Bosan dengan kek coklat, apa kata kita cuba pula kek berasaskan gula perang ini. Kek Span Marble Pucci yang comel ini boleh mama cuba untuk variasikan rasa kek buat anak-anak. Paling menarik rasanya cukup enak dan gebu. Nak buat pun senang kerana menggunakan sukatan cawan.
Kek perkongsian Puan Farisha Sofea ini memang cantik, penggunaan warna yang lembut, sesuai untuk disajikan kepada anak-anak sepanjang PKP ini. Paling senang kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Jom cuba!
Bahan Bahan :
Bahan A :
4 biji telur gred B
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu penuh krim
1 sb ovallette
1 sk esen vanilla
Bahan B ( diayak ) :
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk serbuk penaik
Ads
Bahan C :
1/4 cawan minyak jagung
Bahan Lain :
Pewarna pilihan
Satukan ke semua Bahan A. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Ads
Kemudian masukkan Bahan C dan kaup balik sehingga sebati. Asingkan sedikit adunan untuk diletakkan pewarna.
Tuangkan adunan asal ke dalam loyang 7″ yang telah digris (saya masukkan serbuk koko dalam adunan).
Kemudian masukkan pula adunan berwarna secara bertompok tompok mengikut kreativiti masing masing dan lorekkan adunan tersebut.
Sementara itu panaskan oven, hentakkan sedikit loyang untuk membuang buih gelembung. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Setelah masak , sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan. Kemudian terlangkupkan semula dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong .
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu ayam pencik sememangnya cukup istimewa. Sajian panggang dan bakar dengan saduran kuah lemak, manis dan pedas ini cukup disukai kebanyakkan daripada kita. Sama seperti kita, anak-anak juga sukakan rasa yang berbeza-beza dalam menunya setiap hari. Jemu dengan menu yang sama, apa kata mama pikat selera anak dengan Ayam Percik Versi Baby ini pula.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini nampak enak. Hanya gunakan sedikit santan untuk menaikkan rasa lemak dan pes tomato untuk rasa sedikit masam. Jom cuba, mana tahu anak sukakan menu yang satu ini.
AYAM PERCIK VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan Perapan Ayam :
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk ikan bilis
Bahan Kuah Percik:
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah -ditumbuk
Halia -ditumbuk
Pes tomato
Santan pekat
Serbuk ikan bilis
Serai
Asam keping / asam jawa
Air secukupnya
Di dalam bekas, satukan kesemua bahan perapan ayam dan gaul sebati. Perapkan ayam minima 1 jam. Ketepikan seketika .
Di dalam periuk, masukkan ke semua bahan kuah percik dan juga ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak.
Jika sukakan kuah yang sedikit cair, boleh lebihkan air.
Kemudian letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar sehingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit garing.
Sambil itu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan agar ia melekat cantik.
Siap, sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang bakal berpantang tak lama lagi, pasti tercari-cari menu masakan untuk lauk berpantang kan? Pelbagai resepi yang mudah mama boleh cuba antaranya resepi Ikan Tenggiri rebus kunyit & lada hitam yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak? 😄
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih petang atau pencuci mulut. Cara penyediaan sangat mudah. Yang penting sedap dan ‘soft’ ais krim!
Dok tangguh banyak hari dah nak buat puding jagung ni…hari ni baru jadi…puas makan sesedap rasa…
Sapa suka kita geng!
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 cawan santan
1/2 cawan gula
Sedikit garam
1 1/4 cawan tepung kastad
1 cawan jagung…yang dalam tin pun boleh
400 ml air
Cara penyediaan:
Campur semua bahan, whisk hingga sebati. Kemudian tuang dalam periuk kacau hingga berkilat dengan api yang perlahan. Dah siap cepat-cepat tuang dalam loyang…baru cantik…kalau lambat tuang dia berketul-ketul nanti tak cantik…tunggu sejuk baru potong.
Kredit: Siti Nardina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.