapa sangka, pada usia baru enam tahun, anak Eyra Hazali ini sudah pandai mencari pelanggan untuk membantu melariskan jualan makanan keluarganya. Gelagat si kecil ini bukan sahaja membuatkan mamanya terharu, malah turut mencuri perhatian wargamaya.

Mama Beritahu Stok Masih Banyak, Anak Eyra Hazali Cari Pelanggan Di Sekolah

Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon Eyra Hazali berkongsi telah memberitahu Hayder bahawa masih banyak stok burger dan buffalo chicken yang belum terjual.

Rupa-rupanya, si kecil itu mengambil serius apa yang diberitahu oleh ibunya. Ketika mengambil Hayder pulang dari sekolah, Eyra menerima kejutan apabila anak sulungnya itu menunjukkan sehelai kertas yang mengandungi senarai tempahan makanan daripada guru-gurunya.

“Told Hayder yesterday yang stock burger and buffalo chicken banyak lagi tak berjual.

“Then ambil dia balik sekolah dia tunjuk order banyak from his teachers.”

Lebih mencairkan hati apabila Hayder sendiri menerangkan mengenai tempahan yang berjaya dikumpulkannya.

“Mama ni abang ambil order from teachers and teachers nak esok for lunch boleh? Abang cakap thank you teacher sebab order.”

“My heart 🥹🥹🤍🤍

“Thank you anak mama,” luah Eyra.

Siap Catat Nama Cikgu Dan Jumlah Tempahan!

Tak Disuruh Pun Pandai Cari Pelanggan, Baru 6 Tahun Anak Eyra Hazali Dah Faham Erti Bantu Keluarga!

Apa yang lebih mencuit hati, anak Eyra Hazali ini bukan sekadar menawarkan jualan kepada guru-gurunya, malah turut mencatat nama dan jenis makanan yang ditempah pada sehelai kertas.

Berdasarkan catatan tersebut, Hayder berjaya mengumpulkan tempahan beberapa burger dan  hidangan ayam.

Ads

Comel sungguh melihat kesungguhan si kecil ini. Pada usia yang masih gemar bermain, sudah ada rasa tanggungjawab dan keinginan untuk membantu mama dan papa.

Pastinya sehelai kertas itu cukup berharga buat Eyra. Bukan kerana jumlah jualan yang diperoleh, tetapi kerana besarnya kasih seorang anak yang mahu membantu keluarganya.

Lebih istimewa, usaha itu datang daripada inisiatif Hayder sendiri. Si kecil ini bukan sahaja mahu membantu, malah sudah pandai memikirkan cara untuk mencari pelanggan.

“Ticer Nak Beli Tak Jualan Saya?”

Malah, perkongsian tersebut turut mendapat respons daripada salah seorang guru yang berkongsi pengalaman ditawarkan makanan oleh Hayder ketika di sekolah.

“Abg tanya saya tadi ‘ticer nak beli tak jualan saya’ hes so cute.”

Dalam pada itu, ruangan komen turut dihujani pujian wargamaya yang rata-ratanya tersentuh melihat keletah dan kesungguhan anak Eyra Hazali ini membantu ibu bapanya.

Ads

“Anak soleh mamaaa. Pandai hayder tolong mama.”

“MasyaAllah, he is a big boy now.”

Anak Eyra Hazali Bakal Jadi Abang Kepada Tiga Orang Adik

Tak Disuruh Pun Pandai Cari Pelanggan, Baru 6 Tahun Anak Eyra Hazali Dah Faham Erti Bantu Keluarga!

Untuk rekod, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 6, Muhammad Endra Haqimie, 4, dan Muhammad Hud Ezqandar, 2 tahun.

Lebih menggembirakan, keluarga kecil ini bakal menerima seorang lagi penyeri apabila Eyra baru-baru ini mengumumkan berita kehamilan anak keempatnya.

Nampaknya, Hayder semakin matang dalam memainkan peranannya sebagai anak sulung. Bakal menjadi abang kepada tiga orang adik, sikapnya yang ringan tulang dan mengambil berat tentang keluarga cukup menyenangkan hati.

Kecil Usianya, Besar Kasihnya Buat Mama Dan Papa

Melihat perkongsian mengenai anak Eyra Hazali ini, sebenarnya anak-anak banyak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari.

Ads

Walaupun masih kecil, mereka mampu menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang di sekeliling dengan cara mereka sendiri.

Sebagai ibu ayah, hargailah setiap usaha kecil anak. Pujian, pelukan dan ucapan terima kasih mampu membuatkan mereka berasa dihargai, sekali gus memupuk keyakinan diri dan sikap suka membantu.

Tak semestinya anak-anak perlu melakukan sesuatu yang besar untuk membahagiakan hati ibu ayah. Kadangkala, tindakan kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan itulah yang menjadi kenangan paling manis buat sebuah keluarga.

Namun, biarlah mereka membantu dengan rela hati tanpa perlu memikul beban kewangan orang dewasa. Zaman kanak-kanak tetap perlu diraikan dengan penuh kegembiraan.

Manis sungguh cara anak Eyra Hazali ini membahagiakan hati mamanya. Baru enam tahun, dah pandai cari pelanggan, siap ucap terima kasih kepada cikgu yang membeli!

Semoga Hayder terus membesar menjadi anak yang soleh, penyayang, murah rezeki, menjadi contoh terbaik buat adik-adik serta sentiasa menjadi penyejuk hati mama dan papa.

Sumber: Eyra Hazali 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga, Hasrat Sediakan Hidangan Hari Lahir Anak...

Kasih seorang ibu tiada penghujungnya. Hasrat Noryshah Umar menyediakan hidangan hari lahir anak berakhir tragedi selepas maut dalam kemalangan motosikal.