Tanggal 8 Syawal, pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam selamat menimang cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menerusi Instagram, Shaheizy Sam berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya.
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.
“Thank you atas doa-doa korang. Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Sam turut memuat naik gambarnya yang sedang memangku bayi ketiga mereka bersama Syatilla selepas selesai bersalin.
Ads
Kedua-duanya, jelas mempamerkan wajah kegembiraan menyambut bayi ketiga mereka biar pun keduanya masih belum mendedahkan jantina anak dan wajah bayi kesayangan mereka ini.
Dalam pada itu, semalam baik Sam mahupun Syatilla turut memuat naik gambar keduanya yang sudah pun bersedia untuk ke hospital.
“Mai tunjuk muka sat, malam satgi nak kena admit dahhhh. Esok pagi nak bok keluaq baby dah!
Ads
“Ya allah tak sabaq. Esok kami update muka baby teroih na😂 doakan tilla,” tulis Syatilla semalam sambil mengharapkan doa semua.
Meninjau di ruangan komen, Instagram pasangan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah menyambut bayi Syawal mereka.
Terdahulu, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2 dan kini seorang lagi cahaya mata melengkapkan bahagia mereka.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh. Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak. Sila ambil peduli!
Kepentingan penjagaan gigi susu
Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi si manja sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba masanya untuk ia tanggal secara semula jadi.
Gigi yang tumbuh ketika masih bayi ini penting untuk memupuk tabiat pemakanan baik melalui teknik kunyahan yang betul.
Selain itu, gigi tersebut juga berfungsi dalam membantu perkembangan pertuturan si manja.
Umumnya, kehilangan gigi susu bermula pada usia 5 atau 6 tahun bagi kebanyakan kanak-kanak dan akan selesai sekitar usia 12 tahun.
Selalunya, gigi si manja akan mula hilang secara semula jadi mengikut urutan ia tumbuh. Biasanya 2 gigi depan bahagian bawah akan tanggal terlebih dahulu.
Akar pada gigi susu ini akan pecah mengikut proses disebut sebagai resorpsi ketika gigi kekal menolaknya.
Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu yang hilang dalam tempoh beberapa minggu
Ia adalah 1 proses penting kerana gigi yang tumbuh ketika bayi ini berfungsi sebagai penahan ruang untuk gigi kekal atau gigi dewasa tumbuh.
Tetapi bagaimana pula kalau si manja alami gigi rosak dan perlu dicabut sebelum masanya?
Gigi rosak jejaskan pertumbuhan gigi
Kanak-kanak yang hilang gigi susu lebih awal daripada waktunya berikutan gigi rosak akan mengalami kesan seperti di bawah:
1# Gigi di sebelah kanan dan kiri akan tumbuh dan bergerak untuk menutupi ruang yang ditetapkan untuk gigi kekal tumbuh dalam masa beberapa tahun. Kesannya gigi kekal akan tersumbat di dalam tulang.
2# Melambatkan pertumbuhan gigi kekal atau menyebabkan gigi kekal pramatang tumbuh sebelum masanya.
3# Kehilangan panjang lengkungan gigi menyebabkan ruang yang tinggal sempit untuk gigi kekal tumbuh. Kesannya menyebabkan gigi berlapis atau pertumbuhan gigi yang sesak.
4# Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring akan terganggu sehingga memerlukan rawatan lebih kerap serta penggunaan pendakap gigi (braces).
5# Bahagian gigi tengah akan beralih ke bahagian kosong tersebut
6# Gigi bertentangan dengan ruang kosong akan lebih panjang dan berlebihan
7# Perkembangan aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal menjejaskan proses gigitan
8# Kecacatan pertuturan
9# Tabiat pemakanan dan nutrisi yang lemah
10# Gigi rosak yang dicabut sebelum masanya akan menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada anak
Cara kekalkan ruang pada gigi rosak yang dicabut
Ibu bapa perlu berunding dengan pakar ortodontik dalam situasi ini bagi menentukan rawatan pencegahan yang perlu untuk mengelakkan si kecil berdepan situasi yang lebih rumit.
Selalunya, ruang kosong selepas gigi yang rosak itu dicabut mesti ‘disimpan’. Namun ia bergantung kepada usia anak dan lokasi gigi tersebut.
Kebiasaannya doktor gigi akan memasukkan space maintainer (alat pengekal ruang) bagi menggantikan gigi rosak yang dicabut sehinggalah gigi kekal tumbuh.
Alat tersebut akan menghalang gigi lain daripada memasuki ruang kosong tersebut.
Jika dibiarkan, gigi lain akan mencerobohi ruang itu dan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan sebaiknya. Akibatnya ia mungkin tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya.
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan kesan domino dengan mengganggu kedudukan gigi lain dan menyebabkan pertindihan atau kesesakan gigi.
Keadaan gigi yang tidak teratur akan menyukarkan proses membersihkan gigi, sekali gus meningkatkan risiko untuk anak mengalami masalah gigi berlubang.
Tip hindari gigi rosak
Untuk mengelakkan gigi anak daripada rosak, sudah tentu ia memerlukan penjagaan kesihatan oral yang baik, seperti:
1.Pemeriksaan gigi berkala
Garis panduan daripada American Academy of Pediatric Dentistry mengesyorkan kanak-kanak melakukan pemeriksaan pergigian pertamanya sebaik saja gigi susu pertama keluar atau paling maksimum, ketika mencapai usia 12 bulan.
2.Gigi rosak
Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa gagal untuk membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan gigi.
Kesannya mengakibatkan masalah gigi rosak yang teruk dan memerlukan rawatan pergigian lebih komprehensif seperti mencabut gigi.
3.Rawatan awal
Dapatkan rawatan awal jika anak mengadu sakit gigi.
Sentiasa dapatkan nasihat pakar pergigian secepat mungkin apabila wujud masalah dan bukannya menunggu sehingga keadaan menjadi lebih kronik.
Ia akan memberikan lebih banyak pilihan untuk melakukan pemulihan sederhana pada gigi anak.
Sudah tentu tindakan tersebut dapat mengelakkan anak daripada terpaksa menjalani prosedur rawatan pergigian yang lebih menyakitkan.
Amalkan kebersihan mulut
Memberus gigi 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida (jumlah penggunaannya berbeza mengikut usia anak), floss gigi serta amalan diet rendah gula adalah cara terbaik mengurangkan risiko gigi rosak.
Aspek penjagaan penting
Kesimpulannya, ajar anak cara menjaga kebersihan gigi yang betul agar gigi susu dapat dikekalkan sehingga waktunya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Panas berpeluh-peluh dan kadangkala sampai basah baju. Sepanjang berpantang rasa tidak selesa dek kerana larangan membuka kipas, jauh sekali penghawa dingin. Soalnya benarkah penghawa dingin ini sama sekali dilarang dan mendatangkan kepada kepada ibu berpantang?
Menurut Dr Muhammat Izzat Abd Razak, ibu berpantang sepatutnya harus kekal selesa mengikut kemahuan mereka sendiri. Barulah dapat berpantang dengan baik dan menjayakan penyusuan dengan sebaiknya.
Jangan keliru dan ini pencerahan dari doktor mengenai hal ini.
Sesetengah ibu berpantang akan ada berpeluh malam. Even duduk dalam aircond pun tetap berpeluh kekadang.
Perubahan ni adalah normal dan dijangka akan kembali kepada keadaan asal dengan masa. Slow but surely.
Kalau duduk dalam aircond pun boleh berpeluh dan berlengas, apatah lagi kalau tak pakai aircond kan?
Nak pakai aircond atau kipas jenis sembur air tu pun takda masalah. Buat la apa-apa untuk keselesaan semasa berpantang.
Satu lagi, Malaysia panass uiii. Takde masalah pun nak guna aircond atau tak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Farah Nabilah yang selamat melahirkan anak keduanya pada 26 Julai lalu.
Farah yang menyambut kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarga mereka ini turut mengambil keberkatan untuk berkongsi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya.
Menerusi Instagramnya, Farah berkongsi nama indah yang menjadi pilihannya dan suami buat cahaya mata kedua mereka.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day.
“Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pelakon berbakat ini juga turut menitipkan doa agar perjalanan anak kecilnya, Yusuf Gibran dipermudahkan malah menjadi anak soleh serta berakhlak mulia.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Farah turut menitipkan ucapan tahniah buat ibu cantik manis ini.