Warna sememangnya memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak untuk makan. Namun begitu penggunaan pewarna amatlah dilarang kerana mengandungi bahan terlarang yang kurang sesuai untuk bayi dan anak-anak kita.
Usah gunakan pewarna sebaliknya pilih makanan yang mempunyai pewarna asli yang hebat seperti buah naga. Resipi Puding Buah Naga yang dihasilkan oleh Puan Eyka Zulaika ini nampak sedap. Paling penting warna dan teksturnya yang kaya dengan serat pastinya baik untuk anak kita.
Letak sahaja depan mata pasti anak makan sampai licin. Tak percaya jom cuba.
Ads
Sempena baby Aali 8 month, mama nak try buat ni. Sedap.
Bahan-bahan:
Dragon fruit
Susu full cream/susu formula
Agar-agar tali
Air
Ramai pesakit kanser yang masih ragu dan keliru tentang makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan.
Pemakanan pesakit kanser tidak sama dengan pemakanan pesakit diabetis atau pesakit gout.
Pemilihan pemakanan ini penting untuk mereka tidak diserang kanser yang berulang, meningkatkan sistem daya tahan dari serangan virus dan bakteria dan meningkatkan kualiti hidup mereka supaya sihat dan bertenaga.
Ia juga penting untuk membantu mereka mendapatkan nutrisi yang diperlukan, mengatasi kesan sampingan rawatan, dan memperbaiki kesejahteraan keseluruhan.
Dr Zubaidi kongsikan sedikit beberapa panduan umum pemakanan pesakit kanser.
Antara makanan yang digalakkan:
1. *Sayuran Berdaun Hijau*: Seperti bayam dan kale, kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan yang dapat membantu melawan kanser.
2. *Sayuran Cruciferous*: Seperti brokoli, kubis, dan bunga kubis, mengandung sulforaphane dan indole yang dapat melindungi DNA dari kerosakan.
3. *Buah Beri*: Seperti strawberi, blueberry, dan raspberi, kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun.
4. *Buah dan Sayuran Berwarna Terang*: Seperti ubi keledek, ubi kentang, dan labu, mengandung karotenoid yang baik untuk kesihatan.
5. *Protein Berkualiti Tinggi*: Seperti ikan, ayam, telur, dan kacang-kacangan, penting untuk memperbaiki jaringan tubuh.
Tips Mengatasi Kesan Sampingan Rawatan
1. *Loya dan Muntah*: Makan makanan yang lembut dan mudah dihadam seperti biskut kering dan roti bakar. Halia juga dapat membantu mengatasi loya.
2. *Sembelit*: Tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian.
3.*Hilang Selera Makan*: Makan dalam porsi kecil tetapi kerap, dan pilih makanan yang padat nutrisi.
Makanan yang Harus Dihindari
1. *Makanan Tinggi Gula dan Lemak Tepu dan Lemak Trans*: Dapat memperburukkan keadaan pesakit kanser.
2. *Makanan yang Diproses**: Seperti daging berproses dan makanan berproses yang mengandungi banyak pewarna, perasa dan pengawet.
Memilih makanan yang tepat dapat membantu pesakit kanser merasa lebih baik dan menyokong proses pemulihan mereka.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanis Zalikha memang dikenali antara selebriti yang suka memasak untuk anaknya Yusuf Iskandar.
Selebriti terkenal ini sering berkongsi pelbagai resipi masakannya di Insta Story miliknya. Kalau siapa yang rajin mengikutnya memang akan pemilik tudung jenama Cakenis ini cukup suka memasak dan suka berkongsi resipi.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi seni dan perniagaaannya ia tidak menghalang ibu muda ini turun ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak tersayang.
Patutlah Yusuf Iskandar tiada masalah makan, mungkin sebab mummy nya dah biasakan dia makan pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi.
Susu yang dikisar bersama badam dan kurma banyak khasiatnya. Resipi yang dikongsikan aktres ini Nampak menyelerakan dan kaya khasiat untuk ibu dalam proses berpantang.
Aktres Mardiana Alwi baru sahaja menyambut kelahiran anak sulungnya, Bilal Abdul Aziz pada 22 Jun 2018 lalu.
Baru-baru ini ibu muda ini berkongsi cara penyediaan susu badam kurma yang sangat berkhasiat bagi ibu dalam pantang. Berikut ialah perkongsiannya;
Okay
Seperti yg dijanjikan
Susu Almond+Kurma. Banyak khasiat nya.
Utk milk booster, Khasiat kurma sedia maklum sbg penangkal racun, ada byk zat. Utk tenaga. Melancarkan buang air besar. Utk mata. Kulit. Banyak lg lah. Badam pun sama. Bagus utk jantung. Kolestrol. Nak tau lebih lanjut boleh tanya Mr.Google ?? Nota
TIP:
1) Kurma tu buang biji dia dulu sebelum blend. Kalau tak naya ?
2) Almond rendam semalaman utk mendptkan nutrisi yg lebih baik
Tq nufianbeauty yg share resipi nya ?
Selamat mencuba!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.